CHAPTER 39 : BAD NEWS?

865 81 10
                                    


Habuk dan asap berterbangan memenuhi ruang,Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan dari jauh. Mereka menyedari ada sesuatu dari dalam asap habuk tebal tersebut,tidak lama lepas itu asap terus lenyap akibat pertembungan dua kuasa. Ikhwan menahan tumbukan Farhan,dan Farhan juga berbuat perkara yang sama pada Ikhwan.

"Not bad bro...." ujar Ikhwan.

"Heh I know you holding back..." balas Farhan.

Ikhwan hanya tersengih sahaja dan air mukanya berubah serius,Farhan sedar dan terus berundur ke belakang. Dia tersenyum sebaik sahaja merasakan daya kuasa yang amat kuat,dia menumpukan kuasa dalamannya.

"Look like you wanna go all out..." Farhan berkata sinis.

"You ask for it..." balas Ikhwan tersenyum.

Farhan tersenyum dan menghela nafas pendek,dan sedikit demi sedikit rambutnya berubah warna hitam kepada hijau kecerahan. Ikhwan menarik nafas panjang dan kuasanya mula meningkat,rambutnya mula berubah putih dan aura perak putih menyelubungi tubuhnya. Luqman mencuit bahu adiknya ketika itu.

"Kita berdiri di jarak yang selamat ke?" Soal Luqman.

"Hmm....sekejap.." Aminudden menggayakan tangannya seperti ingin menangkap gambar,kemudian menoleh ke arah Luqman.

"Nope its not..." jawab Aminudden.

Dua beradik itu mengangguk dan segera melompat menjauhkan jarak mereka dari Ikhwan serta Farhan,manakala dua naga itu hanya berbalas renungan sahaja.

"Alright shall we?" Soal Farhan.

"After you..." ujar Ikhwan pula.

Dua naga itu terus mendiamkan diri,suasana menjadi tegang dan Luqman serta Aminudden memerhatikan keadaan itu dari jarak jauh. Daun-daun kering mula gugur,sebaik dedaunan kering jatuh sahaja ke tanah. Sekelip mata mereka sudah berlaga tumbukan padu,Luqman dan Aminudden membesarkan mata mereka.

DUSH!!

ZUWOOSHH!!

"Pantas.." ujar Luqman.

"Level diorang tak sama dengan kita bro...." kata Aminudden.

Ikhwan dan Farhan terus berlaga tumbukan dengan kepantasan yang di luar dugaan mata kasar,setiap kali tumbukan mereka bertembung gegaran dahsyat berlaku dengan impak gempa bumi buatan. Luqman dan Aminudden hampir hilang keseimbangan ketika berdiri,tanah merekah dengan teruk sehingga ke tempat mereka berada.

"Betul tak selamat ni...!" Luqman dan Aminudden segera terbang tinggi.

Ikhwan menarik tangan kanan ke belakang dengan bara api biru kemerahan marak,Farhan pula merapatkan kedua tapak tangannya dan ditarik secara perlahan-lahan. Aminudden segera menyeru puluhan pedang mengelilingi dia dan abangnya,Luqman hanya sekadar bersiap sedia dengan impak yang bakal berlaku. Ikhwan memusingkan badannya sambil mengecas kuasa,Farhan menumpukan kuasanya pada tangan kanannya dan terus mara ke arah Ikhwan.

"DRAGON BREAK!!"

"DRAGON HORN!!"

BRAAMMMM!!!!

BOOOMMMMM.........!!!!

ZUWOOSSHHH!!!

Aminudden bertahan dengan impak yang begitu kuat sambil dibantu abangnya namun tidak membantu,kerana mereka berdua tercampak dari kawasan tersebut akibat tiupan angin hasil dari perlanggaran dua teknik.

"Ha...!" Farhan menghayunkan sepakan kakinya,begitu juga Ikhwan turut membalas teknik sama.

PAK!

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now