CHAPTER 71 : LUQMAN VERSUS ROSETTE

787 79 2
                                    


Satu kawasan perairan yang agak sunyi,namun diganggu oleh kocakan air sehingga kuat dan terhasil ombak menghempas pantai. Sehinggakan para pengunjung pantai,berlari ketakutan akibat ombak laut setinggi 50 kaki.

Farhan terpelanting berpusing ke belakang,dia berjaya mengimbangkan badan dan Arjuma mengelak tembakan seumpama tembakan meriam dari mulut naga pemusnah. Aminudden turut membantu namun naga pembunuh itu,amat kuat dari segala serangan yang biasa. Farhan menjeling ke arah Ikhwan,dia kehairanan kerana Ikhwan tidak melakukan apa-apa tindakan.

Naga pembunuh itu mengaum sekuat hati,melepaskan hayunan gelombang ke arah Ikhwan. Farhan dan Arjuma terkejut,Ikhwan hanya memejamkan matanya serta menggerakkan sebelah tangan dan ditepis libasan tersebut lalu terus lenyap. Farhan diam dan Arjuma tersenyum sinis,Ikhwan yang memejamkan mata itu dibuka kelopak dan anak matanya berubah menjadi biru.

"Lets get it done in five minutes..." ujar Ikhwan melagakan penumbuknya.

"Hell yeah..." ujar Aminudden.

"I don't think so..." Modred dan Galahad muncul di hadapan mereka.

"Shoot.. Ada pulak penyibuk..." kata Arjuma pula menghela nafas pendek.

Ikhwan hanya memandang ke arah dua pahlawan kegelapan itu,dia hanya diam dan tidak bersuara. Modred seakan terasa dihina oleh Ikhwan dalam diam,pedangnya digenggam kuat dan meluru ke arah Ikhwan.

"MATI!!" Modred melibas kedua pedang sebaik berada di hadapan Ikhwan.

Namun cubaannya tidak berjaya apabila Farhan menahan serangannya,Ikhwan hanya memerhatikan dari belakang Farhan. Arjuma dan Galahad berbalas renungan,Galahad tidak mahu menyerang dengan membuta tuli.

"Get lost!" Modred memberi amaran.

"You first..." balas Farhan dan melibas pedangnya,Modred tercampak ke belakang dan berhenti di sebelah Galahad.

"Damn it,curse you!" jeritan Modred begitu kuat,Naga Pembunuh itu mengaum dengan begitu kuat sekali.

Modred dan Galahad menoleh ke belakang,ekor naga itu dilibas dan mereka berdua segera mengelak. Farhan sedar tindakan Modred dan Galahad akan membuatkan mereka pula yang bakal terkena libasan ekor naga tersebut. Ikhwan segera ke hadapan sambil menyentuh bahu Farhan,melepasi sepupunya dan menyeru sebilah pedang iaitu Sacred Royal Blade.

ZRASHH!!

Naga pembunuh atau Dragon Killer menjerit kesakitan,kerana Ikhwan memotong ekornya tanpa sebarang amaran. Farhan hanya mampu terkebil-kebil sahaja,Arjuma pula bersiul sambil kedua tangannya menyeluk saku seluarnya.

"Itu mesti sakit..." kata Arjuma tersenyum kelat.

Dragon Killer mengaum sekali lagi dan menembak dari mulut,Ikhwan melibas semua serangan Dragon Killer tersebut. Ikhwan memegang erat sebelah tangan dan ditarik ke belakang,air mukanya berubah serius. Namun sesuatu menarik perhatian Ikhwan,Arjuma dan Farhan kerana ekor naga itu tumbuh dengan pantas.

"Fast Regeneration..." ujar Farhan dan Ikhwan mendiamkan diri.

"Yeah,Marvus dah tingkatkan kuasanya..." ujar Modres terapung semula bersama Galahad,di hadapan Dragon Killer sambil merenung Farhan dan yang lain.

"Nice,come to me.." ujar Ikhwan dan Modred mula geram.

"Good,we have a two dark Knight and a Immortal Dragon..." keluh Arjuma bengang.

"Sound like fun..." Aminudden yang mendiamkan diri dari tadi,bersuara dengan nada yang teruja.

Pada masa yang sama Luqman dan Rosette bertempur,penumbuk Rosette dan sepakan kaki Luqman berlaga. Rosette melagakan buku limanya beberapa kali,sebelum menghayunkan penumbuknya.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now