CHAPTER 74 : ONLY FOR THE BEGINNING

793 70 12
                                    


BOOMM...!!

BRAAM!!

Khaizo menghentak askar tengkorak berzirah terbenam ke tanah,menyedari kehadiran seekor lagi dengan pantas dia menyeret dan melibas askar tengkorak tersebut sehingga hancur berkecai.

Namun masih begitu banyak lagi yang datang,Khaizo mendecih dan mencampak tukul lalu tanah merekah dengan begitu dahsyat akibat hentaman dari balingan tukul milik Khaizo.

"There's no end for them,I'll go with this..." meriam naga tersarung pada tangan kirinya,lalu menembak seumpama meriam cahaya.

Askar tengkorak itu semua hancur menjadi debu,Khaizo langsung tidak gembira kerana semakin bertambah banyak meluru ke arahnya. Khaizo mendecih dan segera menumpukan daya kuasanya,tukul dicapai dan terus merempuh ratusan askar tengkorak.

"Seiiyyaa!!" Aminudden mencengkam salah satu askar tengkorak,malah tangannya menyala api biru.

Aminudden menghempaskan ke tanah,tidak cukup dengan itu lantas dia mengheret askar tengkorak sambil merempuh askar tengkorak yang lain. Langkahnya dia terhenti di satu tempat,dengan tenaga yang banyak dia meletupkan tempat tersebut.

BRAAMM!!!

Aminudden mengepalkan penumbuknya,api merah membara dengan marak dan langkahnya diatur. Senyuman licik terukir di bibirnya,apinya bagaikan roket yang ingin berlepas ke angkasa.

"Falcon Wing Arts..."

Aminudden mula bergerak badannya ke hadapan,rambutnya berubah merah dan api semakin besar. Anak matanya menyala dan nafas dilepaskan,terus dia meluncur laju ke arah ratusan askar tengkorak.

ZRAAKK!!

KRAASSH!!

BAAMM!!

"FLAME ROCKET OVERDRIVE!!"

Khaizo yang sibuk menghancurkan musuh,perasan keadaan itu ratusan askar tengkorak di bakar dengan pantas. Khaizo bersiul kagum sambil menongkat pada di batang tukulnya,namun dia terasa yang tidak kena pada skill Aminudden. Ini kerana Aminudden pada air mukanya sedang mencari jalan untuk berhenti.

"Macam tak nak berhenti je..." Khaizo terkebil-kebil melihat keadaan itu.

"AAARGH!!! TOLONG!! CANNOT STHOOOPUU!!!" Jeritan Aminudden bergema sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mata Khaizo.

"Aku harap dia dapat berhenti...." ujar Khaizo mengangkat tukulnya,dan diletakkan pada bahu.

Luqman menarik kakinya ke belakang,askar tengkorak itu meluru ke arahnya. Luqman mengecas kilat pada kakinya,matanya berubah warna menjadi ungu. Gerakan kombo tendangan kakinya bergerak dengan begitu pantas,amat pantas sehingga hanya kelihatan cahaya sahaja.

KRZZT!!

KRZZT!!

KRZZH!!

KRAANGG!!!

Luqman berhenti sejenak sebelum mengecas kilat ungu pada tangannya,dia mengangkat tangannya ke arah langit. Seperti ada serpihan benda berkumpul pada tapak tangannya,sedikit demi sedikit berubah menjadi saiz yang begitu besar.

"Dragon Thunder Arts.." Luqman menunggu askar tengkorak itu semua hampir ke arahnya.

Luqman sebaik yakin askar itu semua berada di jarak yang diharapkan,dia terus tersenyum licik dan membaling bebola gergasi berwarna ungu ke arah askar tengkorak itu.

"PLANETARIUM VIOLET BREAKS!!"

Sebaik bebola gergasi itu mengenai askar tengkorak tersebut,letupan kuat berlaku dengan impak gegaran yang dahsyat. Luqman memerhatikan bekas serangannya meninggalkan kesan seperti kawah gergasi.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now