CHAPTER 7 : KEMBALI KE MENTARI

2.1K 157 4
                                    

Farhan P.O.V

Aku pulas pemutar minyak dan cuba meninggalkan mereka yang mengejar,seorang dari mereka dah tumbang. Baru sehari berada di sini sudah ada masalah,Fara pula terpinga-pinga kerana tidak faham apa yang berlaku. Motorsikal aku meluncur laju,ternyata mereka tidak berputus asa.

"Apa yang berlaku ni? Siapa mereka?" Soal Fara mula keresahan.

"Tolong diam kejap boleh? Aku nak uruskan diorang dulu..." ujar aku dan menyedari mereka mula melakukan serangan tembakan.

"Ergh!!" Fara memeluk aku dengan kuat.

"Kau boleh teleport sekarang?" Soal aku menoleh ke belakang,di mana mukanya betul-betul rapat pada muka aku.

"Tak...saya kena fokus,bukan macam ni!" Fara mula ketakutan.

"Baiklah Wyvern!" Aku menyeru Wyvern.

"Yes my lord?"

"Mari menari..."

"As you wish...." lantas aku mencipta bulatan dan imej naga,kemudian bulatan itu turun dan meresap masuk motorsikal aku. Fara tergamam melihat keadaan itu.

"Completely synchronized..." suara Wyvern kedengaran pada motorsikal aku.

"Tolong jaga dia...." ujar aku dan segera melompat tinggi.

"Farhan?" Fara terkejut dengan tindakan aku.

Aku kemudiannya yang berada di udara,seperti memijak lantai aku segera meluru pantas ke arah salah satu daripada mereka yang menyerang kami. Salah satu penyerang itu sedar,namun dah terlambat apabila aku menghadiahkan sepakan pada dadanya,lalu tercampak jatuh di atas jalan raya.

"Yeah...Four to go..." kata aku sambil melihat motorsikal milik penyerang itu,turut tercampak dan melambung dengan menghasilkan satu tekanan udara.

"Cutting the Wind..." ujar aku serentak membelah motorsikal penyerang yang lain.

"Ouh? Hish!" Seorang penyerang menghalakan senjata ke arahnya,lalu menembak dan aku terus mengelak dengan tenang.

"Nah!" Satu hentakan menggunakan tekanan pada lengan,pada leher penyerang yang dengan cubaan membunuh.

"Sorry bro,jangan guna senjata masa lawan dengan aku..."

SWING!!

Bunyi yang nyaring dan kuat,aku kenal jenis bunyi lalu menyeru senjata pedang aku. Kemudian dengan mengikut gerak hati,aku berjaya menahan tetakan pedang yang aku tidak nampak. Aku menjeling pada penyerang seorang lagi terlepas,dan aku pula sedang ditetak oleh bilah yang tidak nampak.

"Kau hebat....tapi jangan masuk campur urusan kami!" Ujar penyerang halimunan itu,dan aku mengelak sekali lagi tetakannya.

"Kau mengelak...bagus..." kata penyerang halimunan itu lagi,

"Boleh la...biasa-biasa je..." jawab aku dan menggeliat,lalu menguap panjang.

"Malah setiap kali aku cuba tetak..." penyerang halimunan itu berkata lagi.

"Setiap kali itu kau berjaya tahan dengan elak!!" Berang penyerang halimunan itu.

"Adakah kau merasa kedinginan angin?" Aku berkata selamba sambil menggaru telinga,kemudian gerakan angin mula berubah dengan segera aku menahan sekali lagi tetakannya.

"Dapat kau....Teknik Angin Pesaka,jurus ketiga..." hayunan pedang pada mula bilahnya hanya satu,kemudian menjadi beribu pada kuantitinya.

LIBASAN RIBUAN PEDANG

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now