CHAPTER 40 : PERBINCANGAN KILAT

842 71 1
                                    


Farhan dan Ikhwan terkejut mendengar penjelasan daripada Z,Luqman dan Aminudden bangun terkial-kial. Mereka kehairanan melihat raut wajah bapa saudara mereka berdua,serius dan tiada senyuman terukir.

"Biar betul kau?" Soal Farhan.

"Ya Farhan ,dark orb ada dua dalam dunia ni...namun tersembunyi di satu tempat.." jawab Z dan Farhan menoleh ke arah Ikhwan.

"Wan?..." soal Farhan.

"We need go back.." ujar Z memandang Ikhwan.

Ikhwan hanya menghela nafas pendek,Z memetik jari dan kawasan mereka berada terus berubah. Luqman dan Aminudden terduduk,kerana tidak bersiap-sedia. Aminudden segera bangkit,sambil membantu abangnya.

"Balik pun akhirnya..." satu suara lemhut menegur.

"Huh?..." Ikhwan menoleh ke arah suara tersebut.

"Claire!..." Farhan terkejut melihat Claire yang bersama Rasyid berdiri di hadapan mereka.

Ikhwan berjalan menghampiri Claire,Rasyid hanya tersenyum memerhatikan mereka berdua. Farhan menyusul dari belakang bersama Z,Luqman tidak mengenali gadis kerdil yang di hadapan Ikhwan.

"Siapa budak kecik tu?" Soal Luqman dan Claire terdengar.

Luqman dibaling sesuatu dan berjaya mengelak,ia adalah lembing terpacak pada dinding belakang Luqman. Aminudden bersiul kagum dan Farhan menghela nafas pendek,Rasyid pula ketawa kecil sambil tersenyum kelat.

"Siapa gadis ni Wan?" Soal Z.

"Claire Nea Al'Daniel,dia adalah kawan lama aku..." ujar Ikhwan.

"Okay...dia ada abiliti unik ke?" Soal Z lagi.

"Dia tukang tilik dan ada kedai sendiri.." jawab Farhan pula.

"Sebagai tukang tilik di kedai dia?" Soal Z selamba.

"Kalau bukan apa? Cleaner?" Sampuk Claire geram.

Z hanya memerhatikan keadaan fizikal gadis kecil itu,dia pandang pula ke arah  Luqman dan Aminudden. Ikhwan hanya tersengih dan seakan dia dapat membaca fikiran Z,Claire hanya menghela nafas pendek.

"Can I punch him?" Soal Claire menahan geram.

"Sure,if you can touch him..." balas Ikhwan tersenyum selamba.

"Okay guys back to our main topic..." Rasyid mencelah memotong perbualan kecil mereka.

"Ah...yeah Rasyid right...everyone follow me..." ujar Ikhwan.

Mereka semua hanya menurut dan kelihatan Alisa muncul dari jauh,bersama Aila dan Hikari serta menyedari Ikhwan bersama beberapa muka penting juga tidak dikenalinya. Ikhwan memberi isyarat supaya mengekorinya juga,pada masa yang sama Alisa dan Claire bertembung pandangan mereka.

Claire tersentak menyedari aura yang keluar dari tubuh Alisa,begitu besar dan Claire menelan air liur kemudian dia cuba mengawal perasaan. Ikhwan menyedari perkara kemudian menyentuh bahu isterinya,terkejut dengan tindakan Ikhwan lalu Alisa berhenti dari melangkah.

"Alisa...keep it inside..." ujar Ikhwan berbisik.

"Ah...maaf,saya baru lepas ajar Hikari dan Aila...." jelas Alisa dan memejamkan matanya,Claire menyedari aura pada Alisa lenyap sekelip mata.

Ikhwan sekadar tersenyum kelat melihat reaksi Claire,dia tidak berkata apa-apa dan terus melangkah. Mereka semua tiba di sebuah bilik dan pintu terbuka secara automatik,kelihatan Taufeq dan Amien Khaizo bersama seseorang yang Ikhwan kenal. Ada lagi dua yang muka baru,duduk bersebelahan seorang memakai headphone dan seorang memakai kot makmal.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now