CHAPTER 87 : SIBLING IN WAR

750 77 6
                                    

Sila pasang earphone untuk pembacaan penuh berperasan,terima kasih.

Yusri melibaskan pedangnya seiring Raffie melepaskan gelombang kilat mengguna kerambitnya,makhluk bernama Dullahan itu menahan dan mematahkan serangan mereka berdua. Yusri dan Raffie mendecih kemudian Dullahan pula menghentak tangan ke tanah,gegaran yang kuat berlaku dan menolak Raffie serta Yusri jauh ke belakang.

Raffie dan Yusri terseret lalu berhenti di sebelah Ikhwan dan Farhan,mereka berdua begitu geram kemudian Ikhwan serta Farhan hanya selamba menjeling ke arah mereka.

"Perlu bantuan?" soal Ikhwan dan Farhan sekadar membisu.

"Diamlah kau! Cari target lain la!!" Yusri berkata bengang dan meluru ke arah Dullahan.

Raffie turut menyusul dan mereka mengasak Dullahan,Ikhwan yang sedikit terkejut menoleh ke arah Farhan dan sepupunya hanya mengangkat bahu. Ikhwan tersengih dan menghela nafas pendek,Farhan segera beredar dan Ikhwan menyedari tindakannya.

"Kau nak ke mana?" soal Ikhwan.

"Cari Marvus?" jawab Farhan dan Ikhwan terdiam sejenak,kemudian mengangguk sambil mencebik.

"Okay,baik kita cari dia..." ujar Ikhwan dan Farhan tergelak.

Ikhwan dan Farhan beredar tanpa disedari oleh Yusri dan Raffie,mereka menyerang secara serentak pada Dullahan. Yusri merendahkan tubuhnya dan melibas,lalu Raffie melepaskan tembakan gelombang libasannya.

ZRASH!!

ZRRT!!

Serangan dua elemen iaitu angin dan kilat bergabung,Dullahan menerima serangan tersebut dan terseret jauh. Suasana menjadi tegang dan Dullahan berdiri secara menunduk,Yusri dan Raffie berbalas pandangan mata kemudian mengangguk untuk melakukan serangan gabungan.

"Wind Arts Ultimate Technique!!" Yusri menyapu bilah pedangnya dengan jari-jemarinya sehingga ke hujung mata pedang.

"Lightning Arts Ultimate Technique..." Raffie menyilangkan tangan sambil memegang kedua-dua kerambitnya,kilat mengalir seluruh tubuh.

"FUSION RAID!! CYCLONE STORM!!"

ZWOOSSH!!!

Serangan gabungan dilakukan dengan pantas,terus melanggar Dullahan dan menghempas pada gunung yang. berhampiran. Dullahan tidak mampu melawan,akhirnya serangan angin bergabung kilat menembusi tubuhnya.

"Jangan pandang rendah pada kami..." kata Raffie dan Yusri terus terduduk.

"Penat gila guna kuasa yang memerlukan JP yang banyak...." kata Yusri.

"Jangan rehat dulu,tu sana...." Raffie menuding ke satu arah,Yusri menoleh dan mendesah kerana puluhan ribu demon datang ke arah mereka.

"Gimme a break.." keluh Yusri.

"Lets get over with it..." Raffie menarik nafas panjang,kilat kuning mengalir deras seluruh tubuh Raffie.

Serangan yang amat deras berlaku sehingga menembusi gunung tersebut,menyebabkan keadaan sekitar kawasan bergegar dengan kuat. Luqman yang berada berdekatan,memandang ke arah  gunung yang berlubang akibat serangan yang menghancurkan Dullahan.

"Berapa banyak gunung ada untuk dimusnahkan?" soal Luqman.

Reezal mengelak libasan sabit Death,Aswandy pula menyepak kepala Death dan dewa maut terpelanting jauh. Aswandy mendarat di sebelah Reezal,adiknya hanya menghalakan tangan ke arah Death. Dewa maut itu sedar sesuatu,tanah bergegar dan membentuk rantai lalu mengikat Death.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now