CHAPTER 93 : HUMAN CAN CHANGE

696 77 11
                                    


BOOMM!!

Letupan kuat berlaku dan daya kuasa di kawasan tersebut begitu memberikan hidupan menggigil,Farhan menahan serangan Marvus dengan pantas dan dia tercampak jauh ke belakang. Ikhwan mengelak dari terkena rempuhan sepupunya,namun dia mencengkam kolar Farhan dan membaling ke atas udara.

"ERGH!!" Farhan sedikit kelam-kabut dan Ikhwan terus meluru ke arah Marvus.

Marvus tersengih dan turut meluru ke arah Ikhwan,Farhan memusingkan tubuh badannya kemudian menjunamkan badan ke bawah ke arah Marvus. Ikhwan melibas kaki dan Marvus pula menghayunkan penumbuknya,Farhan pula menujah menjunam tepat ke muka Marvus.

DUSSH!!

KRANGG!!

Marvus tercampak jauh dan Ikhwan pula sekadar menoleh ke arah Farhan yang mendarat,sambil meregangkan ototnya dia menjeling ke arah Ikhwan yang tersengih padanya.

"Oi kau tak boleh tolong lembut sikit ke? Sesak nafas kau tahu?" ujar Farhan geram.

KRANGG!!

Marvus bangun daya kuasanya kekal seperti tadi,seluruh auranya tersebar di seluruh kawasan. Tiupan angin akibat daya tekanan aura milik Marvus,Farhan dan Ikhwan berhenti bertekak.

"He is really real pain in the ass..." kata Farhan dan Ikhwan hanya tergelak kecil.

Marvus terus bergerak pantas dan sudah berada di belakang mereka berdua,Farhan dan Ikhwan tersentak sebelum kepala mereka dibenam pada tanah dengan dahsyat. Tidak cukup dengan itu sekali tekanan aura gelap diberikan,Farhan mengetap gigi menahan sakit manakala Ikhwan menghela nafas pendek kemudian tangan Marvus dicengkam lalu sepakan diberikan pada leher Marvus.

DUUUSSH!!

Marvus tergolek beberapa kali sebelum terseret berhenti agak jauh,Farhan kembali bangkit dan dalam keadaan sakit dia mengangkat tangan ke atas langit. Bebola angin gergasi terhasil,Ikhwan mengibas tangan dan menambahkan api.

"Thanks bro...INFERNO CYCLONE!! GREAT DESTROYER!!"

ZWOOSHH!!

Marvus bangkit kembali dan melihat ke arah bebola api yang datang ke arahnya,dia sekadar tersengih di sebalik bayangan kegelapan dan terus menahan dengan kedua tangannya.

ZRARARAKKK!!!

Farhan hanya menunggu dan Ikhwan pula mengawal tekanan api marak,Marvus pula hanya tersengih menahan serangan daripada Farhan dan Ikhwan. Marvus mengepalkan penumbuknya dan terus dihayunkan sekelip mata bebola api yang marak terus lenyap. Farhan mendecih dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Seperti yang kita agak..." kata Farhan mengeluh.

Ikhwan tidak berkata apa dan terus meluru ke arah Marvus,Farhan menyusul terus dari belakang kemudian mengarahkan puluhan pedang yang terapung menyerang ke arah Marvus. Namun dengan diduga oleh Farhan,satu pun tidak mampu menyentuh Marvus kerana setiap bilah ditangkis dengan mudah.

Farhan terus menambahkan pecutan mendahului Ikhwan,lalu menghayunkan tendangan padu namun ditahan keras oleh Marvus. Si Naga Kegelapan hanya menumbuk perut Farhan,Ikhwan pula segera melakukan serangan menggunakan siku.

"ELBOW THRUST!!"

BOKKK!!!

DUSSH!!!

Ikhwan pula menerima tumbukan pada pipi kirinya,Marvus terseret ke belakang begitu juga Farhan dan Ikhwan. Marvus matanya merah saga dan mengangkat sebelah tangan kanan,ke udara manakala Farhan dan Ikhwan bersiap-sedia.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now