CHAPTER 53 : FARHAN VERSUS MODRED

797 72 0
                                    

*Imej Farhan pada media*

Semua yang mendengar penjelasan Ikhwan terkejut,Karma dan Arize hanya mendiamkan  diri. Alisa dan Fara pula sekadar berpandangan,Ikhwan bangun dari duduk lalu berjalan. Farhan pula menghela  nafas pendek,Ikhwan memandang ke luar tingkap.

"Mereka memang kuat?" Soal Fara.

"Lebih dari apa yang kita boleh bayangkan..." Karma menjawab tanpa selindung.

"Oh tidak..." Alisa mula risau.

"7 Dark Knight,aku tidak risau mengenai mereka...." kata Ikhwan dan semua menoleh ke arahnya.

"Benar kata Ikhwan,Marvus merupakan masalah utama..." ujar Farhan pula.

"Jangan nak main-main,mereka amat kuat dari apa yang korang boleh bayangkan..." kata Karma risau.

Karma berkata dengan nada serius,Ikhwan dan Farhan memandangnya kemudian berpandangan antara satu sama lain. Mereka tersenyum sinis dan Karma serta Arize kehairanan,Fara dan Alisa pula hanya menunggu apa yang ingin dikatakan oleh suami mereka.

"Musuh itu kuat atau tidak,bukankan ia perkara yang menarik..itu boleh dikatakan latihan visual..." ujar Ikhwan selamba.

"Ini berkaitan hidup dan mati Ikhwan.." kata Karma.

"Pantang undur sebelum kalah,aku tidak mahu mengalah tanpa tentangan..." kata Farhan sambil menyilangkan tangan pada dadanya.

Karma dan Arize memandang mereka dengan riak muka terkejut,malah Arize seperti melihat Iskandar di hadapannya. Dia tersenyum kemudian air matanya mengalir,Karma sedar kemudian dia menghela nafas pendek.

"Kau dengan Iskandar perangai sama,keras kepala..." ujar Karma dan Ikhwan hanya tersenyum selamba.

"Jika tidak keras kepala,apa guna jadi pahlawan..." kata Khaizo muncul dengan tiba-tiba.

"Khaizo? Bila kau sampai Rembulan? Macam mana kau tahu kami ada di sini?" Soal Farhan.

"Slow down bro,aku tak boleh jawab serentak..." kata Khaizo tersenyum kelat.

"Aku yang panggil dia ke sini..." ujar Ikhwan memandang ke arah Farhan.

"Ada urusan lain ke?" Soal Farhan dan Ikhwan tersenyum.

"Ah sudah...that smirk.." kata Farhan risau.

"Relax..nothing dangerous..." kata Ikhwan dan bangun,Aswandy muncul masuk ke dalam bilik.

"Alisa dengan Fara stay dengan Arize boleh?" Soal Ikhwan dan Alisa sedikit terkejut,kemudian dia tersenyum faham maksud suaminya.

"Baiklah,hati-hati luar sana ya abang?" Alisa pula memberi peringatan.

"Of course! Karma,you coming with us and you too bro.." Ikhwan membalas.

"Aku apahal pulak?" Soal Karma.

"Ikut je la..." kata Aswandy merangkul bahu Karma lalu ditarik pergi.

"Arize,tolong...." Karma memandang ke arah Arize.

"Selamat berjaya,saya tunggu di sini.." Arize melambai tangan dan Karma mengalah.

Ikhwan segera melangkah keluar disusuli Aswandy,Karma pula hanya terpinga-pinga mengikut mereka kerana ditarik oleh Aswandy.

"Benda tu masih selamat?" Soal Ikhwan dan Aswandy memandang ke arahnya.

"Jangan risau la..ia masih selamat.." ujar Aswandy memasuki sebuah pintu rahsia.

Farhan mengekori Ikhwan dari belakang,dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh sepupunya itu. Akhirnya mereka tiba di satu kawasan,Farhan terkejut apabila merasai tekanan tenaga yang amat kuat. Seseorang mendarat dengan kasar,angin kuat akibat impak pendaratannya itu. Farhan ternampak simbol pada lehernya,dia sedar itu adalah simbol Greed.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now