CHAPTER 46 : STORM IS COMING

712 68 2
                                    

IKHWAN masih belum ada berita sama ada sudah sedar atau belum dan Farhan berjalan laju menuju ke satu bilik,sepanjang perjalanan ramai orang menunduk hormat padanya. Fara dan Khaizo turut mengekori dari belakang dan sebaik pintu dibuka,beberapa muka penting ada di dalam bilik perbincangan tersebut. Antaranya Solleh dan Reezal juga Aswandy turut bersama,Reena,Yusri serta Raffie juga Iris kembar Ikhwan menunggu kehadirannya.

Tidak lupa 10 Guardian kesemuanya ada di situ dan barisan lama serta baru,Arjuma dan Raven duduk bersebelahan manakala Jamel dan Jane juga bersama mereka. Nabill dan Azlee juga ada serta Zaren juga Noh,Niezam pula mengangkat tangan tanda sapaan pada Farhan manakala Hisyam pula sekadar duduk bersahaja.

Para panglima besar juga ada bersama namun Farhan tidak peduli mengenai mereka,kerana bagi dia kehadiran panglima itu semua hanyalah sekadar cukupkan forum sahaja.

Tetapi hanya Luqman dan Aminudden tidak kelihatan,menjaga Ikhwan barangkali itulah yang dia fikirkan. Farhan dan Khaizo berpandangan kemudian mengangguk,dan terus mengambil tempat duduk lalu Solleh menoleh ke arah Reezal mengangguk tanda meminta memulakan perbincangan.

"Terima kasih pada barisan 10 Guardian,generasi baru dan lama....kerana sanggup datang untuk membincangkan topik penting...juga para panglima.." ujar Reezal memberikan kata-kata pembukaan.

"Seperti yang kamu tahu,Ikhwan sekarang dalam keadaan tidak sedarkan diri....akibat cedera ketika bertarung dengan musuh yang kuat..." Solleh mencelah dan semua berpandangan terkejut.

"Mana mungkin,siapa musuh ni?" soal Jamel bangun tidak percaya.

"Nama dia adalah Marvus Raphael..merupakan musuh tradisi kita dari zaman pengasas kita iaitu Iskandar Syah..." jelas Reezal pula memeriksa laporan pada skrin.

"Musuh yang lebih kuat dari putera bongsu? Adakah negara kita akan selamat?" soal salah seorang panglima yang ada di situ,Reezal yang mulanya ingin bersuara tidak jadi apabila seseorang sudah bersuara terlebih dahulu.

"Bukan Ikhwan seorang sahaja yang melindungi negara ini..." Farhan bersuara dengan nada yang tegas.

"Itu benar tuan Farhan,tetapi putera bongsu yang dikatakan harapan matahari dalam negara ni telah tumpas terlebih dahulu...bagaimana tuan ingin pastikan keselamatan negara?" seorang lagi panglima bersuara.

"Kalau macam tu,kau ada plan ke?" soal Jamel pula.

"Saya cadangkan supaya kita berbincang dengan Marvus ini..." ujar panglima itu dan panglima lain mengangguk.

"Maaf saya tidak setuju dengan cadangan kamu tuan panglima..." ujar Solleh mencelah sambil menghela nafas pendek.

"Tapi Solleh,kamu sendiri tahu bagaimana keadaan anak kamu?" panglima itu cuba mendesak dan Farhan menyedari seseorang datang.

"Kau fikir hanya dengan berbincang sahaja,dia nak consider?" Solleh menyoal dengan nada tegas.

"Saya tak nak apa yang terjadi pada putera bongsu,jadi pada orang lain...ini boleh membuatkan keselamatan negara tergugat..." bidas panglima itu lagi.

"Jadi dengan gadaikan maruah negara macam tu?" soal Solleh dengan nada dingin.

"Jika terpaksa,elakkan peperangan...." kata panglima itu.

"ELAKKAN PEPERANGAN?"

SATU suara tegas kedengaran dan pintu ditolak kasar serta semua mata memandang,Ikhwan melangkah masuk dengan renungan tajam serta menghampiri panglima-panglima itu. Farhan dan Khaizo menghela nafas lega,Reezal sekadar menggelengkan kepala dan Luqman,Aminudden serta Alisa,Aila,Alia dan Hikari juga menyusul.

"Jadi tuan panglima nak kita menyerah kalah?" soal Ikhwan dan para panglima itu tidak berani merenungnya.

"Jawab soalan aku....." ujar Ikhwan namun panglima itu semua kekal membisu.

"Negara ini tidak perlukan orang penakut macam kamu....berambus dari bilik ni..." tambah Ikhwan lagi.

Semua panglima itu bingkas bangun dan terus berjalan keluar,Ikhwan memerhatikan mereka beredar dengan renungan dingin. Solleh hanya menghela nafas lega kerana Ikhwan sudah sedar,Luqman pula sekadar memeluk tubuh dan Aminudden berdehem.

"Uncle...? Kita boleh teruskan?" Aminudden berbisik dan Ikhwan tersedar lalu menghela nafas pendek.

"Maaf mengganggu semua..." Ikhwan berkata sambil tersenyum.

"Tiada apa la...macam mana kecederaan kau?" soal Reezal dan Ikhwan menaikkan ibu jari tersenyum.

"Terima kasih pada Aila,Hikari dan Alia...serta Alisa..diorang yang menyembuhkan aku..kamu semua ambil tempat duduk..." ujar Ikhwan pada Alisa,Luqman,Aminudden dan Aila serta Alia juga Hikari.

"Kau tak boleh kalahkan Marvus ke?" soal Yusri tanpa sembunyi.

"Kekuatan dia semakin bertambah jika dibanding ribuan tahun lepas..." jelas Ikhwan masih berdiri.

"Jadi apa rancangan kau?" soal Raffie.

"Buat masa ni masih fikirkan lagi..." jawab Ikhwan lagi.

"Oi...jangan main-main..." Raffie berkata tersenyum kelat.

"Korang tak boleh fikir ke? Takkan nak harap aku je...." bidas Ikhwan geram.

"Apa yang dikatakan Ikhwan itu ada benarnya,kita melindungi negara ini bersama-sama bukan Ikhwan seorang sahaja...." Reena mencelah setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Ayah setuju,kita kena fikirkan apa tindakan kita seterusnya..." Solleh bersuara sambil mengangguk.

"Kita kena bahagikan kumpulan,untuk memantau proses pemindahan rakyat ke tempat perlindungan jika Marvus melancarkan perang..." Ikhwan memberi cadangan dan semua mengangguk setuju.

Sedang mereka berbincang seorang askar merempuh masuk,Ikhwan kehairanan dengan kehadiran askar itu. Air mukanya begitu serius dan terus mendekati Reezal,askar itu berbisik sesuatu pada Reezal. Lantas sebaik askar itu menghabiskan kata-kata,dia memandang Ikhwan dan terus menuju ke tingkap.

"Nampaknya 'ribut hitam' akan menyerang negara kita.." ujar Reezal dan Farhan menghampirinya,kelihatan awan gelap tebal sedang berarak dari jauh.

Sebalik di awan gelap kelihatan Marvus sedang duduk di atas takhta,sambil menongkat pipinya dan Irfit berada di sisinya dengan air muka tersenyum sinis. Ikhwan menarik nafas pendek kemudian menghela nafas,Reezal serta yang lain hanya memerhatikan sahaja.

"Ini bukan ribut hitam biasa,ribut yang bakal menghancurkan negara..." ujar Farhan.

"Kita kena buat persediaan! Kerahkan semua tentera bawa para rakyat berpindah ke tempat perlindungan! 10 Guardian pula pulang ke kota jagaan masing-masing,ketuai pemindahan dan sebaik selesai baru boleh sertai peperangan!! FAHAM?!" Arah Reezal dengan tegas.

"FAHAM TUAN!!..." 10 Guardian semua termasuk Jamel mengangguk faham.

Zharief dan Taufeq baru sahaja tiba di hadapan istana,sedar akan awan hitam yang menuju ke arah negara mereka. Lantas mereka berdua segera masuk ke dalam istana,Farhan dan Ikhwan berpandangan kemudian mereka mengangguk faham.

"Khaizo,kau uruskan pertahanan..boleh?" soal Ikhwan.

"Leave it to me..kamu berdua berhati-hati.." balas Khaizo.

Pada masa yang sama satu susuk tubuh di satu lokasi,di dalam negara Mentari memerhatikan awan hitam yang berkepul berarak menuju ke negara ini.

"I'll never let you do as you like..." ujar individu itu.

Farhan dan Ikhwan mengangguk tersenyum kemudian mereka menghampiri isteri mereka berdua,Alisa hanya menghela nafas pendek kemudian mengangguk faham manakala Fara memeluk Farhan.

"Come back alive,promise me.."  ujar Fara.

"Yeah I will,its a promise..." 

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now