Farhan berjalan memerhatikan keadaan lorong bawah tanah,dia kemudian memandang semula ke hadapan di mana Ikhwan berjalan beriringan ketua kumpulan yang menjaga kawasan bandar terbiar tersebut.Bandar itu diberi nama Babylon City,ia adalah bandar yang pernah maju pada tahun 2010 hingga 2030. Namun disebabkan masalah gempa bumi,yang menyebabkan bandar ini sentiasa bergegar datuk bandar mengambil keputusan untuk berpindah ke kot lain.
Babylon City ditinggalkan begitu sahaja dan kumpulan diberikan nama Orion Guardian,menjaga tempat ini sehingga kini dan gempa bumi juga sudah tiada. Bandar ini boleh dikatakan tempat bersejarah,sejauh mana lorong bawah ini pergi soal hati Farhan.
"Tidak sangka lorong bawah tanah Bandar Babylon ni masih bertahan sehingga kini.." Ikhwan memuji dan Khaizo mengangguk setuju.
"Aku rasa orang yang membinanya bukan calang-calang,aku berminat ingin tahu mengenainya..." Khaizo pula mencelah.
"Saya berbangga menerima pujian dari 2 orang pahlawan terkemuka.." ketua kumpulan itu membalas.
"EH?" Khaizo terkejut da Ikhwan tersenyum manakala Farhan mengusap dagu.
"Jadi ketua sudah hidup dalam jangka waktu yang lama..." Farhan berkata sambil mengangguk faham.
"Sayalah yang membina bandar Babylon seratus tahun yang lalu,bersama Oracle sebelum dia hilangkan diri.." jawab ketua itu.
"ketua Barrell,kamu patut tahu siapa mereka tadi.." Ikhwan mencelah dan ketua kumpulan Orion Guardian,Barrell hanya menghela nafas pendek.
"Wrath dan Greed dari Seven Dark Knight,yang mewakili sifat Seven Deadly Sins...aku tahu sangat.." Jelas Barrell dan Farhan serta Khaizo menoleh ke arahnya secara terkejut,Ikhwan pula yang mula tenang tersenyum simpul kemudiannya.
"Seven Dark Knight,sebelum itu mereka dikenali Seven Knight of Saviour yang berjuang bersama-sama Iskandar melawan kuasa kejahatan..namun kerana sifat mereka dengan mudah Seven Deadly Sins memasuki tubuh mereka bertujuh.." Jelas Barrell.
"Lima dari tujuh pahlawan mengikut jalan kegelapan,tetapi Pride dan Lust masih percaya pada jalan kebenaran..." Ikhwan turut mencelah.
"Ya..disebabkan itu lima pahlawan iaitu Galahad,Nero,Echidna,Rosette dan Modred bertempur dengan Arthur serta Lancelot akhirnya perlawanan berlangsung dengan lama...selama tiga hari dan akibat pertempuran itu begitu banyak nyawa terkorban...." Barrell menyambung dan Farhan serta Khaizo terkejut.
"Iskandar,Karma dan Wyvern muncul membantu Arthur dan Lancelot melawan lima pahlawan tersebut..tetapi Arthur dan Lancelot meminta Iskandar menidurkan mereka bertujuh untuk mengakhirinya.." ujar Barrel memandang Ikhwan,dia sedar bayangan Iskandar dalam diri Ikhwan dan tersenyum.
"Kenapa pula?" soal Khaizo.
"Sebab Arthur dan Lancelot tidak sampai hati untuk membunuh lima sahabatnya dan sebab itu dia meminta Iskandar menidurkan mereka bertujuh bersama-sama..." jelas Barrell dan Khaizo serta Farhan terdiam.
"Sanggup korbankan diri demi rakan,aku sanjung lelaki bernama Arthur dan Lancelot itu..." Ikhwan berkata sambil tersenyum.
"Hey Ikhwan,boleh aku tanya soalan pada kau?" soal Farhan pada Ikhwan.
"Apa dia?" soal Ikhwan pula ingin tahu.
"Bagaimana jika aku jadi macam mereka berlima itu?" Farhan menyoal dan Ikhwan membesarkan matanya,Barrell dan Khaizo pula hanya mendiamkan diri.
Suasana menjadi sunyi dan langkah Ikhwan terhenti,Farhan juga berhenti dan Barrell juga terhenti langkahnya. Khaizo juga sama dan sedikit terkejut mendengar soalan Farhan.
"Well Ikhwan?" Soal Farhan sekian lama Ikhwan diamkan.
"Aku tidak akan buat apa-apa.." jelas Ikhwan dan Farhan terkejut serta kehairanan.
"Apa maksud kau?" soal Farhan tidak faham.
"Sebab aku tidak percaya kau akan berpaling ke arah kegelapan..." tambah Ikhwan lagi.
"Apa yang buatkan kau yakin? Sebab aku sepupu kau?" soal Farhan lagi.
"Ya.." jawab Ikhwan pendek dan Farhan tersentak.
"Itulah apa yang keluarga fikirkan,kena yakin dengan ahli keluarga sendiri..." jelas Ikhwan lagi.
"Jadi apa pandangan kau pada Marvus?" soal Farhan lagi.
Lagi sekali suasana menjadi dingin,Khaizo agak terkejut dengan soalan Farhan. Barrell pula sedikit terkejut,kemudian dia sekadar tersenyum sahaja. Ikhwan hanya diamkan diri,Farhan menunggu jawapannya.
"Aku bukan Iskandar,kau bukan Marvus.." jawab Ikhwan dan Farhan terkejut.
"Kau kena yakin teguh pada pendirian diri kau,jangan senang mengalah..Marvus senang diperdayakan kerana meratapi kematian adiknya.." Ikhwan menyambung lagi dan Farhan terdiam.
"Ingat,kau adalah kau..Farhan Al'Tuzeman pahlawan negara Mentari..." tambah Ikhwan lagi dan dia menyambung langkahnya semula.
Barrell tidak berkata apa-apa hanya mengekori Ikhwan,Khaizo hanya mendekati Farhan yang terpegun itu lalu menepuk bahunya. Terkejut dengan perbuatan Khaizo,Farhan tersedar dari lamunan dan menoleh ke arah Khaizo.
"Bukankah bagus?" soal Khaizo.
"Mengenai apa?" soal Farhan semula.
"Kita mempunyai pemimpin yang yakin pada orang-orangnya yang mengikutnya dan menyokong dia dari belakang?" Khaizo berkata sambil tersengih ceria.
Farhan sedikit terkejut kemudian memandang ke depan,Ikhwan yang dilihat dari belakang badannya. Farhan sedar belakang badan Ikhwan begitu luas,dia kemudian tersenyum lalu menundukkan kepala. Khaizo hanya tersenyum sahaja memerhatikan Farhan.
"Yeah,belakang badannya luas kan?" soal Farhan dan Khaizo kehairanan kemudian sedar lalu tersenyum.
"Ya..sebab itu buatkan orang ingin mengikutnya sehingga ke akhir..." Khaizo membalas dan Farhan mengangguk.
Farhan dan Khaizo melangkah mengekori Ikhwan dari belakang,Ikhwan yang sedar dan menoleh ke belakang. Farhan dan Ikhwan berbalas pandangan,Ikhwan memberikan senyuman girang dan Farhan sekadar menghela nafas kemudian membalas dengan senyuman.
Aku tidak kisah jika harus mengikutnya dari belakang..
Sebab dia satu-satunya tiada lain mampu mengetuai kami...
Kerana dia adalah...
The Great King of new era...
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasySILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...