CHAPTER 22 : FARHAN VS IKHWAN

1.3K 114 9
                                    

Sila pasang earphones dan dengar dengan penuh perasaan

♎♎♎♎♎♎♎♎

Langit terbentang luas dan awan berarak tenang,angin bertiup kuat di ruang udara yang tertinggi.

Dua pahlawan naga terapung di udara berbalas renungan,mereka bersiap sedia untuk bertarung.

Farhan tersengih terasa serba-salah ingin bertarung,biarpun sekadar latihan tempur. Namun lawan dia adalah sepupunya,Ikhwan Al'Solleh dan Ikhwan merupakan lawan yang dia kalau boleh tidak mahu berlawan.

"Kau kenapa? Muka semacam.." soal Ikhwan meregangkan ototnya.

"Hehe...kena berlawan gak ke ni? Tak payah la..." ujar Farhan menggaru pipinya.

Ikhwan sekadar tersengih mendengar kata-kata Farhan,dia menarik nafas dalam-dalam kemudian ditumpukan tenaganya lalu dilepaskan sekuatnya.

"Come on Han,its been a while.." kata Ikhwan.

"I guess don't have a choice.." Farhan mengusap belakang kepalanya.

Farhan segera melakukan synchro,rambutnya berubah putih dan anak matanya berubah merah. Ikhwan tersenyum dan rambutnya berubah merah,anak matanya berubah warna merah keemasan.

Angin bertiup kuat di ruang udara,Ikhwan dan Farhan sudah bersiap sedia untuk melakukan serangan. Sepantas kilat mereka terus lenyap,kemudian kedengaran bunyi berlaga di setiap ruang udara.

DUUSHH!!

PAAKK!!!

TAAKKK!!

Farhan dan Ikhwan muncul dengan sekali imbas,kemudian masing-masing berundur ke belakang. Ikhwan menghasilkan api merahnya,Farhan pula mengawal elemen angin.

"Harghh!!!.." Farhan dan Ikhwan terus meluru antara satu sama lain.

Pada masa yang sama,pertarungan mereka disedari Raffie dan Yusri. Mereka sekadar menyaksikan dari bawah sahaja,ketika itu Iris menghampiri mereka berdua sambil mendongak ke atas.

"Kenapa mereka tidak lakukan di bilik latihan sahaja?" Soal Iris kehairanan.

"Iris tak ingat ke peristiwa 8 tahun lepas,masa tu mereka mock battle dan..." Raffie menoleh ke arah Iris.

"Bilik latihan musnah dengan teruk.." jawab Iris.

"Sebab itu mereka berdua berlawan di udara..." Yusri pula mencelah.

Iris mengangguk faham dan mendongak semula ke atas,Ikhwan dan Farhan bertembung lalu menghayun penumbuknya,

DUUUSSHHH...!!!!

ZUUUWOOOSHH!!!

Angin kencang terhasil dan membuatkan awan yang ada lenyap,akibat pertembungan dua kuasa besar itu. Farhan terus menghayunkan kakinya,namun Ikhwan menepis dan menangkap lalu melemparkan ke arah timur.

"Ergh....huh?" Sedang Farhan terkial-kial cuba seimbangkan badannya,Ikhwan sudah berada di hadapannya.

Ikhwan terus melakukan serangan,namun Farhan bergerak pantas mengelak. Ikhwan menoleh ke belakang,Farhan muncul dan memberi satu tumbukan. Tepat mengenai muka Ikhwan,lalu berpusing ke belakang beberapa kali tetapi Ikhwan terus menghilangkan diri.

"Ha?.." Farhan terkejut dan Ikhwan muncul betul-betul di hadapannya.

"Hnggh!!.." Ikhwan memberi satu tendangan.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now