CHAPTER 84 : OVERDRIVE BREAKS

686 82 12
                                    

Sila dengar muzik bagi bacaan yang penuh penghayatan

BOOMM!!

KZZT..!

KLONG!!

Luqman terseret ke belakang dan menyedari satu kuasa yang amat kuat,dia tersenyum sinis dan memandang askar tengkorak. Kilat mengalir dengan arus yang kuat,kilat keunguan terhasil dan Luqman tersenyum lalu meluru ke arah askar kegelapan Marvus.

"LIGHTNING CRUSH!!"

Luqman sekelip mata sudah berada di belakang askar tengkorak,lenyap dibakar akibat renjatan kilat ungunya. Luqman tersenyum sinis dan sedar puluhan serigala jadian,meluru ke arahnya dan dia sedia untuk serangan susulan.

Namun seseorang muncul melepasinya,dia terkejut apabila orang itu adalah Khaisa dan gadis idol tersebut menarik nafas kemudian menjerit lalu menghasilkan gemaan kuat. Serigala jadian tersebut hancur bagaikan dibakar,Luqman tergamam melihat kehebatan gadis tersebut.

"Inilah kehebatan ahli elit yang diketuai oleh uncle masa di Akademi?" soal Luqman berbisik sendirian.

"Tak silap lagi,tak hairan jika King mengakui kehebatan gadis ini...." ujar Avalon yang berada di dalam tubuh Luqman.

Luqman tersengih dan mengepalkan penumbuk,puluhan askar kegelapan sekali lagi muncul. Kilat keunguan terhasil dengan bunyi nyaring,Luqman menarik tangannya ke belakang lalu dihayunkan ke hadapan.

"WHIP THUNDER BLAST!!"

KZZRTTT!!

BRAAMM!!

Askar kegelapan terus hancur dengan sekelip mata,namun tidak semua dan Luqman terus melompat ke arah batalion askar itu semua. Luqman mengalirkan kilat ungu pada kaki,dia mengetap gigi dan terus menyerang tanpa henti.

"THUNDER RAPID KICK!!"

KZZT!!

KZZT!!

KRAASSH!!

Khaisa memerhatikan Luqman yang melompat-lompat sambil menghancurkan askar pihak musuh,seketika di udara Khaisa menyedari Luqman berhenti sejenak. Kilat semakin bersinar dan Luqman mengetap gigi,mengumpulkan kuasanya dan sebaik sahaja yakin sudah cukup dengan segera Luqman terbang tinggi.

Khaisa tidak faham akan tindakan anak saudara seniornya,Luqman berhenti di ruang udara yang tinggi. Dia menjunam ke bawah dengan laju,Khaisa sedar dan terus melompat ke belakang dengan segera.

"THUNDER METEORITE..!!"

Luqman menjulurkan kakinya dan menjunam umpama meteor,kilatnya mengalir di seluruh kakinya dan menjunam dengan laju.

"SINGLE BREAKS!!"

BRAAMM!!!

Cahaya kilat keunguan menerangi seluruh kawasan,memaksa Khaisa menghadang matanya dengan lengan. Sebaik sahaja cahaya yang terang itu lenyap,Khaisa menurunkan lengannya dan terkejut kemudiannya. Khaisa terkejut kerana di hadapannya ada kawah gergasi,umpama meteor menghempas bumi dan di tengah-tengahnya ada seseorang baru sahaja berdiri.

"I guess I overdid.." ujar Luqman menyedari apa yang terjadi pada sekitar kawasan.

"This kid... Really is something.." ujar Khaisa pula.

Pada masa yang sama Aminudden bertembung dengan Nero,seluruh kawasan rosak dengan teruk. Perlawanan mereka berlaku dengan begitu lama,tinju dan senjata mereka bertembung serta berlaga.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now