CHAPTER 30 : WHISPER IN THE DARK

881 87 4
                                    

"Haikal?" Farhan terkejut campur tersengih.

"Yo! Master!..how are you..?" Soal Haikal berhadapan Irfit yang sedang mengusap pipinya kesakitan akibat ditumbuk.

Ikhwan hanya tersenyum melihat keadaan itu,Lana turut muncul secara teleport di sebelah Ikhwan.

"Waa...itu ke anak didik Farhan?" Soal Lana.

"Yeah...that kid strong isn't?" Ikhwan berkata dan Lana tersenyum.

"Celaka kau budak! Berani kau campur tangan!" Irfit membentak dan terus meluru ke arah Haikal.

"Haikal! Lompat ke belakang dia..!" Arah Farhan dan Haikal terus melompat berpusing ke belakangnya mengelak dari diserang.

"Apa?" Irfit kaget.

"Wanna try to kill me?" Farhan tangannya diselubungi aura keperakan.

"Ouh shit..." Irfit berkata.

"Mind your language...KNOCKING WAVE!!..." Satu tumbukan padu dan padat mengenai perut Irfit.

Tumbukan itu menyebabkan Irfit tercampak ke arah Haikal,namun Haikal sudah bersiap-sedia dan menghentak jatuh ke bawah laut dengan menggunakan kaki.

"Master!...." Haikal menunjukkan ibu jarinya tersengih.

"Heh!...." Farhan sekadar tersenyum sahaja.
Air laut berkocak kencang dan meletus,Haikal tidak sempat mengelak dan terpelanting jauh. Luqman menundukkan badannya,arus kilat mengalir dan terus bergerak pantas. Lalu menangkap Haikal yang hampir jauh,Haikal yang asalnya memejamkan mata terkejut sebaik mata dibuka.

"Yo bro..." Luqman berkata dengan tersengih.

"Thanks campak aku ke sana semula..!" Pinta Haikal dan Luqman menghayunkan dia ke arah Farhan berada.

Farhan dan Irfit kembali bertempur,Haikal merapatkan kedua tapak tangannya. Nafas ditarik perlahan dan dihelakan panjang,corak terhasil pada seluruh tubuhnya. Irfit menoleh ke arahnya,dia tersentak dan penumbuk mengenai perutnya pula kali ini.

"Gahakk!!.....budak kau...la...gi?" Irfit menahan senak dan Farhan tersengih.

"Take this too!" Haikal memusingkan tubuhnya,dan menujah sepakan lalu Irfit tercampak jauh.

KRASSHH!!

BOOMM!!

Irfit melanggar batu dan tanah yang berada berhampiran,Haikal dan Farhan menunggu Irfit bangkit. Akhirnya Irfit bangkit secara kasar,batu dan tanah berterbangan. Luqman kembali ke sisi Ikhwan,Aminudden dan Tuzeman memerhatikan perlawanan dari tepi.

"Hmm? Kau boleh terbang ke?" Soal Farhan menyedari Haikal seperti terapung.

"Huh? Ouh? This? Nah..saya cuma jadikan udara seperti 'lantai'..so here I am.. Master!" Haikal berkata tersengih.

Farhan hanya tersenyum sahaja,sebelum jeritan Irfit bergema seluruh ruang udara. Sehingga membuatkan Haikal menutup telinganya,tekanan udara seperti menjadi seakan sesak.

"What the heck?! Bisingnya!" Luqman turut menutup telinga,Aminudden sudah terbaring pening dengan bunyi yang nyaring dari Irfit.

Alisa turut terasa sakit kepala akibat jeritan nyaring itu,tapi dia boleh bertahan namun lain pula mengenai Fara. Gadis berambut merah itu mengerang kesakitan,Alisa terpaksa menghasilkan barrier tapi tidak boleh bertahan dengan akibat jeritan yang terlalu kuat itu.

"Abang!..." Alisa memanggil Ikhwan.

Ikhwan hanya mengangguk faham,dia kemudian berjalan selamba seolah tiada kesan dengan jeritan Irfit yang berterusan. Akhirnya Ikhwan mengutip serpihan tanah berhampiran,dilambungkan beberapa kali dia mengangguk yakin. Lalu dia terus berpaling ke arah Irfit,seiring merejam serpihan batu itu tepat masuk ke dalam mulut Irfit.

"Urgh!!"

Jeritan yang kuat berhenti dan Farhan serta Haikal berpandangan,sebelum menyedari Irfit seperti menggigit sesuatu. Luqman dan Aminudden bingkas bangun,Solleh dan Tuzeman hanya bersiul kagum. Alisa menghela nafas lega dan Fara terus terduduk,Farhan sedar sesuatu dan menoleh ke arah Ikhwan yang sedang melambung-lambung serpihan tanah bersaiz tapak tangan.

"Ikhwan...." Farhan tersengih melihat gelagat Ikhwan.

"Uhuk!! Kahakk!!...kurang ajar!!" Jerit Irfit merenung ke arah Ikhwan.

"Ah... Maaf la,suara kau 'merdu' sangat jadi aku bagilah hadiah..." Ikhwan berkata selamba.

"Kauu... Grrr..." Irfit mula hilang sabar,namun seseorang menyerunya.

"Irfit,that's enough....return immediately!..."

"Master?" Irfit terkesima dan Ikhwan pula tersentak.

"Suara tu...." Ikhwan mengetap gigi menghasilkan pelindung yang besar,sehingga sampai ke kawasan Farhan berada.

"Ikhwan! Apa kau fikir?" Soal Farhan tidak puas hati.

"I see...kau seorang yang berjaga-jaga Dragon King... Atau lebih tepat the new king of dragon..." Suara itu berkata lagi.

Semua senyap tidak berbicara dan Tuzeman serta Solleh berpandangan,mereka seakan kenal dengan suara yang muncul. Luqman dan Aminudden menelan air liur,daya kuasa gelap misteri begitu tinggi. Mereka seakan hanyut dalam lautan gelap,tapi seseorang menepuk bahu mereka berdua mengelakkan mereka terus hanyut.

"Auntie Reena!" Luqman dan Aminudden berkata girang,Alisa dan Fara menghela nafas lega.

Tidak lama semua mata fokus semula ke arah Ikhwan,dan raja naga itu mengetap gigi kemudian menarik nafas panjang lalu dihelakan dengan lembut.

"Marvus...kau memang tak tahu duduk diam ke?" Soal Ikhwan dengan tiba-tiba,membuatkan mereka tersentak.

"Descendants of Iskandar,I see....your power truly magnificent I can't wait to meet you...." Suara itu berkata lagi.

"Jika itu berlaku,aku akan padam kau dari sejarah..." Ikhwan berkata dingin.

"Ha... Ha.. I can't wait for that day will come..." Akhirnya suara itu terus lenyap dengan kuasa kegelapan yang amat kuat itu,Irfit mengetap gigi merenung Farhan dan Haikal.

"Someday I'll make both of you pay for what you've done!!!...." Irfit menjerit dan terus lenyap dengan ribut taufan menyelubunginya.

Akhirnya semua kembali normal dan awan berarak tenang,burung-burung berterbangan dan ada yang menghinggap bahu Farhan. Haikal tersenyum melihat keadaan itu,lain pula dengan Ikhwan yang mukanya menunjukkan sedang bengis.

"Marvus...." Ikhwan berkata dan terus melangkah pergi,Alisa segera menyusulinya dari belakang.

Solleh hanya memerhatikan anak lelakinya pergi,bahunya disentuh perlahan oleh Tuzeman. Sebaik Solleh menoleh ke arahnya,Tuzeman hanya menggelengkan tanda jangan ganggu Ikhwan buat sementara waktu.

"Uncle..." Luqman dan Aminudden memerhatikan bapa saudaranya pergi.

"Ikhwan...." Reezal yang memerhatikan dari jauh sedar reaksi adiknya.

Farhan yang masih berada di ruanh udara,turut sedar tindakan Ikhwan yang melangkah pergi. Haikal pula sekadar mendiamkan diri,tidak mahu berkata apa-apa kerana dia tahu jika bersuara sekalipun tidak mengubah apa-apa.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now