CHAPTER 60 : SUCCESSOR OF SKY

733 79 5
                                    


FARHAN P.O.V

Aku merenung ke arah Minataurus yang menghembus nafas keluar dari hidung,dan tangan aku kepal sekuat hati serta memusingkan pergelangan bahu.

Minataurus mengaum sekali lagi,aku sedar kawasan bergegar dengan kuat sekali. Aku menarik nafas panjang,kemudian dihelakan secara berkala dan Minataurus mula berlari ke arah aku.

"Mari sini kau lembu hodoh! Biar aku cincang kau lima belas potongan..siap bungkus hiah!" aku menghayunkan penumbuk.

Minataurus itu turut menghayunkan penumbuknya,sebaik sahaja penumbuk kami bertembung. Gegaran kuat berlaku dan tanah merekah,lalu serpihan tanah terapung. Aku menumbuk dengan kelajuan deras,Minataurus itu tidak dapat mengelak dan menerima serangan aku yang bagaikan tembakan senjata gatling.

"THOUSANDS WAVE!!"

Tumbukan demi tumbukan aku lakukan dan rambut aku berubah sedikit demi sedikit menjadi warna putih salji,lalu aku menarik nafas panjang seiring penumbuk ditarik ke belakang dan sebaik nafas dilepaskan dengan segera tumbukan padu diberikan pada Minataurus.

"RODEO IMPACT!!"

Minataurus tersebut sebaik menerima tumbukan padu daripada aku,lantas raksasa itu terpelanting bergolek mencium tanah beberapa kali sebelum merempuh tanah berbatu dengan kuat sekali. Aku terus berlari dengan laju,meluru ke arah timbunan tanah yang hancur di mana Minataurus itu tertimbus.

Minataurus itu akhirnya bangkit dengan mengaum sekuat hati,aku pula menumpu semua kuasa pada kedua tapak kaki dan melompat ke udara. Aku menjulurkan kaki ke hadapan,lalu menjunam ke arah Minataurus dengan laju.

"TORNADO DRIVE!!..."

"GROAARR!!!..."

ZWOOSHH!!!

Aku menjunam sekali dengan pusingan badan,umpama taufan terbang menjunam ke bumi dengan kelajuan luar biasa. Minataurus itu menjerit seiring menahan tendangan putaran aku,agak mengagumkan dan dia berjaya menolak aku ke belakang dengan mudah.

"Not bad for animal like you..." kata aku mengibaskan kaki betis.

Minataurus itu meraung membuatkan permukaan di bumi bergegar,tumbukan dihayunkan oleh dia aku sambut dengan tumbukan. Sebaik dua tumbukan bertemu akhirnya menghasilkan impak bunyi yang begitu kuat.

"Semakin dia menerima pukulan,semakin bertambah kuat..." Wyvern bersuara.

Aku hanya mendecih dan menepis tumbukan Minataurus itu,sebelum satu sepakan tepat ke dahinya dan dia terpelanting sekali lagi.

"Kau ni bising la,bukan nak tolong pun..." aku mendesah kegeraman.

"Ni aku tolong la ni...." Wyvern berkata dengan nada tidak puas hati.

Minataurus itu melompat meluru ke arah aku dengan kasar,manakala aku hanya menghela nafas bengang. Lantas aku menarik badan ke belakang,kemudian menyepak tubuh raksasa berupa lembu melambung tinggi.

Aku mendepakan tangan dan tapak tangan dibuka seluasnya,aura hijau cerah menyelubungi seluruh tubuh aku dan corak magis naga angin terhasil di bawah tapak kaki aku. Aku merapatkan kedua tapak tangan,lalu menghalakan ke atas dan kedua tapak tangan aku bercahaya seiring kepala naga bercahaya muncul. Mulut meriam naga itu menganga,aku menghela nafas pendek dan melancarkan serangan.

"DRAGON GALE GIGA CANNON!!.."

ZROOMM...!!!

Tembakan meriam itu merempuh Minataurus,jeritan raksasa separuh lembu dan manusia kedengaran sehinggalah dia hancur. Aku termengah-mengah dan hampir separuh tenaga hilang,serangan tadi memang memakan banyak tenaga dan memang sial.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now