CHAPTER 64 : LETS FIGHT,JUST YOU AND ME

799 81 9
                                    


Arthur dan Lancelot bangkit,mereka seakan tiada rasa sakit. Farhan,Ikhwan dan Qatariz hanya memerhatikan dua boneka Marvus. Ikhwan dan Qatariz berbalas renungan,kemudian tersenyum sinis.

"Okay,dua Ikhwan..dua renungan yang sama dan dua senyuman jahat..aku tak nak masuk campur.." Farhan mengangkat tangan dan Ikhwan serta Qatariz hanya ketawa kecil.

Arthur dan Lancelot meluru ke arah Ikhwan dan Qatariz,dua 'kembar' itu senyum sinis kemudian menahan tetakan dua pahlawan kegelapan.

"Lets party..." ujar Qatariz berbisik,Ikhwan melibas pedang dan Arthur terseret ke belakang semula.

Ikhwan dan Qatariz bergerak secara serentak,memberi asakan kepada boneka di bawah kawalan Marvus. Qatariz mengaktifkan aura kemerahan,Ikhwan pula aura kebiruan air laut.

"DANCING BLADES!! TWIN DRAGON BLADE!"

TANG!!

ZANG!!

KTANG!!

"QATARIZ! Kita akan leraikan sihir yang mengawal mereka berdua..." ujar Ikhwan.

"Aku ikut je bang!" Qatariz berkata dengan selamba.

"Nak selamatkan mereka? Jangan mimpi..." Marvus menghasilkan bayangan gelap di belakang Arthur dan Lancelot.

Arthur dan Lancelot ditangkap bayangan berbentuk tangan besar,lalu ditarik masuk ke satu dimensi dan mereka hilang dari pandangan.

"Hek eleh pengecut!!" Qatariz bengang.

"At least my plan succeed..glad have you around Qatariz a.k.a my dark side.." kata Ikhwan menyimpan pedangnya.

"Yeah seronok akhirnya jadi bentuk fizikal sebenar...." kata Qatariz dan Ikhwan tersengih.

"By the way,bagaimana sisi gelap kau boleh berpihak dengan kita? Bukan sepatutnya berlawanan ke? Pembaca dah pelik kau tahu?" soal Farhan bertalu-talu.

Ikhwan hanya menyilangkan tangan kemudian menghela nafas,Qatariz berdehem dan Farhan menoleh ke arahnya.

"Kau ingat pedang ni?" soal Qatariz menyeru semula pedang katana yang baru diguna melawan dua pahlawan kegelapan sebentar tadi,bilahnya begitu gelap sekali.

"Aha...kau nak cakap kau ni spirit dalam pedang ni?" soal Farhan dan Qatariz tersengih,Ikhwan pula tersenyum sahaja.

"Kau betul dan juga salah..." jelas Qatariz.

"Eh? Apa maksud kau?" soal Farhan kurang faham.

"Kuasa dia dari pedang tu,personaliti dari sisi gelap aku..." jelas Ikhwan dan Farhan mula mengangguk.

"Apa agaknya respon Alisa ya?" soal Qatariz tersengih.

"Kau sentuh,mati jawapannya.." Ikhwan memberi amaran dengan aura gelap menyelubunginya.

"Relax aku tak ada kata apa pun..." ujar Qatariz mengangkat kedua belah tangan,dia sedar Jamel dan Raven memandang dia dengan terkebil-kebil.

"Woo....ini sisi gelap Sixth? Betul-betul badass..." ujar Nabill muncul di sebelah Qatariz.

"Ah Nabill,ada apa?" soal Qatariz.

"Suara dia,muka dia..." ujar Nabill memerhatikan Qatariz kemudian menoleh ke arah Ikhwan,tidak lama dia memandang ke arah Qatariz semula.

"Beza pada warna rambut je,Sixth rambut hitam dan dia rambut putih.." tambah Nabill lagi,Jamel dan Raven berjalan menghampiri mereka.

"Okay cukup,baik kita balik..." kata Farhan.

"Aku tak dapat bayangkan apa reaksi ayahanda dan bonda..." Qatariz berkata lagi.

"Banyak bunyi la kau,dah gerak cepat..!" Ikhwan mula bengang.

Akhirnya mereka semua bergerak pulang ke istana,sebaik tiba di istana Rumina dan Solleh terkebil-kebil melihat dua orang Ikhwan di hadapannya. Alisa hanya bereaksi tenang dan mendekati Ikhwan berambut hitam,Qatariz bersiul kagum dengan kepekaan Alisa.

"Apa yang berlaku sebenarnya Ikhwan? Bonda risau tadi okay?" soal Rumina tegas.

"Maaf bonda,komplikated nak ceritakan..." jelas Ikhwan dan Rumina hanya menghela nafas pendek.

"Semua duduk dulu..." Solleh mempelawa mereka duduk.

Farhan mengangguk dan menurut sahaja,Fara dan Alisa berpandangan kemudian memerhatikan Qatariz. Ikhwan hanya mendesah sahaja di sebelahnya,Farhan menjeling dari tepi. Ikhwan memulakan penceritaan dan Solleh serta Rumina tergamam mendengarnya.

"Jadi begitulah ceritanya..dia versi saya yang devil..." kata Ikhwan memberi penjelasan.

"Oi.. Oi.. Sedap kata aku devil huh? Sedar sikit aku ni kau..." Qatariz berkata dengan nada tidak puas hati.

"Heh..peduli apa aku.." jawab Ikhwan tersengih.

"Tak pisah pun dah 'devil' perangai,ni tambah dua Ikhwan memang masak la aku..." Farhan merungut sendirian.

"Uncle!!" Aminudden muncul sambil menolak kasar pintu bilik Solleh.

"Ada dokumen perlu tandatangan uncle! Ia pen-..." kata-kata Aminudden terhenti apabila sedar dia sedang melihat dua Ikhwan di hadapannya.

"Dalam kiraan tiga..dua...satu..." Farhan mengira dan Ikhwan memasang headphones.

"ADA DUA UNCLE?!!" jerit Aminudden dan Qatariz menekup dada kerana terkejut dengan jeritan yang amat kuat.

Aminudden mencampakkan dokumen yang dipegang,dan terus menyeru puluhan pedang terapung di belakangnya.

"Bertenang Am,ini memang uncle.." ujar Qatariz dan tidak semena-mena beberapa pedang terapung,malah Aminudden sudah sasarkan pada leher Qatariz.

"Siapa kau? Kenapa muka kau serupa dengan dia?" soal Aminudden dengan nada yang dingin.

Suasana menjadi tegang dan Solleh hanya mendiamkan diri,Qatariz pula mengangkat tangan tanda dia tidak mahu berbuat apa-apa. Suasana yang tegang ditamatkan dengan tindakan Ikhwan,mengetuk kepala Aminudden dengan kuat sekali.

"Sakit! APA YANG UNCLE BUAT NI?!" Aminudden menyoal tidak puas hati.

Ikhwan menghela nafas pendek,pada masa yang sama Luqman turut tiba di belakang Aminudden. Dia turut terkejut dengan Qatariz,Ikhwan hanya mendesah sahaja dan dia segera menjelaskan situasi sebenar. Luqman mengangguk faham,Aminudden pula hanya merenung Qatariz sahaja.

"Kamu berdua dah faham?" soal Ikhwan dan Luqman sahaja mengangguk.

"Kamu pula Am?" soal Ikhwan lagi menoleh ke arah Aminudden.

"Saya mula tertanya-tanya...antara kamu berdua sekarang,mana yang lagi kuat?" soal Aminudden dan Luqman menunjukkan minat dalam diam.

"Apa nak disoal lagi,Ikhwan la yang lagi kuat kuat..." ujar Farhan.

"Rasanya tak boleh putuskan dari tekaan..." ujar Solleh dan Rumina hanya menggelengkan kepala.

"Setuju tu..." semua memandang Ikhwan,Qatariz terasa tidak sedap hati.

"Jadi bro..." Ikhwan menoleh ke arah Qatariz.

"A-apa?" soal Qatariz tersenyum kelat.

"How about we fight one on one..?" Ikhwan memberi cadangan dan semua terkejut,Qatariz tersengih dan berpeluh.

"Eh...?"







TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now