CHAPTER 89 : HIS LAST SMILE

719 81 14
                                    


Khaisa dan Eva memerhatikan Galahad yang tumbang,Arjuma pula sekadar memeluk tubuh sahaja. Mereka berdua menoleh ke arah Arjuma,Khaisa dan Eva merenung senior mereka.

"Apahal?" soal Arjuma.

"Dia dah mati ke?" soal Khaisa dan Eva sekadar mengangguk ingin tahu.

Sebelum Arjuma menjawab Galahad sedar dengan tiba-tiba,dia bangkit dan Khaisa serta Eva terduduk kerana terkejut akibat tindakan Galahad. Aura gelap Galahad mula muncul,Arjuma segera menangkap belakang kolar baju Khaisa dan Eva dari jauh dengan menghasilkan tangan yang panjang dari aura emas miliknya.

"Ahh!!" Khaisa menjerit apabila ditarik dan Eva hanya dengan muka selamba.

"Terima kasih senior!" ujar Khaisa dan Arjuma hanya mendiamkan diri memerhatikan Galahad.

"Kita ingat dia dah mati?" soal Eva dan Galahad wajahnya sembunyi di sebalik kegelapan mengeluarkan auranya yang begitu gelap.

"Jadi belum lagi.." Arjuma meregangkan tangannya,pergelangan bahu dipusingkan beberapa kali.

"Senior nak lawan lagi?" soal Khaisa.

"Terpaksa la,kalau tak melarat karang..." balas Arjuma dan mengeluh.

"Senior.." Eva hanya mampu mengeluh,dia menghela nafas pendek.

"Alright,we gonna help you.." kata Khaisa selepas menghela nafas panjang,dia melagakan penumbuknya pada tapak tangan.

Arjuma sedikit terkejut dan tersenyum,dia teringatkan kenangan masa lalu di mana bekerjasama dengan mereka ketika di akademi dulu. Arjuma menarik nafas panjang,dia helakan secara teratur dan rambutnya berubah emas.

"I miss that form..." kata Khaisa tersenyum dan Eva pula sekadar mengangguk.

Galahad menjerit sekuat hati dan mereka menoleh ke arahnya,kali ini Galahad bukan dirinya dan wajahnya berubah seperti raksasa pembunuh.

"Waa that's scary..." Khaisa berseloroh.

"You have a time for that jokes...?" soal Eva dan Galahad menyerang ke arah mereka dengan pantas.

Arjuma menarik pedangnya dan menahan serangan daripada Galahad,Khaisa menarik nafas dan terus dilaungkan jeritan yang kuat. Eva menekap tapak tangan pada tanah,dan akar besar keluar lalu membentuk penumbuk.

DUSHH!!

Galahad yang diselubungi kegelapan,terus terpelanting jauh dan Arjuma turut tercampak ke tepi. Khaisa melompat menghenjut penumbuk,Eva tersenyum bangga dan Arjuma bangkit dengan muka bengang.

KTUNGG!!

"KAU NAK BUNUH AKU?!" Arjuma berkata selepas menghempuk kepala Eva dengan kuali yang entah dari mana.

"Dari mana datang kuali tu?" soal Khaisa terkejut.

Galahad bingkas bangun dan mengumpulkan kuasanya,aura gelap menyelubungi seluruh tubuhnya. Arjuma dan Eva serta Khaisa menoleh,mereka kembali berkumpul dan bersiap sedia untuk menunggu serangan Galahad.

"Khaisa,tolong aku..." ujar Arjuma.

"Okay-dokey..." Khaisa menabik hormat.

"Eva,ikat dia.." Arjuma memberi arahan lalu terus menujah meluru ke arah Galahad.

Ev menyentuh pada tanah,Galahad yang terkial-kial bangun terkejut apabila tanah bergegar. Akar tanah keluar dan mengikat pahlawan tersebut,namun Eva sedar sesuatu dan Galahad menghancurkannya.

"Senior!" Khaisa mula risau.

"Keep forward!" Arjuma memberi arahan.

Khaisa menyusul dari belakang,Arjuma menghayunkan pedang dan Galahad menahan dengan tangannya. Perisai sudah tersarung pada tangan Galahad,Arjuma terkejut dan sebelah lagi tangan Galahad turut tersarung zirah. Arjuma tersentak sebelum menerima penumbuk,Khaisa tergamam melihat keadaan itu.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now