CHAPTER 82 : LUQMAN VERSUS ROSETTE

741 73 21
                                    


Pandangan mata yang gelap dan kabur semakin lama semakin jelas,akhirnya kelihatan awan dan langit yang gelap dengan aura kuasa negatif. Dia toleh kiri dan sedar kini berada di kawasan tinggi,dia menoleh ke kanan dan terkejut kerana Haikal kelihatan sedang terlena di bawah pokok.

Echidna bangun dari terus terbaring,dia memegang bahagian tubuh pada bawah dadanya. Dia terkejut kerana benda yang mengawalnya,sudah tiada dan teringat serangan muktamad Haikal.

Echidna merangkak perlahan-lahan ke arah Haikal yang lena,direnung air muka Haikal dan tangannya mengusap pipi pemuda itu. Echidna merapatkan mukanya pada muka Haikal,bibir mereka sudah hampir bersentuhan namun..

"Miss Echidna,apa yang awak cuba lakukan?" soal Haikal dan mata mereka bertembung.

Echidna terus melompat menjarakkan dirinya,air mukanya memerah merona malu dan Haikal pula menyentuh bibirnya.

"Awak nak cuba curi ciuman pertama saya?" soal Haikal dengan muka blur.

"BUKAN MACAM TU!!" Echidna menafikan.

"Bukan? Benar?!" soal Haikal dan wajahnya yang menakutkan muncul.

"Tolong hentikannya,saya minta maaf.." ujar Echidna dan Haikal menghela nafas pendek kemudian bangun dari duduk.

"Awak masih nak bertarung?" soal Echidna.

"Yeah,saya tak nak hidup diselubungi ketakutan sepanjang masa..." jelas Haikal tersenyum dan Echidna mukanya merah padma.

Haikal hanya tersenyum dan terus terjun ke bawah,lalu dia merempuh puluhan askar kegelapan dan menghapuskan satu persatu. Echidna yang menjengah ke bawah,hanya mendiamkan diri dan kembali bersila serta memegang pipinya.

"Rasanya aku dah jatuh hati..."

DUSSH!!

KZZZT!!

Luqman sedang berhadapan dengan Rosette,sebelah matanya mengalir arus kilat ungu. Rosette menghayunkan penumbuk,Luqman menyambut dengan hayunan kakinya. Pergerakan mereka amat pantas,Rosette dan Luqman melepaskan serangan secara serentak.

BOKK!!

"ERGH!!"

Luqman dan Rosette masing-masing penumbuknya singgah antara satu sama lain,para kesatria yang menyaksikan pertarungan tersebut tercengang. Luqman dan Rosette masih berbalas renungan biarpun penumbuk masing-masing,masih melekat pada pipi mereka berdua.

"Kau memang berani pukul perempuan ha?" soal Rosette sebaik berundur,Luqman pula sebaliknya dan sekadar mengibaskan tangannya.

"Sebagai manusia aku kagum kau budak..." ujar Rosette lagi sambil tersenyum.

"Pipi kau buat pembedahan pasang besi silberanium ke? Keras nak mati..." kata Luqman selamba dan Rosette yang tersenyum terdiam.

"Juga yang biadab pada seorang wanita,kau memang nak mati sangat ke budak?!" ujar Rosette terus menyambung serangan.

Luqman terus memasang kekuda gaya bersedia,lalu menyambut serangan tinju Rosette yang begitu pantas. Luqman pula tersengih dan menepis dengan tangannya,Rosette mula terasa geram dan menambahkan kelajuan. Luqman pula mengelak dan terus mengelak,Rosette mengetap gigi bengang.

"Berhenti mengelak!!" jerkah Rosette.

"Tadah tumbukan kau? Memang tak la..hup!!" kata Luqman sambil berpusing gaya bintang terus ke belakang,Rosette terus mengejar dan Luqman menghela nafas pendek.

Luqman menumpukan arusan kilatnya di kedua tangannya,arus kilat keunguan terhasil dan mengalir di seluruh kawasan kedua-dua lengannya. Rosette mula terasa sesuatu lalu menambahkan kelajuan,dan Luqman merapatkan kedua tapak tangannya lalu dihalakan ke arah Rosette yang sudah semakin hampir.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now