CHAPTER 50 : SEVEN DARK KNIGHT

803 71 10
                                    

*Imej baru Farhan pada media*

Darweez terkejut apabila melihat Alisa dan Fara berada di hadapannya,dia menekup mulut dan air matanya mengalir. Alisa dan Fara menghampirinya,mereka berpelukan bagaikan keluarga yang terpisah jauh.

"Thank god...you guys is safe.." ujar Darweez.

"Semuanya kerana tuan...selamatkan saya bagaikan seorang ayah..." ujar Alisa dan Fara mengangguk sahaja.

Ikhwan dan Farhan menghampiri mereka,Darweez memandang ke arah dua pahlawan naga itu. Aswandy sekadar memerhatikan sahaja,Ikhwan dan Darweez berbalas pandangan.

"Professor..." ujar Ikhwan menunduk hormat.

"Putera keenam negara Mentari,Ikhwan Syah Al'Solleh..." kata Darweez turut menunduk hormat.

"Saya dengar dari Aswandy,kamu yang melindungi Alisa?" Soal Darweez.

"Itu menjadi kewajipan saya.." kata Ikhwan membalas soalan Darweez.

Ikhwan sekadar tersenyum dan Alisa menghampiri Ikhwan,memegang tangan Ikhwan dan Darweez kehairanan dengan tindakan Alisa. Malah bukan Alisa sahaja,Fara juga menghampiri Farhan.

"Apa hubungan kamu berdua dengan Alisa dan Fara?" Soal Darweez.

"Suami isteri..." serentak dua orang itu menjawab,Alisa dan Fara tersenyum mukanya merona merah.

Darweez terkejut dan memerhatikan mereka berempat,Farhan dan Ikhwan serta Fara juga Alisa tersenyum memandang ke arah Darweez. Air matanya mula mengalir,dia mengesat air matanya sambil tersenyum terharu.

"Thank God,you hear my pray..." ujar Darweez terharu,Ikhwan menyentuh bahu.

"Sorry professor,we're in hurry..." jawab Ikhwan dan Darweez kehairanan.

"Boleh beritahu di mana bangkai Arize diluburkan?"

Satu tempat lembah yang gelap dan lembab,dua susuk tubuh berjalan melalui lorong semulajadi. Marvus dan Irfit melangkah tenang,Irfit memerhatikan keadaan sekitar kawasan.

"Tuan cari apa di sini?" Soal Irfit kurang selesa dengan kawasan di sini.

"Kau kenapa? Lain macam je aku tengok?" Marvus kehairanan dengan sikap bersahaja.

"Aku tidak sedap hati tuan..." jelas Irfit.

"Demon macam kau pun ada gerak hati,aku kagum..." kata Marvus tersenyum sinis.

"Realm of Demon pun ada kehidupan tuan,jangan sangka demon seperti orang gasar..." jelas Irfit merengus.

"Aku tidak peduli semua itu,aku cuma nak musnahkan semua keturunan Iskandar.." kata Marvus dengan nada yang dingin.

Irfit tidak lagi bersuara dan dia terus mendiamkan diri,akhirnya mereka tiba di satu tempat. Sebuah bangunan yang agak usang,namun masih lagi kukuh sehingga sekarang.

"Tuan,ini....." Irfit menduga dan Marvus tersenyum sinis.

Marvus tidak berkata apa-apa dan dia terus berjalan memasuki bangunan tersebut,dia hanya melangkah dan Irfit menyusuli dari belakang. Namun langkah Marvus terhenti apabila barrier yang kuat menghalangnya.

"What an eyesore...hmph!!" Pelindung dileraikan dengan mudah oleh Marvus.

"Ternyata ini milik Iskandar...barrier dia amat lemah...selepas pemergian dia.." ujar Marvus tersenyum sinis.

"Apa yang tuan rancangkan?" Soal Irfit lagi.

"Kau tahu The Seven Dark Knight?" Soalan Marvus buatkan Irfit tersentak.

Seven Dark Knight adalah pahlawan yang disumpah,mereka mewakili 7 simbol iaitu Greed,Pride,Lust,Sloth,Gluttony,Envy dan Wrath. Mereka merupakan pahlawan yang berpihak kepada keadilan,namun mereka hilang pedoman dan berpaling ke kegelapan. Atas sebab itu mereka diberikan sumpahan,Iskandar menidurkan mereka atas sebab simpati kerana mereka juga keamanan dapat dikecapi. 

Marvus menghentikan langkah satu kawasan yang agak luas,di mana 7 patung pahlawan berada di situ. Siapa sangka Mentari menyimpan mereka,Marvus tersenyum sinis dan menghampiri patung itu semua. Setiap daripada mereka mewakili satu simbol,seven deadly sin.

"Seven Dark Knight? Tuan nak bangunkan mereka?" Soal Irfit dan Marvus tersenyum seribu satu muslihat.

Tangan diangkat ke hadapan dan mantera kegelapan dibicarakan,bulatan magis berwarna hitam muncul sebaik sahaja kata-kata mantera dilafazkan oleh Marvus. Irfit merasai daya tenaga yang amat kuat,dia hanya mampu menelan air liur.

Karma tersentak ketika itu dia bersama Luqman dan Aminudden,dia lantas bangun dan menuju ke balkoni luar. Aura yang kuat jelas terasa di satu sudut tempat yang tidak asing baginya.

"Marvus...kau..!" Karma melompat dan terbang dengan laju.

"Karma!!" Aminudden cuba mengikuti dari belakang namun dihalang oleh Luqman.

"Nanti! Kita kena contact uncle dulu..ini bukan main-main..." kata Luqman sambil mendail nombor milik ayah saudaranya,dan Aminudden mendecih dia risaukan keadaan Karma.

"Hello uncle?"

Pada ketika itu bulatan magis gelap masih terukir di permukaan lantai,magis yang kuat jelas dirasai oleh Irfit dan dia menekup dada menahan sakit. Patung-patung itu semua mula merekah,Marvus tersenyum sebelum letupan di siling dan Karma muncul serta memberikan satu sepakan.

"What a fancy meet you here..." ujar Marvus mengesat bibirnya.

"Tak guna kau Marvus...kau nak bangunkan Seven Dark Knight....?! Langkah mayat aku dulu!!" Jerit Karma.

"Heh...kau dah terlambat Karma,mereka dah bangun pun..." balas Marvus memandang belakang Karma,seseorang mengepalkan penumbuk.

"Shit...!"

DUSH!!

Suasana di luar bangunan yang mengurung 7 pahlawan itu asalnya sunyi-sepi,menjadi bising akibat Karma merempuh keluar tercampak keluar berguling akibat disepak oleh 7 pahlawan gelap.

Marvus berdiri di hadapan 7 pahlawan itu,Karma dan dia berpandangan kemudian Marvus hanya tersenyum licik. Jarinya dipetik dan Karma terbaring meniarap,dia terasa terlekat pada tanah.

"Ergh!!!..." Karma tidak mampu bangun,kerana tekanan dari Marvus hasilkan amat kuat.

"Baring situ diam-diam...." ujar Marvus dan Karma merenungnya dengan pandanagn mata yang tajam.

"Saat kita bertemu lagi..." sebaik Marvus habis bercakap,dia dan Irfit serta 7 lagi pahlawan yang dibangkitkannya hilang ditelan bayang.

Karma masih tidak mampu bangun,tekanan kuasa daripada Marvus amatlah kuat. Cahaya dari magis teleport muncul,seseorang keluar dari dan terus menuju ke arah Karma. Gadis itu berhenti di hadapannya,Karma memandangnya kemudian terkejut.

"Tak mungkin!"

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now