CHAPTER 63 : MY DARK SIDE IS SEPARATED?

837 78 11
                                    


Satu tempat di gurun padang pasir,kelihatan Arthur dan Lancelot berdiri di hadapan sebuah Ruin yang sudah ditinggalkan. Ribut pasir bertiup kencang pada masa ini,Arthur dan Lancelot bagaikan boneka tidak memberi apa-apa reaksi.

Sekumpulan penunggang berkuda muncul di belakang mereka berdua,Arthur menoleh ke belakang begitu juga Lancelot. Penunggang berkuda berkumpulan itu tidak berkata apa-apa,lalu meluru ke arah Arthur dan Lancelot dengan laju.

"KILL THEM!!" jerit salah satu penunggang kemungkinan ketua mereka.

Arthur menghunus pedang Excalibur dan Lancelot pula menarik pedang Holy,mereka berdua terus bersiap sedia dan air muka mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Maka berlakulah pertempuran yang dahsyat,bunyi teriak dan kesakitan ditutupi oleh bunyi ribut pasir yang berpanjangan itu. Akhirnya mayat bergelimpangan banyak di sekitar dua orang pahlawan itu,Arthur menyedari sesuatu menoleh ke satu arah. Ikhwan dan Farhan sudah berada di hadapan mereka,Lancelot sudah bersiap sedia dan meluru ke arah mereka.

"Farhan.." ujar Ikhwan.

"Got it.." faham permintaan Ikhwan,Farhan segera menyeru pedangnya dan berlaga pedang dengan Lancelot.

"Let see how skilled you are.." ujar Farhan menangkap tangan Lancelot.

Farhan terus bergerak sepantas cahaya,Arthur hanya memerhatikan Ikhwan tanpa memperdulikan apa yang terjadi pada rakannya. Arthur mula menghunus pedang,dan dihalakan pada Ikhwan.

"Baiklah,Arthur aku faham.." ujar Ikhwan dan menyeru Sacred Royal Blade.

Arthur dan Ikhwan meluru ke arah antara satu sama lain,lalu pedang dihayunkan dengan deras dan impak gemaan terhasil dengan kuat.

TANG!!

ZRANG!!

KRANG!!

Dua senjata keramat bertembung,dan yang mana akan menjadi pemenang. Farhan pula berasak hebat dengan Lancelot,dia tersenyum kelat kerana Lancelot memberi tentangan yang hebat.

"Kena kawal pun masih hebat,aih menyampah!" omel Farhan menangkis setiap tetakan daripada Lancelot.

PRANG!!

Ikhwan menjauhkan jarak Arthur dengan melibas sekuat hati,Ikhwan seakan ada daya muslihat dalam kepala namun apakah ia?

Arthur sekadar kembali meluru ke arahnya,gerakan Arthur begitu laju dan pantas. Ikhwan menahan tetakan yang kuat,sehingga terseret ditolak oleh Arthur.

Ikhwan mendecih lalu melompat berpusing ke atas,belakang badan Arthur dipijak lalu disepak sehinggakan Arthur terkial-kial mengelakkan dari terus terjatuh.

"Alamak,lagi sikit..." ujar Nabill salah satu 10 Guardian yang memerhatikan pertarungan itu daripada jauh.

Jamel dan Raven turut berada bersama-sama,mereka diminta oleh Ikhwan untuk mengiringinya. Tetapi tidak mahu dibantu jika berlaku apa-apa,Raven tertanya-tanya apakah rancangan Ikhwan. Farhan sendiri tidak tahu apakah rancangan,pada masa yang sama dari satu tempat yang jauh Marvus menyaksikan perlawanan tersebut.

"Kita tambah sedikit perisa..." ujar Marvus sambil memetik jari.

Rantai kehitaman keluar dari dalam tanah,dari bawah tanah Ikhwan berpijak dan Raven serta Jamel terkejut dengan keadaan itu. Rantai itu mengikat Ikhwan dengan kuat sekali,mengunci pergerakan Ikhwan dari terus bergerak.

Nabill segera menarik laras senapang,lalu menembak serangan hendap namun dielak mudah oleh Arthur yang sedang berjalan tenang ke arah Ikhwan.

Arthur berhenti di hadapan Ikhwan,aura gelap menyelubungi seluruh tangannya. Marvus tersengih licik dan memetik jarinya sekali lagi,penumbuk Arthur menembusi tubuh Ikhwan pada bahagian tengah dada.

"IKHWAN!!" Farhan cuba membantu namun gagal kerana Lancelot.

"SIXTH!!" Jamel,Raven dan Nabill menjerit serentak.

Prang!!

Semua dayang terkejut apabila Rumina menjatuhkan gelas kaca,Rumina dengan tergesa mengemas dan perasaan tidak sedap hati mula menyerang hatinya.

Ikhwan...?

Semua yang berada di tempat kejadian tergamam,melihat dada Ikhwan ditembusi penumbuk Arthur. Jamel dan Raven berpandangan,dan bersetuju untuk membantu. Mereka meluru laju ke arah Arthur,tetapi satu aura kuat terhasil menolak mereka berdua.

Ikhwan mula lemah dan Arthur menarik semula tangannya,di tangan dia memegang satu bulatan sfera hitam bergerak-gerak. Ikhwan tidak mampu berbuat apa-apa,Arthur hanya boneka dan dikawal oleh Marvus.

Arthur menoleh ke arah bulatan magis hitam,yang muncul di sebelahnya lalu dicampakkan sfera hitam ke dalam bulatan magis hitam. Ikhwan hanya memerhatikan sahaja,dadanya masih terasa sakit.

Magis hitam mula terhasil dan muncul sesuatu,mula dari kepala timbul dengan rambut berwarna putih. Seseorang wajahnya seiras Ikhwan dengan memejamkan matanya,Jamel dan Raven yang bangkit dari jatuh terkejut dengan keadaan itu.

"Kau original aku? Teruk betul keadaan kau.." ujar lelaki seiras Ikhwan itu,Ikhwan tidak memberi respon

"The Evil Twin of Ikhwan..." satu suara dari satu orb hitam terapung mengelilingi lelaki berwajah Ikhwan.

"Bunuh Ikhwan yang sebenar..." Marvus memberi arahan.

"Kau akan menyamar menjadi Ikhwan,musnahkan negara dari dalam..." jelas suara tersebut.

"Siapa kau?" soal lelaki berwajah seiras Ikhwan itu.

"Aku Marvus,orang yang membawa kemusnahan alam..." ujar Marvus lagi dan Ikhwan lantas bingkas bangun.

Lelaki berwajah seiras Ikhwan mengangguk faham,sebelum menyepak Arthur sehingga merempuh Lancelot yang sedang bertarung dengan Farhan.

"Apa yang kau lakukan?! Kau serang pihak kau sendiri!..." Marvus berkata tidak puas hati,lelaki berwajah seiras Ikhwan hanya ketawa terbahak-bahak sahaja

Ikhwan hanya mendiamkan diri,dan Jamel serta Raven berpandangan. Farhan pula hilang kata-kata,lelaki berambut putih itu menghampiri Ikhwan dan menyentuh dadanya. Ikhwan akhirnya kembali pulih dengan kesan kesakitan,Marvus bagai tidak percaya dengan semua ini.

"BERANI KAU KHIANAT?!" Marvus menjerit menahan amarah.

"Khianat? Bila masa aku pilih nak berada di pihak kau?" soal lelaki itu dan Farhan segera mendarat di sebelahnya serta Ikhwan.

"Yo Farhan!" lelaki itu menegur dan Farhan hanya mengangguk sahaja.

"Siapa kau?" soal Farhan.

"Soalan tu boleh tunggu,biar aku handle dua ekor tu.." ujar lelaki itu sambil menuding jari pada Arthur dan Lancelot yang sedang meluru ke arah mereka.

"At least nama pun okay kan dulu?" ujar Farhan dan lelaki itu tersengih.

"Qatariz.." ujar lelaki itu terus bergerak pantas.

Lelaki yang menggelarkan diri Qatariz itu,sudah berada di hadapan Arthur dan Lancelot dengan pantas. Arthur sedar perkara itu lalu ingin melibas,namun ditahan kemas dan Lancelot pula menyerang hendap. Qatariz dengan gerakan pantas,sudah menyepak Lancelot jauh dari situ lalu merempuh dinding tanah.

Qatariz kembali memandang ke arah Arthur semula,pahlawan itu mula mengangkat penumbuknya. Qatariz sudah lenyap dari pandangan sebelum penumbuk Arthur menyentuh mukanya,serentak Qatariz kembali muncul di belakang Arthur dan dengan segera menyepak Arthur.

Sepakan yang menyinggah ke muka Arthur,menyebabkan pahlawan kegelapan itu terpelanting. Lancelot yang terkial-kial bangun,kembali rebah apabila Arthur tercampak ke arah di mana dia sedang berada.

"Right on target.."  ujar Qatariz.

"Who the hell is he,Ikhwan.." Farhan ingin tahu.

"Dia sisi gelap aku..."

"Huh?"






















TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now