CHAPTER 38 : SPARRING

855 74 0
                                    


FARHAN P.O.V

Misi mencari dan menyimpan telahpun selesai,para penjenayah yang masih hidup telah diserahkan pada negara Jaguar. Aku dan Ikhwan serta yang lain,kembali semula ke negara Mentari.

Namun...

Aku memandang ke arah Ikhwan yang memandu pesawat itu,dengan tidak berkelip dan aku risaukan keadaannya. Pedang hitam itu masih ada pada dia,apa patut aku lakukan mengenai pedang tersebut.

Pedang hitam itu dijumpai oleh kami sekitar 10 tahun lepas,pedang itu menyimpan aura yang amat kuat. Malah ia sama kuat dengan Ikhwan,kami menjumpainya di runtuhan berhampiran pulau laut mati.

Ikhwan menghunusnya dan sesuatu telah masuk dalam tubuhnya,disebabkan pedang itu Ikhwan hilang kawalan dan hampir menghancurkan istana. Mujur auntie Rumina mampu menghentikannya,dengan mengurung kuasa itu namun tidak mampu dipisahkan dengan Ikhwan.

Tiada sesiapa tahu hal ini selain adik beradik Ikhwan,dan juga uncle Solleh serta bonda Ikhwan. Aku harus beritahu auntie mengenai hal ini,biarpun Ikhwan ini ada masanya menjengkelkan tapi itu tidak mengubah fakta dia adalah sepupu aku!

"Sampai bila kau nak pandang aku?" Soal Ikhwan memandang ke hadapan.

"Aku risaukan kau la setan,bukankah ibu kau dah pesan jangan hunus!?" Soal aku geram.

"Aku TERHUNUS..." Ikhwan berkata dengan menoleh ke tempat lain.

Aku hanya mengetap gigi tersengih,dan menghela nafas pendek. Aku hanya mendiamkan diri tanpa bersuara sepatah pun,kembali mengemudikan kapal itu sehingga tiba di istana.

Ikhwan menyimpan dark orb itu di satu peti simpanan,di mana tempat khas senjata yang dikutuk atau memberi ancaman pada semua negara. Hanya negara Mentari sahaja ada tempat simpanan itu,kerana ia adalah hasil ciptaan professer negara ini iaitu Zahari Al'Darius dan adik kepada Solleh Al'Darius.

"Dia guna pedang hitam itu semula?" Soal Reezal separuh menjerit,aku mengangguk dan Solleh menekup dahi.

"Ada apa kesan sampingan?" Soal Rumina yang turut sama berada di situ.

Aku menghela nafas pendek,merenung lembut pada ibu saudaranya. Raffie dan Yusri juga ada,Iris menunduk sayu lalu ditenangkan oleh kakaknya iaitu Reena.

"Tiada buat masa ini...tapi.." Aku menghentikan kata-kata.

"Tapi?" Reezal menunggu kata-kata aku seterusnya.

"Kita kena berjaga-jaga...serahkan pemerhatian pada saya.." Pinta aku dan semua agak terkejut.

"Kenapa?" Soal Reezal dan Solleh hanya mendiamkan diri.

"Jika kamu semua hantar orang lain perhatikan,dia akan senang sedar..tapi jika saya,tak perlu bersembunyi dan dia tidak akan syak apa-apa..." Jelas aku panjang.

"Farhan..." Ujar Iris menoleh ke arah aku.

"Yeah princess?" Jawab aku tersenyum.

"Please take care my brother..." Pinta Iris menundukkan kepala.

"Oi.. Oi..don't talk like your twin brother gonna die..." Jawab aku ketawa kecil dan terdiam sejenak kemudian tersenyum.

"Jangan risau Iris,your brother will be okay....mark my word.." Ujar aku lagi dan semua yang berada di situ tersenyum.

"Aku tak risau jika Farhan orangnya.." Ujar Yusri menyandar sambil menyilangkan tangannya ke belakang kepala.

"Yeah he's number two after Ikhwan.." Reezal berkata sambil menongkat pipi.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now