CHAPTER 43 : DARKNESS RETURN

882 72 16
                                    


"Maybus Apocalypse...I thought he just a myth..." duga Ikhwan.

Semua mata memandang ke arah Ikhwan dan Farhan kehairanan,Alisa dan Fara pula menunggu jawapan daripada Ikhwan. Z dan Sarahhanya menghela nafas pendek,ternyata mereka sudah mengagak Ikhwan tahu namatersebut sebagai mitos.

"What do you mean by 'I thought he just a myth?' Ikhwan?" soal Farhan dan Ikhwan yang mendiamkan diri,menghela nafas pendekkemudian menyandar pada kerusi.

"Maybus Apocalypse,mitos mengatakan dia pemusnah alamsemesta..." jelas Ikhwan dan Farhan mula mengambil perhatian.

"Ya...dia mempunyai kuasa seperti aku dan Sarah,malahlebih kuat dari aku...." Jelas Z pula dan Farhan serta Fara terkejut,Alisa danIkhwan memandang ke arah Z.

"Jadi mitos itu benar,dia sudah musnahkan beribu universe yang lain?" soal Ikhwan dan Z mengangguk sahaja.

"Jadi bagaimana dia dikurung? Bukankah dia boleh mengembara universe ke universe yang lain?" soal Farhan.

"Tidak semua alam dapat diteroka,dimensi gelap ini merupakan dimensi tiada penghujung...jadi Maybus akan stuck di situ mencari jalankeluar..." ujar Sarah memberi penjelasan.

"Kau kata dia pemusnah alam semesta?" soal Farhanlagi.

"Ya..tetapi itu dimensi ciptaan DimensionTraveler,semua penjelajah dan ia dunia baru yang penuh dengan kegelapan...tiada apa di situ..." jawab Z pula dan Ikhwan mengusap dagu.

"So apa kaitan dia dengan Marvus?" soal Farhan.

"Biarpun kami dapat kurung jasadnya,aura gelapnya yang kuat dapat dirasai oleh sesetengah individu..." ujar Z memberi jawapan.

"Jadi jika orang itu mempunyai sifat negatif yangkuat,senang dipengaruhi?" soal Ikhwan.

"Ya...Marvus pula kesedihan bercampur marah dengan kematian adiknya ketika itu...jadi aura gelap penuh kebencian masuk ke dalamtubuh Marvus dan menjadikan dia yang sekarang ini...." Jelas Sarah pula.

"So Maybus memang kuat?" soal Ikhwan.

"Lebih kuat dari Z,saya dan penjelajah dimensi berhadapan masa yang sukar untuk menanganinya..." ujar Sarah.

"Jadi penghabisannya?" soal Farhan dan Z menghelanafas pendek.

"Kami menggunakan semua kuasa yang ada,mengurungnya dalam dimensi gelap tiada penghujung....tapi kami tak tahu sampai bila kurungan itu dapat bertahan.." ujar Z.

Ikhwan hanya mendiamkan diri kemudian menoleh ke luar tingkap,Alisa hanya memerhatikan tingkah laku suaminya dan Z menghela nafas pendek.

"Apa jadi jika Maybus bebas?" soal Farhan.

"Dunia akan di ambang kemusnahan,seluruh dunia pasti akan berada dalam bahaya...." Jelas Z dengan yakin.

"Jadi matlamat Marvus cuma ingin membebaskan Maybus?Orang yang berikan dia kekuatan?" soal Ikhwan.

"Ya...itulah matlamat dia..." ujar Z dan Ikhwan mendesah.

"Marvus amat kuat Ikhwan,jangan ambil mudah..." Z memberi amaran dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Aku tak kisah asalkan dapat mempertahankan keamanan negara,aku akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir..." ujar Ikhwan lagi dan Alisa hanya menunduk sayu,namun dia menghormati niat suaminya.

"Kau dah gila? Kau tak ubah gali lubang kubursendiri!" Ujar Z.

"AKU TAK AKAN MENGALAH TANPA BERTARUNG!" balas Ikhwan dengan nada yang tegas.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now