CHAPTER 88 : IS HE DEAD YET?

811 71 3
                                    


Arjuma mengelak setiap hayunan penukul kayu dari goblin gergasi,dia melompat dengan secara berpusing ke belakang. Goblin gergasi agak banyak mengejarnya,Arjuma memandang kuali di tangannya yang sudah remuk habis. Mana tidaknya kalau sepuluh goblin yang dipukulnya,besar mengalahkan lori kontena?

Arjuma mengeluh panjang kemudian di baling ke arah goblin yang banyak itu,kena tepat pada salah satu goblin tersebut sehingga terpacak. Arjuma mencebik tanda sedikit geram,kualinya sudah hancur mahu dilakukan apa lagi.

"Alright,masa nak gunakan skill..." kata Arjuma tersengih mengerikan.

Arjuma memerhatikan sembilan goblin berlari ke arahnya,dia menarik nafas panjang kemudian sekelip mata sudah berada di hadapan salah seekor goblin yang meluru ke arahnya.

"Hello.."

DUSHH!!

Satu sepakan mengenai muka goblin tersebut,Arjuma back flip sekali lagi dan menujah terus menembusi badan goblin lalu terhasil lubang pada perut makhluk itu. Lapan lagi goblin itu terkejut sejenak kemudian ingin menghayunkan senjatanya,Arjuma membalas dengan libasan kaki dan senjata goblin itu terlepas dari pegangan tangan makhluk tersebut.

"Let me to demonstrate...." ujar Arjuma merendahkan posisi badannya,kakinya dijulurkan ke hadapan dan goblin itu ingin menghentaknya.

Arjuma segera lenyap sekali lagi dari pandangan mata goblin itu semua,lantas Arjuma muncul dengan menghayunkan kaki menjatuhkan goblin yang ada.

DUSH!!

BOKK!!

PRAAKK!!

Goblin gergasi dua kali ganda manusia itu menjerit kesakitan,Arjuma bergerak dengan gerakan yang pantas menumbangkan satu persatu goblin tersebut.

"TEKNIK TANPA BAYANG!!"

Serangan tamat dan goblin itu semua menjadi debu,Arjuma mendarat di belakang goblin itu semua sebaik dia menghentikan serangan. Arjuma menghela nafas pendek,dia pada masa yang sama tersentak dan melompat mengelak serangan mengejut.

"Nice dodge..." ujar penyerang itu dingin.

Arjuma mendarat dan melihat penyerang misteri itu,Galahad muncul di hadapannya sambil menurunkan kaca mata hitam. Lembing merah di tangan dipegang kemas,Arjuma menyedari kesan potongan pada lengan jaketnya. Arjuma geram dan urat dahi timbul,jaket dia tanggalkan dan menarik keluar pedang bilah berwarna emas.

"Nice cut...and I'll cut your face!!" kata Arjuma sudah bergerak ke belakang Galahad,lalu melibaskan pedangnya namun ditahan kemas oleh Galahad.

Arjuma kembali berundur ke belakang,manakala Galahad pula menyerang dan mereka berlaga senjata. Pedang bertembung lembing,setiap gerakan Galahad begitu pantas dan memberi tekanan pada Arjuma.

TANG!

TANG!!

TANG!!!

Lagaan demi lagaan berlaku dan percikan api terhasil,Galahad tetap dengan muka tiada berperasaan. Arjuma segera memusingkan badannya,dan melibas pada sebelah kiri Galahad.

Galahad terkejut dan menahan,tetapi menolak Galahad jauh ke belakang. Arjuma hanya mengangguk seakan merancang sesuatu,Galahad memerhatikan Arjuma yang memusingkan pedang beberapa kali.

Galahad seakan mula hilang sabar,Arjuma menyedari sesuatu dan puluhan lembing terapung di belakangnya. Arjuma tergamam kemudian mengangguk sambil mencebik,dia mengusap bilah pedangnya.

"Its been a while,right partner?" Arjuma berkata pada pedang bilah emas miliknya.

Galahad terus melancarkan serangan dan lembing terapung itu,menyerang deras ke arah Arjuma dan si tukang masak sekadar tersengih lalu menangkis setiap serangan yang ditujukan.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now