CHAPTER 79 : QATARIZ VS LANCELOT Part 1

758 69 1
                                    


TANG!!

KTANG!!

Qatariz terseret ke belakang,dia tersengih memandang Lancelot meluru ke arahnya. Pedangnya dilibas ke arah Qatariz,dan pemuda berambut putih mengepalkan penumbuknya.

"What a persistent foe..." Qatariz menarik keluar kerambit,lantas sekali lagi tetakan mereka bertembung.

TANG!!

TANG!!

Dia menumbuk bilah pedang Lancelot,dan pedang milik Lancelot berubah arah. Saat itu Qatariz tersenyum sinis dan api merah darah menyala dengan marak,lalu tumbukan padu dilepaskan tepat mengenai muka Lancelot yang tidak berperasaan itu.

"Ada lagi,RODEO DRIVE!!" Qatariz menumbuk dagu Lancelot sehingga melambung bersama ke udara.

Lancelot hanya dengan reaksi dingin melemparkan senjatanya,lalu tangan Qatariz dicengkam dan menghempas Qatariz ke tanah.

"Ouhoo now he's know how to fighting in close combat?" soal Qatariz sebelum mengelak tujahan kaki Lancelot.

PRAK!!

KRAAK!!

Qatariz didesak namun dia tidak menunjukkan tanda terdesak,lantas lengan Lancelot ditumbuk dan muka Lancelot pula dihadiahkan satu penumbuk padu. Tumbukan padu daripada Qatariz,membuatkan Lancelot terpelanting merempuh dinding gunung.

"Not yet!!"

Api merah darah menyala di tangannya,Qatariz menembak bagaikan tembakan laser keluar dari tangan berulang-kali. Letupan berlaku dengan teruk,Lancelot bangkit dengan kuasa penuh dan meluru ke arah Qatariz.

"Bring it on!!"

DUSHH!!

DASHH!!

DUSHH!!

Tumbukan mereka berdua berlaga,dan tanah merekah dengan teruk. Sehingga terjadi bentuk bagaikan kawah semakin lama semakin membesar,namun tiada tanda mereka ingin berhenti. Qatariz melibas kaki begitu juga Lancelot,dan sekali lagi mereka berlaga tinju.

"Biarpun dikawal,dia tetap hebat!.."

Qatariz berkata di dalam hati,kemudian dia berpusing ke atas dan tumbukan Lancelot tersasar. Pada masa itu Qatariz menggunakan kesempatan menghentam Lancelot sehingga terbenam ke tanah sehingga meretak dengan teruk.

"Hup!" Qatariz mendarat tidak jauh dari tempat Lancelot dibenam,tidak mengikut apa yang Qatariz rancangkan kerana Lancelot bangkit semula.

"Tentulah,Seven Deadly Knights..." ujar Qatariz mengangkat bahu.

Lancelot bangun membelakangkan Qatariz,dan pemuda berambut putih memasang kekuda. Lancelot menarik nafas panjang kemudian dihelakan secara teratur. Qatariz bersiap sedia namun dia tersentak,sebelum Lancelot dengan pantas menghentak kepala sehingga menghempas tanah.

Lancelot tidak membuang masa,lalu dia melepaskan pukulan bertubi-tubi sehingga tanah hancur. Qatariz menerima pukulan yang teruk,dia mengetap gigi dan darah mula mengalir keluar.

Dia tidak mahu Lancelot terus menerus mendesaknya,dia mengepalkan penumbuknya dan Lancelot sedar serta menghentikan tumbukannya. Lancelot dengan pantas bergerak ke belakang menjauhkan diri,dia merasakan sesuatu dan tanpa sempat Lancelot bertindak dengan pantas satu tumbukan mengenai muka Lancelot.

DUUUSSH!!

PRAAAKK!!

Lancelot berguling beberapa kali sebelum berhenti,lalu menghempas bekas runtuhan tanah. Habuk tebal terhasil dan Lancelot bangkit,dia berjalan sambil mengesat darah pada hidungnya.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now