CHAPTER 67 : FARHAN'S SHOWDOWN

728 72 2
                                    


Istana Mentari ketika ini dalam keadaan tenang,dan juga beberapa askar serta kesatria sedang berkawal. Tidak kurang kelihatan Reezal selaku Raja generasi keenam,sedang meneliti dokumen yang diberi padanya oleh Yusri. Raffie pula turut bersama dengan anak kucing,di atas kepalanya dan Yusri hanya tersengih sahaja melihat tingkah-laku adiknya itu.

"Mana kau dapat kucing tu Raf?" soal Reezal sebaik menyedari tingkah-laku adiknya itu.

"Dari bilik kucing?" balas Raffie selamba dan Reezal menjeling Yusri.

"Jangan tanya aku,tak terlibat.. Boleh sain dan bagi balik laporan tu?" kata Yusri sambil menuding pada laporan yang ada pada tangan Reezal.

Reezal hanya menggelengkan kepala,dan menandatangani laporan tersebut,Yusri tersenyum kucing begitu juga Raffie dan anak kucing itu sekadar mengiau. Reezal menyerahkan semula tablet berisi laporan kepada Yusri,kemudian mereka bertiga menyedari kelibat Ikhwan dan Qatariz melalui kaki lima tidak jauh dari tempat mereka berada.

"Salin tak tumpah betul,macam kembar..." kata Yusri.

"Iris will be sad..." ujar Reezal mendesah.

"I don't think so.." balas Raffie menyedari sesuatu.

"Kenapa kau kata macam tu?" soal Reezal kehairanan.

"Tengok la sana.." Raffie menuding ke satu arah,Reezal dan Yusri serentak memandang ke arah yang Raffie tunjukkan.

Mereka terkejut apabila Iris muncul dan terus memeluk lengan Ikhwan serta Qatariz,mereka bertiga kelihatan boleh bergaul tanpa sebarang masalah. Yusri tersengih dan Reezal hanya tersenyum sahaja,Raffie segera beredar bersama anak kucing di atas kepalanya.

"Malas nak campur..."

Sementara itu....

BAMM!!

BAMM!!

"U..TOHH!" Haikal mengelak dan menangkis setiap tembakan datang daripada Echidna.

Echidna tersenyum teruja dan menjilat pistolnya,seperti perempuan sedang ghairah dan Haikal menelan air liur.

Tergoda ataupun terasa geli?

"Euw... Awak jilat pistol apa rasa? Want some lollipop? I got one..." soal Haikal bersahaja sambil mengeluarkan sebatang lollipop.

Echidna terasa dirinya dipermainkan,dan melihat air muka Haikal yang tersengih membuatkan dirinya bertambah berang. Lantas kedua pistolnya digabung,lalu berubah bentuk menjadi sebuah meriam mini.

"Eh?" Haikal tersenyum kelat.

"MATI LA JANTAN TAK GUNA!!" Jerit Echidna menarik picu.

Tembakan meriam dilepaskan dan Haikal menarik pedangnya,nafas dihelakan secara teratur lantas dihayunkan sekuat hati. Tembakan itu terbelah dua dan mengenai belakang Haikal,lantas dua letusan yang dahsyat terhasil dengan begitu kuat sekali.

"Alright lady,you wanna play?" soal Haikal dan bilah pedangnya bersinar,lalu segera melepaskan gelombang hayunan berulang kali.

ZHIUU!!

ZHIUU!!

ZHIUU!!!

Libasan yang berpuluh jumlahnya,dituju pada Echidna dan gadis berambut ungu cerah gelap sedikit mengacukan pistol miliknya. Jari-jemarinya pantas menarik picu,lalu tembakannya bertembung dengan serangan Haikal.

BAM!!

BAM!!

BAMM!!

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now