CHAPTER 41 : ITS TOO EARLY TO GIVE UP

821 73 9
                                    

"Baiklah semua ada di sini?" soal Farhan dengan airmuka serius.

Semua muka penting berada di situ dan di antaranya semestinya Ikhwan serta raja negara Mentari,Reezal abang kandung Ikhwan dan Yusri serta Raffie menunggu kata-kata daripada Farhan. Tidak lupa Reena bersebelahan Iris,Alisa dan Fara turut berada di sebelah suaminya. Taufeq jugaada bersama sambil menyandar pada kerusi.

Luqman dan Aminudden juga ada bersama bersama Ailaserta Hikari,Alia tiada kerana dia sekarang berada di hospital. Alia sekarang adalah sebagai doktor pakar di hospital besar,jadi dia agak sibuk kebelakangan ini. Jadi Hikari yang banyak menemani Aminudden,kadang kala Aminudden temankan Alia di hospital.

Tidak lupa Rasyid duduk bersebelahan Claire bersama Khaisa,Evangeline atau Eva lebih senang dipanggil. Zharief dan Amien Khaizojuga ada bersama,Laura turut baru tiba duduk bersebelahan suaminya. Z turut sama berada menyandar pada dinding,berhampiran tempat kerusi Ikhwan duduk.

 "Ada hal kecemasan ke?" soal Yusri dan Raffie hanyamencebik.

 "Ya seperti kamu tahu,beberapa hari lepas kami barusahaja mendapatkan dark orb....yang dikatakan mampu membebaskan kurungan Marvus..."jelas Farhan sambil menunjukkan gambar orb hitam kristal di skrin.

 "Okay bukan ke kamu dah letak kurung di bilik artifak?" soal Raffie pula sambil mengusap dagu.

 "Masaalahnya sekarang adalah dark orb tu ada dua...." Z tiba-tiba mencelah.

 "Mana mungkin ada dua dark orb?" soal Reezal.

 "Itulah apa yang kami sedang fikir,Z boleh kau jelaskan?" pinta Ikhwan dan Z berdehem sedikit.

 "1000 tahun yang lalu,selepas Iskandar mengurung Marvus...dia menyimpan orb hitam kedua-duanya....tapi di tempat yang berbeza jadi kemungkinan ahli sejarah tidak tahu mengenai hal ini,sebab itu kita cuma tahuia ada satu sahaja...." Jelas Z panjang lebar,Aminudden mencuit Luqman.

"Itu Z ke? Lain dari sikap biasa dia..." ujar Aminuddendan Luqman sekadar mengangkat kedua bahunya.

 "Jadi so far kita kena alert....sebab orb hitam yangkita simpan di bilik artifak itu masih selamat buat masa sekarang...." ujar Reezal dan semua mengangguk.

 "So...Marvus ni kuat ke?" soal Iris.

 "Lebih menakutkan dari apa yang kita boleh bayangkan...." Ujar Z.

 "Apa...?" semua agak terkejut kecuali Ikhwan dan Farhan.

 "Kekuatannya lebih kuat dari aku...." Jelas Ikhwan dan Farhan hanya mendiamkan diri.

 "Mana mungkin,uncle kuat kan? Uncle gurau je kan?"soal Luqman tersenyum kelat.

 "Uncle tak bergurau hal macam ni Luq...." Jawab Ikhwan lagi dan Luqman menundukkan kepalanya.

 "Semasa peperangan antara pengasas negara kita dan dia,begitu banyak nyawa terkorban dan Iskandar menggunakan kuasa dia mengurung Marvus sehingga sekarang..." jelas Farhan pula.

 "Then?" soal Reena.

 "Jika Marvus tidak dikurung,kewujudan negara kita tidak akan berlaku..." jawab Ikhwan.

 "Bagaimana kamu tahu hal ini Farhan? Ikhwan beritahu?"soal Raffie.

 "Jangan lupa partner saya ni siapa,salah seekor naga yang terlibat dalam perang seribu tahun yang lalu..." ujar Farhan dan semua mengangguk kepala,kecuali Ikhwan dan Amien Khaizo.

 "Tiada cara nak halang dia?" soal Zharief.

 "Buat masa ni belum dapat..." jawab Ikhwan.

 "Marvus tu bagaimana dia boleh sekuat seperti yang diceritakan..." Reezal berkata ingin tahu.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now