CHAPTER 83 : BLAZE VS LIGHTNING

766 75 12
                                    


"OREAHH!!"

"Tch!"

KTANG!!

PENUMBUK berlaga dengan sebilah pedang,namun tangannya tidak luka langsung. Aminudden menyalakan api biru pada kedua-dua penumbuknya,Nero hanya mendecih dan memusingkan pedangnya.

Nero kehairanan kerana tadi dia berjaya mencederakan pemuda di hadapannya,dia hairan kerana luka pada Aminudden hilang bagaikan tiada apa-apa. Aminudden menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan,Nero hanya menunggu serangan dan menyambut sahaja.

Aminudden hilang dari pandangan sebaik dia menggerakkan tubuhnya ke kanan,dan muncul semula dengan penumbuknya hinggap pada pipi Nero. Penumbuk padu tepat mengenai pipi Nero,lalu melambung dan merempuh dinding gunung berhampiran.

Aminudden muncungkan mulutnya sambil tangannya masih gaya menumbuk,nafas dilepaskan dan kembali posisi gaya tinju. Nero mendecih dan giginya diketap ketat-ketat,dia kembali bangkit kemudian meluru ke arah Aminudden.

"HIAH!!" Nero mengangkat pedangnya yang berarus kilat,lalu dihayunkan pada Aminudden.

Aminudden mencebik dan merendahkan posisinya,nafas ditarik secara teratur dan menghayunkan penumbuk.

DUSSH!! DUSSH!!

KTANG!! KTANG!!

KRAASH!!

Aminudden dan Nero terpisah lalu terseret ke belakang,Nero terkial-kial untuk cuba menghentikan seretannya. Aminudden pula yang masih terseret,menggabungkan kedua tapak tangannya lalu dikepalkan. Nafas ditarik perlahan-lahan,kemudian dia menghentak ke tanah.

KRAANGG!!

BRAAMM!!

"Apa yang budak tu cuba lakukan...?" soal Nero tidak dapat menduga tindakan Aminudden.

Asap dan habuk tebal berkepul di sekitar kawasan,Nero tidak dapat melihat dengan jelas. Matanya difokus namun tiada bayang dapat dilihat,namun secara tiba-tiba Aminudden muncul sekelip mata di hadapannya sambil melepaskan penumbuk. Masa ketika itu bagaikan bergerak dengan perlahan,saat penumbuk Aminudden hampir singgah ke muka Nero.

DUSSHH!!

BRAAKK!!

"ARGH!!" Erang Nero berundur beberapa langkah ke belakang,dia menjeling ke arah Aminudden ketika itu.

"Sial kau!!" Nero melibaskan pedangnya,Aminudden mengelak ke kanan dan tumbukan ditujah.

BOKKK!!

"ERGH!!" Nero mengerang kesakitan sekali lagi,seraya dia mengerang sempat juga melibas pedangnya.

"Hup! Ora.. Oreaah!!" Aminudden mengelak dan memberi tumbukan pertama,disusuli tumbukan kedua yang padu.

Nero berundur ke belakang memegang tulang rusuknya,dua tumbukan pada bahagian yang sama. Dia mengusap bahagian tersebut,nafas ditarik perlahan-lahan kemudian dihelakan panjang.

"Mengkagumkan budak,kau memang buat darah aku mendidih..." ujar Nero tersengih.

"Ala jangan la puji... Malu taw..." balas Aminudden mengusap belakang kepala.

"SIAPA PUJI KAU SETAN!!?" ujar Nero kegeraman.

"Bukan ea?" soal Aminudden tersengih tanpa rasa bersalah.

Nero mengetap gigi menyeringai dan terus meluru ke arah Aminudden,kelajuannya ditambah dan menghayunkan pedang dengan berkali-kali. Aminudden pula mengelak dan terus mengelak,dia dapat melihat gerakan laluan serangan pedang Nero.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now