CHAPTER 78 : 4 BROTHERS

726 69 3
                                    


Selepas membangkitkan askar tengkorak berzirah,Marvus menyeru makhluk perosak dari alam lain. Z yang menyaksikan keadaan itu,merasakan perbuatan Marvus sudah melampaui batas.

"Hanya kerana dendam,dia sanggup jual roh pada kejahatan? Ini tidak mungkin boleh diselesaikan dengan hanya meminta maaf!!" kata Z geram.

"Jadi apa perancangan awak?" soal Sarah menyilangkan tangan sambil duduk di kusyen empuk.

"Jawapan hanya ringkas,kita hapuskan sebelum semakin merebak..."

"Itu bukan ringkas...lebih dua ayat.."

"Haih diam la!"

Z membuka portal dan masuk ke dalamnya,menghubungkan di atas bukit di mana hadapannya perang sedang berlaku. Sarah terkejut dengan keadaan tersebut,menyaksikan para askar Mentari bertarung mempertahankan negara mereka.

Mayat bergelimpangan dengan begitu banyak,ada yang putus kaki ada juga putus kepala. Paling teruk terbelah badan mereka menjadi dua,Z mendecih lalu mengangkat sebelah tangan ke udara.

"SHOOTING STAR METEOR!!"

TUZZ!!

TUZZ!!

TUZZ!!

BRAAMM!!

Letupan dari tembakan yang menyelamatkan para askar berlaku,Karma merasai kehadiran Z dari jauh dan dia tersenyum. Arize juga merasai daya kuasa Z,dia menghela nafas pendek dan terus membekukan askar musuh.

"This sensation,is Z over there?" soal Reezal.

"Yeah..." jawab Solleh muncul dengan baju gear untuk bertarung.

"Err..ayahanda buat apa ni?" soal Reezal.

"Nak bertarung la.." jawab Solleh menyilangkan tangan pada bahagian dada.

"Ayahanda serahkan saya dan adik beradik lain je,ayahanda tak perlu turun padang..." ujar Reezal risau.

"Kalau duduk terperuk je,berkarat la skill ayah... Sudah ayah pergi dulu,oi Tuzeman! Cepat la!" Solleh berkata sambil menoleh ke belakang,sebelum dia melompat terbang pergi.

"Hish kalo ye pun nak cepat,tunggu la aku.. Bertuah punya abang ipar.." rungut Tuzeman yang mengekori Solleh sebentar tadi.

"Ayahanda!!" ujar Reezal risau dan ingin mengejar ayahnya,namun bahunya di sentuh oleh Tuzeman.

"Uncle?" Reezal kehairanan.

"Biarkan,kamu tahu perangai ayah kamu kan? Kalau dah buat keputusan memang tak akan tarik balik..." jelas Tuzeman sebelum terus terbang mengejar Solleh,melihat reaksi ayah saudaranya Reezal mengeluh.

"Sebab tu dalam adik beradik sorang paling degil...perangai ayah melekat pada dia..." keluh Reezal.

"Mana tak tumpah kuah ke nasi?" soal Aswandy muncul keluar dari portal.

Reezal mengemamkan mulut kerana ada benarnya kata-kata Aswandy itu,Zaffrey pula menyusul dari belakang. Tangannya dipusingkan beberapa kali untuk regangan,dia menoleh ke arah ayahnya iaitu Aswandy. Zaffrey menunggu isyarat ayahnya,Aswandy mengangguk dan Zaffrey terus terbang laju meninggalkan mereka berdua.

"Jadi kau nak turun padang ke tak?" soal Aswandy.

"Kau perlu tanya ke?" balas Reezal.

Aswandy dan Reezal terus melompat tinggi,pedang kerabat diraja Rembulan ditarik dari pinggang. Tangan Reezal bersarung zirah tangan besi,mereka berdua serentak melancarkan serangan.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now