CHAPTER 80 : QATARIZ VS LANCELOT Part 2

634 79 0
                                    


Qatariz meregangkan jari-jemarinya,leher dibunyikan dan digerakkan kiri ke kanan. Nafas ditarik dan dihelakan panjang,Ikhwan pula hanya berdiri memerhatikan 'kembarnya' itu.

"Alright Lancelot sir,are you ready?" soal Qatariz dan Lancelot hanya mendiamkan diri kemudian tersenyum.

"Balik semula pada mod bisu ke? Mana kata-kata biadab kau tadi?" soal Qatariz.

Lancelot hanya mendiamkan diri dan menghunuskan pedangnya,Qatariz menjeling ke belakang dan Ikhwan terkejut dengan renungan mata Qatariz. Ikhwan pada mula terkejut,tersenyum faham dan menyeru senjata jenis senapang.

Qatariz terkejut dengan tindakan Ikhwan,dan si raja naga mengacukan ke satu arah. Tembakan dilepaskan dan mengenai kepala salah satu askar tengkorak,Arthur sekadar mendiamkan diri.

"Jangan bunuh dia okay?" Ikhwan memberi peringatan.

"Heh,aku tahulah.." balas Qatariz.

Sekali lagi Qatariz menarik nafas pendek,dan mata dipejam rapat serta nafas dihelakan secara teratur. Aura merah cerah bersinar menyelubungi tubuhnya,dia mengepalkan kedua penumbuknya. Ikhwan hanya mendiamkan diri sejenak,dia memerhatikan Qatariz dari belakang.

"You not a Faker..." ujar Ikhwan dan Qatariz membesarkan mata,dia terkejut kerana Ikhwan seperti tahu akan fikirannya.

Qatariz yang mulanya terkejut,tersenyum sambil menghelakan nafas pendek. Api merah darah dinyalakan,menyelubungi buku limanya dan lama diperhatikan sebelum dia tersengih.

"Aku tahu aku dari perasaan gelap kau..." ujar Qatariz dan Ikhwan serta Arthur hanya mendengar.

"Sisi gelap sepatutnya pada kegelapan,tapi kenapa aku pihak pada kau?" kata Qatariz lagi menyalakan api merah darah pada sebelah tangan pula.

"Jawapan senang sahaja,aku lebih rela kepada ketenangan dari membunuh orang setiap hari..." jelas Qatariz dan Arthur kagum manakala Ikhwan tersengih.

"Go for it,take Lancelot down.." ujar Ikhwan tersenyum sambil menukar senapang kepada pistol berkembar.

"As you wish brother..."

Qatariz tersengih teruja sebelum hilang dari pandangan,Lancelot hanya mendiamkan diri dan menoleh ke arah kirinya. Qatariz muncul dengan pantas dan menghayunkan penumbuk,Lancelot segera menahan namun dia tidak sedar sebelah tangan Qatariz turut bergerak.

Pipi Lancelot tepat mengenai tumbukan daripada Qatariz,lalu mukanya dibenam oleh Qatariz pada tanah. Rekahan yang dahsyat terhasil,Lancelot melepaskan auranya dan Qatariz terkejut sambil membeliakkan mata serta terpelanting.

Lancelot bangkit dan aura gelap dilepaskan sekali lagi,Qatariz hanya memerhatikan sahaja. Seluruh kawasan meletus akibat kuasa gelap pada Lancelot yang dirasuk itu,Qatariz menghela nafas pendek dan penumbuknya dirapatkan kemudian auranya pula dilepaskan.

"Alright,you wanna get serious? Here I come...!!" kata Qatariz tersengih sambil meluru ke arah Lancelot.

Lancelot tidak membalas malah sebaliknya dia turut meluru ke arah Qatariz,lalu mereka berbalas tinju dan tanah merekah dengan lebih teruk.

DUSSH!!

DUSSH!!

KRANGG!!

Lancelot melibas kaki dan Qatariz mengelak dengan menunduk,kemudian dia pula menyepak kaki Lancelot sehingga pahlawan kegelapan itu hilang keseimbangan. Qatariz tersengih lalu mengambil kesempatan itu dengan menendang Lancelot tercampak merempuh beberapa askar tengkorak.

Lancelot terkial-kial bangun dan sedar sesuatu,Qatariz sudah melompat ke udara dan bebola api merah warna darah di angkat ke atas.

"BLOODY SUN DESTROYER!!" Qatariz membaling ke arah Lancelot.

Lancelot pula hanya memerhatikan sahaja bebola api merah darah itu,kemudian dia menumpukan kuasanya dan bersiap sedia untuk serangan balas.

"LANCELOT MAGNUM BLASTER!!" Lancelot menyeru sepucuk pistol,dia melepaskan tembakan seumpama meriam.

KRANGG!!

Dua serangan yang kuat bertembung,dan menyebabkan gegaran dahsyat sehingga menggoncangkan bumi. Marvus yang menyaksikan perang,turut merasai daya kekuatan tersebut. Dia tersenyum teruja dengan kekuatan Qatariz,Marvus menyeru bulatan magis corak berwarna ungu gelap.

"Aku ada hadiah untuk kau..." ujar Marvus.

BRAAMM!!

KA-BOOMM!!

ZWOOSSH!!

Pertembungan dua kuasa mengakibatkan letupan seumpama bom nuklear,namun tidak sebesar bom tersebut dan Qatariz yang terapung di udara tercampak kerana impak angin begitu kuat.

Tetapi Qatariz menyalakan api dan dihasilkan umpama tujahan roket,pada kedua tangannya untuk mengelakkan dia tercampak lebih jauh. Dia lakukan tujahan pada atas langit,untuk menolakkan dia ke darat semula.

Qatariz menghembuskan nafas pendek,dia bersiap sedia untuk serangan seterusnya. Qatariz terus meluru ke arah Lancelot serta pahlawan tersebut,turut berbuat demikian dan sekali lagi mereka bertembung.

"Kau teruja bukan? Berlawan dengan pihak yang kuat?..." soal Lancelot.

"Bercakap pulak.. Nak menghasut aku la tu..." balas Qatariz dengan muka blur,sambil dia menangkis serangan Lancelot.

Lancelot ingin mencengkam Qatariz,namun gerakan tangan Qatariz lebih pantas. Qatariz menepis dan menolak tangan Lancelot,sehingga Lancelot terdepa secara tidak sengaja. Qatariz tersengih dan Lancelot terkejut,dia cuba untuk berundur namun tapak tangan Qatariz sudah ditekap pada tengah dadanya.

"DRAGON DEAD PALMS!!"

TASSHH!!

KRAASSH!!

Lancelot mengembungkan pipinya,sebelum dia terseret jauh sehingga terhenti dengan merempuh sebatang pokok yang amat besar. Darah tersembur keluar dan Qatariz sudah bergerak dengan pantas,dengan merapati Lancelot sekali lagi.

"Apa?!!" Lancelot terkejut dengan kepantasan.

"Bloody Flame Arts.." Qatariz menggerakkan tangannya bagaikan membelai.

Lancelot tergamam melihat gerakan tangan Qatariz,dia melihat Qatariz bagaikan tangannya menjadi banyak. Satu,dua,tiga tidak,tetapi pukulan Qatariz begitu pantas sehingga tidak terkira gerakan tangannya.

"THOUSANDS FIST RAGE!!!"

DUSSH!!

DUSSH!!

DUSSH!!

Tumbukan tinju yang beribu itu,hinggap pada tubuh sasa Lancelot. Namun itu tidak dapat menyelamatkannya,darah tersembur keluar dan pada masa yang sama Arthur hanya melihat sahaja.

Ya,untuk menyelamatkannya itu diperlukan.

Tubuh Lancelot ditumbuk bertubi-tubi sehingga pokok yang disandar oleh Lancelot,hancur berderai dan Lancelot terhuyung-hayang. Tangan Qatariz mencekak baju Lancelot,penumbuknya dikepalkan sekuatnya dan api membara dengan marak.

"Jangan tumbang dulu...kerana ADA PENUMBUK UNTUK PENGHABISAN!!"

DUUUSSH!!

BRAAMMM!!

Tumbukan terakhir Qatariz lakukan dengan membenamkan Lancelot pada tanah,sekali lagi rekahan yang dahsyat terhasil dan Lancelot terus rebah. Qatariz menarik penumbuknya dan memandang Lancelot yang tidak sedarkan diri.

"I Win Asshole..."




TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now