CHAPTER 37 : THE DEVIL INSIDE YOU

901 83 2
                                    


Kapal pesawat berwarna hitam berada di aras 1000 kaki dari bumi,pintu belakang kapal dibuka dan Farhan menjengah ke bawah.

"Kenapa di udara? Kenapa sebelah malam?" Soal Luqman.

"Okay guys remember our plan? Jamel satu kumpulan dengan Siddiq dan Aliff..." Jelas Farhan memandang ke arah semua,Ikhwan pula hanya berjalan di sebelah Farhan.

"Kau nak buat apa?" Soal Farhan memandang Ikhwan yang menjengah ke bawah.

"Aku gerak dulu..." Ikhwan menabik sebelum melompat dari kapal.

"Oi!...." Farhan terkejut dengan apa yang Ikhwan buat.

"Jumpa di bawah!" Ikhwan melaungkan kata-kata sebelum hilang dari pandangan.

Farhan mula timbul urat pada dahi,Luqman dan Aminudden berpandangan melihat Farhan yang menahan geram.

"Dia ni...grr..." Farhan menarik nafas panjang.

"Semua! Bergerak!"

Sebaik Farhan memberi arahan,Jamel dan Aliff terus melompat keluar disusuli Siddiq. Farhan memandang ke arah Luqman serta Aminudden,mereka berbalas anggukan kepala. Jamel dan Siddiq serta Alif sudah mendarat di lokasi ditetapkan,mereka bertiga berpandangan kemudian mengangguk.

Jamel dan Aliff serta Siddiq bergerak secara senyap,satu persatu penjenayah ditumpaskan. Kumpulan mereka bergerak awal,Jamel dan Aliff bergerak ke satu tempat kemudian Siddiq menyusuk. Jamel bersembunyi di sebalik pokok,kelihatan beberapa penjenayah sedang berkumpul.

Manakala kumpulan Farhan disusuli oleh Aminudden dan Luqman,berada di arah barat pulau tersebut. Dia bergerak secara senyap,tanpa mengeluarkan bunyi. Dark Orb yang dimaksudkan berada di runtuhan kuil,mereka harus berjaga-jaga.

Objektif dapatkan orb itu baru tumpaskan penjenayah,Ikhwan pula hanya bersembunyi di sebalik pokok. Dia bergerak secara solo,biarpun ditegah oleh Farhan. Ikhwan sekadar tersenyum dan menarik salah satu pengikut penjenayah,Ikhwan mengikatnya di satu pokok besar.

"So...boleh beritahu aku apa perancangan korang?" Soal Ikhwan.

"TOLONG ADA PENCEROBOH!!"

Jeritan daripada penjenayah hanya diperhatikan oleh Ikhwan,penjenayah itu kehairanan kenapa tiada siapa dengar jeritannya?

"Jerit la..lagi...ini Empty Dimension...tiada hidupan di sini kecuali kau dan aku..." Jelas Ikhwan.

"Apa?" Penjenayah itu mula ketakutan.

"Jadi boleh kau bercakap sekarang?" Soal Ikhwan menyilangkan tangan pada dadanya.

"Jangan harap kau dapat apa-apa dari aku!" Kata orang itu dan Ikhwan mengangguk sahaja.

"Baiklah aku bagi dua pilihan...." Ujar Ikhwan sambil apinya menyala.

"Kau nak mati secara smoothly...atau..." Kata Ikhwan disambung serentak apinya dipadam,dan sebilah pedang katana dikeluarkan serta ditarik secara perlahan-lahan.

"Deras...." Sambung Ikhwan dengan senyuman menakutkan.

"EEKKK!!!"

Lelaki yang diugut oleh Ikhwan itu pengsan dengan mulut berbuih,wajahnya jelas kelihatan pucat dan tidak sedarkan diri. Ikhwan pula hanya selamba memerhatikan suasana pulau itu,mereka bergerak pada waktu malam.

"Hmm.. Nampaknya menyeramkan waktu malam...di pulau ni.. Hmm...." Ikhwan berkata sendirian sambil mengusap dagunya.

Suasana malam di pulau itu agak menyeramkan,dengan bunyi burung hantu dan juga cengkerik. Tiupan angin bayu menghembus membuatkan bulu roma menegak,Ikhwan berfikir agak lama sebelum mendongak ke atas.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now