CHAPTER 70 : DRAGON KILLER

833 74 4
                                    


Suatu tempat yang lapang dan dikelilingi kegelapan,kabus tebal dan juga suasana yang menyeramkan. Tiupan angin juga kedengaran,Echidna dan Rosette hanya berdiri mendiamkan diri.

Marvus memerhatikan jantung milik naga pemusnah,dia menjeling ke arah dua orang pahlawan kegelapan itu. Tidak lama lepas itu dia kembali memandang ke arah naga ciptaannya,senyuman sinis terukir di bibir dan Marvus segera mengapungkan jantung gergasi itu lalu memasukkan ke dalam tubuh naga tersebut.

"Its time to wake up..." ujar Marvus tersenyum licik.

Senyap.

Suasana menjadi tegang dan tiada bunyi kedengaran,Echidna memandang Rosette berbalas pandangan sambil mengangkat-angkat kepala berulang-kali tanda bertanya apa yang berlaku. Gegaran kuat berlaku dan hampir membuatkan dua orang wanita itu terjatuh,mata naga pemusnah itu menyala merah saga.

"AWAKE MY CHILD!!"

Sebaik sahaja Naga Pemusnah itu bangkit,dia mengaum dengan begitu kuat sekali sehinggakan kabus tebal lenyap dan kawasan menjadi jelas. Mulut naga itu dingangakan dan mula bersinar,Echidna menelan air liur tersenyum kelat.

Naga pemusnah itu terus menembak seumpama meriam yang keluar daripada mulutnya,sebuah pulau berdekatan terkena tembakan dan lenyap begitu sahaja. Rosette tersentak melihat apa yang terjadi,dia kagum dan gerun dengan kuasa yang ada pada Naga pemusnah Marvus.

Farhan tersentak terasa daya kuasa datang dari naga tersebut,dia ketika itu sedang minum petang di kafe bingkas bangun dari tempat duduk. Fara turut merasai daya kuasa itu,tapi dia hanya mampu mendiamkan diri.

"Aku terasa daya kuasa yang kuat tadi,tapi ni dah hilang apa cerita?" soal Arjuma sebaik menghampiri Farhan.

"Nak ikut aku pergi periksa?" pelawa Farhan.

"Mesti....aku dah janji nak tolong.." balas Arjuma tersengih.

"Baiklah tunggu apa lagi? Jom la.." ujar Farhan ingin bergerak tetapi Fara menghalang.

"Abang!" teriak Fara dan Farhan kehairanan kenapa Fara menghalang?

"Saya akan hubungi abang Ikhwan secepat mungkin,jadi tolong berhati-hati..." Fara berkata dengan risau,Farhan yang mulanya terkejut kemudian tersenyum.

"Jangan risau,kami akan berhati-hati..." ujar Farhan dan terus melompat terbang,Arjuma tersenyum kemudian menyusul.

Fara memerhatikan mereka terbang sehingga hilang dari pandangan,Rebecca menyentuh bahunya dan Fara menoleh ke arahnya. Dia mengangguk dan terus mendail satu nombor,Rebecca hanya menunggu di sisinya.

Farhan dan Arjuma terbang meluncur laju,sehingga berselisih dengan jet pejuang milik negara Mentari. Pemandu kapal itu hanya mampu terkebil-kebil sahaja,tidak lama lepas itu tiga individu terbang berselisih jet pejuang tersebut. Ikhwan dan Aminudden disusuli Luqman.

Farhan mula terasa tidak sedap hati kerana dia merasai aura menggerunkan,seekor naga muncul dan menyerang mereka berdua dengan tiba-tiba. Farhan dan Arjuma segera mengelak,mereka berdua tergamam melihat naga tersebut. Mata naga itu merah saga,kemudian dia mengaum sekuat hati. Rosette berada di kawasan darat berhampiran,dia ternyata sedang memerhatikan dari jauh.

Naga itu mengaum sekuat hati sekali lagi,lalu meluru ke arah Farhan dan Arjuma dengan pantas. Farhan menguatkan aura kuasanya,Arjuma juga sama dan anak matanya berubah keemasan. Maka berlakunya pertempuran dahsyat,naga itu agak besar dua kali ganda dari manusia.

BOOM!!

BOOM!!

Farhan berpusing belakang mengelak,dan Arjuma pula melancarkan serangan cahaya emas umpama peluru berpandu. Tepat mengenai naga tersebut,Rosette mendecih kemudian pada masa yang sama juga Ikhwan bersama anak saudaranya telah tiba dari jauh.

"Uncle!! Mereka di sana!!" Aminudden memberi lokasi tetap,Ikhwan hanya mengangguk kemudian merasai sesuatu.

"Luqman,arah jam 9 kawasan darat..." ujar Ikhwan dan Luqman menoleh ke arah yang ditetapkan oleh Ikhwan.

"Perempuan..." ujar Luqman mendecih.

"Musuh Luqman...pergi..Am kamu ikut uncle.." ujar Ikhwan memberi arahan.

Aminudden mengangguk dan serentak bersama Ikhwan,segera mereka memecut laju ke hadapan dan Luqman membelok lalu meluru menjunam ke bawah. Rosette yang sedang fokus pada perlawanan di mana Farhan dan Arjuma,dia menyedari sesuatu dan mendongak lalu terkejut apabila Luqman kelihatan sedang meluru ke arahnya.

"Apa?" Rosette mendecih kegeraman.

Luqman menjunam dan letusan berlaku akibat pendaratan kasar,Rosette berpusing beberapa kali ke belakang mengelak dari serangan mengejut. Rosette mengibaskan bajunya dan meregangkan leher,Luqman matanya bersinar ungu dari asap debu berterbangan di udara. Rosette merasakan daya yang kuat datang daripada Luqman.

"Hmm... Betul ke kau ni Seven Dark Knight?" soal Luqman.

"Kalau ya,kenapa?" Rosette menjawab.

"Aku fikirkan dah tua,maklum la umur dah beratus tahun...kan?" Luqman menjawab dengan selamba,tanpa sebarang amaran Rosette menyerang dengan pantas.

BRAAMM!!!

Tanah merekah dengan teruk sekali,mujur Luqman sempat mengelak. Dia tersengih kerana itu reaksi normal bagi seorang perempuan,apabila usia dijadikan bahan usikan.

"Woo,marah ya?" soal Luqman.

"Mungkin saya pahlawan kegelapan,tapi jangan lupa saya juga seorang wanita..." ujar Rosette merenung Luqman dengan pandangan mata yang tajam.

"Ouh... Begitu ya..." kata Luqman melagakan kedua penumbuknya.

Suasana menjadi sunyi sepi dan Luqman melepaskan helaan panjang,Rosette mengepalkan kedua penumbuknya dan simbol muncul 'Envy' pada telapak tangannya.

"I will defeat you kid..."

"You can try..."

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now