CHAPTER 62 : I'M FASTER THAN YOU

752 80 8
                                    


Farhan memasuki bilik pejabat Ikhwan,kelihatan Aminudden dan Alia serta Hikari terlena. Hikari pula berbantalkan bahu Aminudden,Alia pula berbantalkan riba Aminudden. Fara pula matanya bersinar-sinar dan segera mengambil gambar mereka bertiga,Farhan pula hanya tersenyum dan Ikhwan serta Alisa sekadar ketawa kecil.

"So sweet..." kata Fara sambil memegang sebelah pipinya.

"Apa diorang buat di sini?" soal Farhan sambil duduk di hadapan meja Ikhwan.

"Semalam Am tak balik,buat paperwork dengan aku..so stayback la malam-malam..." kata Ikhwan.

"Tak nak bangunkan diorang ke?" soal Fara memandang ke arah Ikhwan.

"Biarkan mereka rehat,kan bang?" Alisa membalas.

"Ya..biar diorang rehat..lagipun aku nak rehat gak..paper work banyak sangat.." keluh Ikhwan menyandar pada kerusinya,Alisa pula menyediakan air dibantu Fara.

"Ada lagi belum siap ke? Meh aku tolong.." kata Farhan menawarkan diri.

"Siap dah bro...kau tidur nyenyak lepas pengsan tu.." jelas Ikhwan.

"Huh? Maksud kau aku tidak sedarkan diri selama sehari?" soal Farhan terkejut.

"Ya,Fara jaga kau sepanjang malam..dia tak cukup tidur rasanya.." balas Ikhwan nada mendatar.

"Apa?" Farhan terkejut dan memandang ke arah Fara yang membantu Alisa ketika itu.

"Masa kami bawa kau balik,Fara betul-betul risau...siap menangis lagi.." tambah Ikhwan lagi,Farhan menoleh semula ke arahnya.

"Kau patut beritahu aku semasa bangun tu..." Farhan berkata dengan nada tidak puas hati.

"Sepatutnya kau dah sedar sendiri pada lebam di mata isteri kau tu setan.." Ikhwan membidas dengan selamba.

"Ahahaha..." Farhan hanya mengusap belakang kepala.

"Ahahaha...SEPAK karang ha.." balas Ikhwan sambil mengajuk.

"Nanti aku tahu la nak buat apa..kecoh la kau..." balas Farhan sambil menggelengkan kepala.

Aminudden,Alia dan Hikari masih lena kemudian Alisa menyelimutkan mereka bertiga. Alisa hanya tersenyum melihat ketiga-tiganya,lena bagaikan bayi yang sedang tidur.

"Dah tu? Yang kau suruh ikut ni kenapa?" soal Farhan tidak faham.

"Kita lepak-lepak minum dulu.." kata Ikhwan dengan selamba,Alisa dan Fara datang semula dengan air di atas dulang yang dijunjungnya.

"Terima kasih sayang..." ujar Ikhwan mengambil cawan berisi air teh,Alisa sekadar tersenyum.

"Jadi apa yang kau nak cakap?" soal Farhan.

"Ada satu Ruin yang mempunyai kaitan dengan 7 Dark Knights..." jelas Ikhwan dan Farhan menoleh ke arahnya dengan tanda tanya.

"Ruin? Ada kaitan dengan 7 Dark Knights? Area mana?" soal Farhan ingin tahu,Ikhwan menghela nafas pendek.

"Jikalau tidak silap...ia berada berhampiran negara Rembulan.." jelas Ikhwan kemudian dia menghirup air teh dalam cawan.

"Negara Rembulan? Elok la tu.." ujar Farhan pula.

"Tapi..." Ikhwan menoleh ke luar tingkap,Farhan kehairanan.

"Kenapa ni bang?" soal Alisa.

"Abang terasa ada daya kuasa sedang bertempur..." ujar Ikhwan dan Farhan serta Fara terkejut.

"MUSUH?!" soal Farhan dan Ikhwan menggelengkan kepala.

"Jadi,siapa?" soal Fara pula.

"Anak murid kau Han..." jawab Ikhwan tersenyum simpul.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now