CHAPTER 61 : HE'S ANNOYING HUH?

745 70 6
                                    


FARHAN P.O.V

"Congrate bro,from now on you're the new successor of the sky.." ujar Ikhwan tersenyum.

Aku yang masih dipeluk oleh Fara,terpinga-pinga dengan penerangan Ikhwan. Fara aku tolak lembut,sambil mengesat air matanya aku memandang Ikhwan dengan tanda tanya.

"Sekejap-sekejap,apa maksud kau 'SUCCESSOR' tu?" soal aku masih dalam bingung.

"Kau ingat lagi pasal Eternal Sky yang aku cakapkan tu?" Ikhwan menyoal dan aku mula ingat pasal sfera putih itu.

"Okay apa kena-mengena?" soal aku lagi dan Ikhwan menekup muka.

"Han kebangangan ada had.." ujar Ikhwan.

"Aku memang tak faham doh!" aku membalas dengan geram.

"Kau ada nampak sfera putih salji macam Z katakan tu?" soal Ikhwan lagi.

"Ada,kenapa dengan benda tu?" soal aku pula.

"Itulah kuasa Eternal Sky,macam mana kau boleh tidak sedar?" soal Ikhwan menggaru kepala.

Aku hanya mendiamkan diri dan sedar Fara memegang tangan aku,tanpa dia lepaskan walaupun sekali dan aku hanya tersenyum serta membelai rambutnya. Merah warna rambutnya memberi ketenangan pada aku,Fara hanya mengesat air matanya dan aku pula menyentuh pipi.

DUSH!!

Aku tercampak selepas Ikhwan menujah tendangan,sambil tangannya di dalam saku seluar dengan reaksi muka menyampah serta urat timbul pada dahi. Fara tergamam dan terkebil-kebil,melihat aku terbungkam di bawah tepi katil.

"Oi apa masalah kau setan?!"

"Apa masalah aku?" soal Ikhwan dengan muka menyampahnya,aku rasa tidak sedap hati melihat air muka dia.

"Satu,kau sekarang dalam istana dan ini bilik tetamu..." jelas Ikhwan menunjukkan jari telunjuk tanda satu.

"Dua,kau nak berdrama...BALIK RUMAH!!" jerit Ikhwan dan aku menekup telinga,Fara hanya mendiamkan diri.

Aku sekadar bangun dari jatuh,Ikhwan pula hanya menghela nafas pendek. Dia memang tengah geram,baik aku diam dari banyak bercakap. Sebab nanti benjol kepala aku dia buat,Fara hanya bangun dari duduk dan menghulurkan jaket milik aku.

"Terima kasih Fara,okay Wan..sekarang apa pula?" soal aku.

"Ikut aku..." jawab dia pendek dan beredar keluar,aku pandang Fara sebelum mengekori Ikhwan.

Fara turut mengekori aku dan Alisa sudah ada bersama Ikhwan,bila masa dia sampai dan aku rasa Alisa lagi menakutkan daripada Ikhwan jika ditanya. Sebab dia boleh hilang dan muncul tiba-tiba,dan aku gembira juga Alisa di pihak baik.

"Abang cakap sorang-sorang kenapa?" soal Fara dan aku terkejut.

"Cakap sorang-sorang? Bila? Mana ada..hahaha...." ujar aku berdalih dan Fara mengerutkan dahi,aku perasan sesuatu sebaik melalui sebelah tingkap.

"Hujan? Lebatnya.." ujar aku melihat hujan yang begitu lebat membasahi bumi.

"Setengah hari hujan dah,buatkan aku mengantuk huaah..." kata Ikhwan menguap sebelum menekup mulutnya.

"Ai bro kuasa elemen api pun sejuk ke?" aku mengusik dan dia menjeling dengan pandangan menyampah.

"Saudara,mengantuk ni bukan fikir sejuk ke panas..kalau dah mengantuk semua sama sahaja.." Ikhwan memberi penerangan yang panjang,dan aku rasa dia mula menyampah ada baiknya aku diam.

Kami berempat meneruskan perjalanan,ke mana sahajalah si Ikhwan nak ajak aku?

Sedang aku mengelamun dengan tiba-tiba pandangan aku beralih,Haikal sedang berbual dengan Luqman serta anak Lee Ahmad salah seorang dari 7 Warlord Mentari dan siapa nama dia?

"Kenapa Han? Kau tengok siapa?" soal Ikhwan sedar langkah aku terhenti.

"Itu ha,Haikal dengan Luqman dan siapa nama anak Lee tu?" soal aku tersengih kucing,Ikhwan hanya menjeling aku dengan pandangan simpati.

"Siddiq,dia dengan skuad Assassin.." kata Ikhwan dan beredar dengan air muka yang tidak ada perasaan.

"Oi..apa maksud air muka kau tu?" soal aku dan Ikhwan tidak menjawab.

"Alisa kenapa dengan suami kau? Diam pulak..." soal aku pada Alisa pula,isteri Ikhwan.

"Awak tanya la dia..." balas Alisa dengan manis,aku hanya mampu menggaru kepala.

Ikhwan tengah bengang suruh aku tanya?

Nak mampus?

End of POV

Pada masa itu pula Haikal sedang berbual dengan Luqman dan Siddiq,Luqman sedar remaja memakai snowcap ini menyimpan pedang pada pinggangnya.

"Hey Kal,kau bila masa main pedang?" soal Luqman ingin tahu,Haikal hanya diam dan memandang ke arah pedangnya yang kemas tersisip pada pinggang dia.

"Ya lah..aku pun nak tahu gak.." ujar Siddiq mengusap dagunya.

"Korang tahu kan aku menuntut dengan guru Farhan?" soal Haikal dan dua remaja itu mengangguk serentak.

"Guru minta aku belajar corak bermain pedangnya,dia kata aku sesuai kawal gerakan angin menggunakan pedang.." jelas Haikal.

"Waa...boleh tahan juga sepupu Sixth ya?" soal Siddiq dan Luqman bangkit dari duduk.

"Luqman?" Siddiq kehairanan.

"Hey,Haikal.." tegur Luqman dan Haikal memandang sahabatnya itu.

"Lawan pedang dengan aku..." Luqman berkata sambil tersengih.

"EH?"

BILIK LATIHAN

Luqman meregangkan ototnya dan memusingkan pergelangan bahu,Haikal pula memerhatikan keadaan pedangnya. Dia tersenyum sendirian apabila mengingati semula ketika pedang ini,diberikan oleh Farhan malah yang lebih buatkan dia hargai adalah Farhan sendiri yang menempanya.

"Itu tempaan uncle Farhan? Aku kagum dan cemburu..." kata Luqman tanpa selindung.

"Cemburu? Apasal?" soal Haikal.

"Kau ni bengap ke apa?" Luqman membalas sambil menggelengkan kepala.

"Apasal kena bengap pula ni.." Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Pedang tu tok guru kau tempa khas untuk kau seorang,dan dia idola kau takkan kau tak kagum..." balas Luqman.

"Ouh..." Haikal mengangguk faham.

"That's enough,lets get started..." Luqman menarik pedangnya.

Haikal menghunuskan pedangnya,Luqman jelas rasakan daya tenaga yang kuat datang dari pedang kepunyaan Haikal.

"Get ready bro..." kata Haikal.

"Say it for yourself..." balas Luqman.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now