CHAPTER 91 : ALISA's DOMAIN

781 89 13
                                    

Sila pakai earphone untuk pembacaan penuh perasaan


Karma dan Arize berbalas pandangan dengan Kaiza dan Lydia,mereka semua hanya berdiri diam tanpa bersuara. Namun aura mereka bertembung,bagaikan tempat tersebut tiada orang lain. Mereka kekal merenung antara satu sama lain,Kaiza yang mulanya diam kemudian tersengih lalu ketawa kecil.

"Apa yang lucu sangat?" soal Karma merenungnya.

"Tak,tak maafkan aku... Cuma kecewa sedikit dengan kau..." jelas Kaiza.

"Apa?" Karma menggenggam erat penumbuknya.

"Karma The Mighty Dragon,sudah menjadi lemah..." jelas Kaiza dan Lydia hanya tersengih sahaja.

"Lebih baik kau diam,kau cuma pisahan diri gelap Karma..." Arize mula panas geram dan Karma hanya mampu menundukkan aku.

Kaiza dan Lydia hanya mendiamkan diri,Kaiza adalah sisi gelap Karma yang dipisahkan oleh Marvus semasa sebelum berlakunya perang semasa 800 tahun yang lalu. Kaiza yang tahu dirinya adalah sisi gelap Karma,bersumpah akan membunuh Karma dengan tangan sendiri.

"Ya.. Aku adalah kau,sisi gelap kau..." ujar Kaiza dan Karma terasa aura yang kuat datang daripada Kaiza.

"Tapi sekarang aku bukan kau lagi,aku mempunyai kuasa lebih kuat dari kau Karma..." kata Kaiza dan Karma mendecih.

"Iskandar dah musnahkan kau,bagaimana kau boleh diseru semula?" soal Karma.

"Iskandar cuma musnahkan tubuh aku,bukan roh aku...asalkan ada sisa kewujudan aku.. Sudah tentu boleh diseru semula..." jelas Kaiza tersenyum.

"Bagaimana kau pula Lydia,bagaimana kau boleh hidup semula?" soal Arize.

"Kenapa? Kau terkejut?" Lydia berkata dengan nada sinis,Arize pula meluat.

"Aku yang bunuh kau dengan tangan aku sendiri,lihat tubuh terhakis dan lenyap semasa perang dunia 800 tahun yang lalu sudah terkejut aku melihat orang yang paling aku benci berada di hadapan aku.." jelas Arize.

Arize merupakan Valkryie yang berkhidmat dengan Dewi Athena,sumpah setia tiada diragui namun semuanya berubah apabila dalam pertarungan latihan Lydia tewas di tangan Arize. Sifat iri hatinya menimbulkan kuasa kegelapan,malah Lydia hampir membunuh Dewi Athena namun sebaik gagal dia dihukum buang keluar dari Valkryie.

Lydia merayau tanpa hala tuju,sehinggalah dia bertemu dengan Marvus yang menawarkan kuasa kepadanya. Juga untuk membalas dendam pada Dewi Athena dan Valkryie,akhirnya Valkryie musnah di bawah tangannya dan Dewi Athena turut dibunuh. Atas sebab itu Arize terpaksa menghapuskannya,Lydia yang dulunya seorang pahlawan serikandi yang berhati murni sudah tiada lagi.

"Hanya kerana tewas pada aku,kau berpaling pada kegelapan..? Apakah kau tiada nilai diri?!!" Arize meluahkan perasaannya dengan lantang,Karma sekadar mendiamkan diri.

"Apa yang aku nak,hanyalah kuasa dan kekalahan tidak diterima malah Dewi Athena mula menaruh harapan pada kau.." jelas Lydia.

"Kau silap,Dewi Athena lebih mengharapkan kau..." kata Arize lagi.

"Diam! Jangan kau nak mereka cerita!" Lydia menarik pedangnya,kemudian sayap burung berwarna hitam muncul di belakang badannya.

"Prepare for the worst..." kata Kaiza mengepalkan penumbuknya.

"Already prepared..." kata Karma pula menyalakan api birunya.

Kaiza dan Lydia terus meluru ke arah Karma dan Arize dengan pantas,Arize tangannya mengalir aura beku dan dihentak pada tanah. Bongkas ais keluar dari bawah tanah,menyerang Kaiza dan Lydia.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now