CHAPTER 97 : TALE END

910 85 27
                                    


Semuanya kembali normal,keadaan tempat yang rosak dibaikpulih. Tiada kerosakan yang teruk dapat dikesan,orang awam kelihatan bertegur sapa dengan mesra pada kesatria yang sedang berkawal di Bandar Hijau.

"Hati-hati! Cik,lalu cepat sikit..." ujar pekerja pembinaan mengalihkan batu-batan konkrit.

Proses pembaik pulih dijalankan dengan segera,Ikhwan bersama Reezal memeriksa kawasan pembinaan dengan teliti. Setiap bangunan yang hancur harus dibaiki dengan teliti,plan bangunan diperiksa dengan cermat.

"Bang banyak kerosakan bangunan media ni,kalau tak dibetulkan kemungkinan sistem sesawang tidak akan berfungsi sementara waktu..." jelas Raffie muncul dari belakang Reezal.

"Apa pandangan kau Wan?" soal Reezal.

"Rasyid pun ada kan sekarang ni? Kita akan tumpukan pada bangunan ni dulu..." ujar Ikhwan dan Reezal mengangguk setuju.

Perang meninggalkan luka yang dalam pada rakyat,kesatria yang ramai terkorban mungkin adalah salah satu keluarga mereka. Apa yang mampu pihak kerajaan hanyalah memberi bantuan dan sokongan serta pembaik pulih bangunan. Mentadbir negara bukanlah sesuatu perkara yang mudah,kebajikan para rakyat perlulah diteliti dengan cermat.

"Abang,nah air..." ujar Alisa memberikan botol berisi air mineral.

"Terima kasih..." kata Ikhwan.

Farhan hanya tersengih melihat sepupu - sepupunya yang sibuk,tiada rehat untuk memberi bantuan. Dia bersama Fara terus berjalan ke arah Ikhwan,bahu lelaki itu disentuh dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Hey..." ujar Ikhwan sebelum meneguk air mineral,Fara pula menyapa Alisa.

"Sibuk kau nampaknya..?" soal Farhan tersenyum.

"Inilah kalau ada dua kerja,Putera dan Menteri Kewangan.. Aku kena kira betul-betul budget bagi pembaik pulihan tak boleh suka-suka..." kata Ikhwan menyandar dinding.

"Setuju tu,tapi tak sangka pula kau adalah Menteri Kewangan...sukar nak percayai.." ujar Farhan tersengih.

"Sarcasm huh?" soal Ikhwan dan Farhan tersenyum sahaja,kemudian perlahan-lahan senyuman dia hilang.

"Hey Wan... Pasal hal tempoh hari tu..." ujar Farhan berhenti tidak menghabiskan ayatnya.

Suasana menjadi sunyi sepi dan Alisa serta Fara hanya mendiamkan diri,Ikhwan mengingati semula selepas mereka kalahkan Marvus.

Satu bayangan dua mata berada di langit,renungannya amat tajam dan memberikan orang ketakutan.

"MARVUS RAPHAEL KALAH HUH? MANUSIA MEMANG DI LUAR DUGAAN AKU...." ujar empunya mata itu.

"Siapa kau?" soal Ikhwan.

"NAMA AKU MAYBUS APOCALYPSE,KAMU BERNASIB BAIK UNTUK KALI INI...JIKA BUKAN KERANA Z,AKU DAH LAMA HANCURKAN UNIVERSAL INI...." kata mata itu menggelarkan diri Mayvus Apocalypse.

"Jadi kau la Maybus Apocalypse? Hancurkan universal? Jangan harap!..." Farhan mencelah merenung mata itu.

"BERLAGAK KENTAL HUH? TIDAK LAMA LAGI AKU AKAN HANCURKAN KAMU SEMUA.. ANGGAPLAH INI CUMA SALAM PERKENALAN SAHAJA...." ujar mata itu dan terus lenyap.

Farhan dan Ikhwan berbalas pandangan,daya kuasa milik Maybus amat kuat dan lebih menakutkan daripada Marvus.

"Maybus Apocalypse huh?" suasana sunyi diakhiri oleh soalan Ikhwan,dia mendongak ke arah langit.

Farhan dan Fara menoleh ke arahnya,Alisa pula hanya memandang suaminya. Ikhwan sekadar tersengih sahaja,itu membuatkan Farhan kehairanan.

"Kita hanya perlu tunggu sahaja...." ujar Ikhwan dan Farhan yang tergamam kemudian tersenyum.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now