CHAPTER 68 : SHE IS 23,BUT CHIBI..

768 75 4
                                    

GREEN CITY GARDEN
1000AM

Farhan hanya menyandar belakang kerusi panjang,manakala Haikal membongkok dan kedua lengan diletakkan pada atas lututnya. Mereka menghela nafas serentak,tidak lama lepas itu dua orang gadis yang penting dalam hidup mereka muncul.

"Kenapa ni?" soal Stella Hawkins,20 tahun sambil menyilangkan tangannya.

"Something wrong honey?" soal Fara pula.

Farhan dan Haikal berpandangan kemudian mereka ketawa kecil,Fara dan Stella pula berbalas pandangan kemudian mengangkat bahu. Fara segera duduk di sebelah Farhan,tangannya memegang tangan Farhan.

"Just tell us..." ujar Fara dan Stella duduk di sebelah Haikal.

"Yeah,who know we can solve you guys problems?" jelas Stella.

"But..." Haikal tidak mahu membabitkan Stella dalam hal ini,tiba-tiba pipinya disentuh oleh Stella.

"S-Stella!?" Haikal terkejut dengan tindakan Stella.

"You love me right?" soalan maut dikeluarkan,Haikal dan Farhan akhirnya mengalah.

Farhan dan Haikal menceritakan apa yang berlaku,Fara dan Stella hanya mendengar dengan teliti. Seseorang ada di kawasan berhampiran,turut mencuri dengar dari jauh. Selepas habis menceritakan semuanya,keadaan menjadi tegang kerana Fara dan Stella mula terasa cemburu.

"So abang..." Fara bersuara dan Farhan mendongak ke arah isterinya.

"Perempuan yang abang lawan tadi..lawa ke?" soal Fara tersenyum mengerikan dan Haikal tersengih kemudian dia menjeling ke arah Stella.

"Lawa ke Haikal?" soal Stella tersenyum dan urat timbul pada dahinya.

Renungan Fara dan Stella membuatkan mereka berdua tergamam,malah hilang kata-kata dan benarlah apabila perempuan cemburu memang padah jawapannya.

"Hey Haikal?" sapa Farhan.

"Y-yes Master?" balas Haikal dan Fara serta Stella masih merenung mereka.

"Any solution?" soal Farhan.

"Only one in my mind,RUN!" Haikal terus berlari sebaik memberi cadangan,Farhan turut menyusul dengan pantas.

"AGREE!"

"ABANG!!" Jerit Fara.

"HAIKAL!!" Stella turut menjerit dan terus mengejar mereka,Fara terus melakukan teknik teleportasi.

Sebaik kawasan itu sudah pasti lengang,orang yang mengintai dan mencuri dengar keluar dari persembunyiannya. Alisa hanya mampu tersenyum kelat,lantas dia mengeluarkan telefon pintar dan mendail satu nombor.

"Hello abang? Rasanya baik abang selamatkan sepupu abang..." ujar Alisa sebaik panggilannya diangkat.

"Apa?...." soal Ikhwan dalam talian.

Farhan dan Haikal melompat dari bangunan ke bangunan yang lain,sedang mereka berlari menyelamatkan diri dengan tiba-tiba Fara muncul di bangunan mereka mendarat.

"Haih!" Farhan dan Haikal segera membrek.

"Nak lari mana!?" Stella muncul di hadapan mereka.

Ikhwan turut muncul di belakang Farhan dan Haikal,Fara dan Stella terkejut manakala Ikhwan menyentuh bahu Farhan serta Haikal.

"Lets go..." ujar Ikhwan.

"Ha?" Farhan dan Haikal terkesima sebelum lenyap sekelip mata.

Fara dan Stella terkebil-kebil melihat keadaan itu,Alisa muncul dan mendarat di hadapan mereka berdua. Fara sedar daripada senyuman Alisa,kemudian dia menghela nafas pendek.

"Perempuan yang Farhan katakan tu musuh,faham musuh? M.U.S.U.H..MUSUH. Itupun nak cemburu kenapa ya?" Alisa memberi penjelasan.

"Ala macam la akak tak pernah cemburu..." kata Fara mencebik dan Alisa menghampirinya,lantas pipi Fara ditarik kuat oleh Alisa.

"Kakak cemburu pun bukan dengan musuh!" ujar Alisa geram.

"Adedededeh!! Sakit kak,sakit!!" Fara merungut kesakitan,Stella hanya mampu menyimpan tangan belakang badan dan diamkan diri.

Pada masa yang sama Claire mencekak pinggang,mulut diherot ke tepi kiri kerana Ikhwan muncul dengan tiba-tiba bersama Farhan dan Haikal di dalam kedainya.

"Apa yang korang buat di sini?" soal Claire bengang dan Haikal terkejut dengan penampilan gadis di hadapannya.

"Siapa budak kecik ni Tuan?" soalan Haikal membuatkan Farhan dan Ikhwan berpandangan kemudian menekup muka.

Claire mula bengang dan timbul urat di dahinya,tanpa sebarang isyarat satu pukulan tapak tangan hinggap di pipi Haikal dengan kuat sekali. Sehinggakan Haikal berpusing merempuh dinding,Claire mendecih dan Farhan serta Ikhwan tersenyum kelat.

"Apa yang kau ajar pada Haikal? Sepatutnya kau beritahu budak tu pasal Claire..." Ikhwan berkata dengan muka berkerut pada Farhan.

"Jangan kata aku,kau yang bawa kitorang sini kenapa?" bidas Farhan bengang dan Haikal bangun terkial-kial.

"Chill bro,setidak-tidaknya kau selamat daripada Fara..." jelas Ikhwan pula.

"Kau ingat sebegitu mudah? Kat rumah jumpa gak kan?" kata Farhan merapatkan mukanya pada Ikhwan.

"Pujuk atas katil la..hehe.." Ikhwan berkata sambil memeluk tubuh,Farhan mengetap gigi geram dengan perangai Ikhwan yang ada sahaja jawapan dia.

"Hello guys,kalau nak bertekak sana luar.. Pintu nampak silakan berambus.." Claire menyampuk.

"Amboi ayat,sedapnya dia cakap? Kami senior kamu okay?" Farhan berkata sambil menoleh ke arah Claire.

"Jadi berlagak seperti senior..." bidas Claire.

"Kau tu tak payah nak berlagak dewasa,pandangan orang kau tu budak kecik je!" Farhan membalas.

"Hey! This is my genetic,don't blame me because I'm still look young!!" balas Claire geram.

Ikhwan tidak bersuara cukuplah bagi Farhan sahaja yang berbicara,Haikal pula memerhatikan pertengkaran gurunya dan gadis kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"She 23 but chibi..."





















TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now