CHAPTER 34 : THE HEART OF NATION

820 84 5
                                    


Lelaki itu berjalan tenang melewati hutan tebal,makhluk dan haiwan hanya menjadi pemerhati. Lelaki itu hanya tersenyum sambil mengusap kepala singa,dan harimau yang sekadar melihatnya pergi.

Siapakah lelaki itu?

Masih belum terjawab...

Dia berhenti di hadapan sebuah runtuhan purba,fokusnya beralih ke arah satu cahaya dan Raisya muncul sambil memegang tongkat.

"Its been a while Raisya..." Ujar lelaki itu menundukkan kepalanya.

"Spirit of The Sun,Reyza...what are you doing here?" Raisya sekadar tersenyum kelat.

"Just wanna check on something..." Jawab lelaki yang dipanggil Reyza itu.

"Check on something? What do you mean by that?" Soal Raisya.

"Iskandar.. He used to live here right?" Soal Reyza menoleh ke arah Raisya.

"Yeah... But he's already gone...you know too right?" Raisya membalas sambil mengangkat kening.

"Aku datang nak ambil sesuatu..." Jelas Reyza melangkah masuk ke dalam runtuhan purba itu.

Raisya tidak mengerti dan mengekorinya,dia tidak tahu apa yang nak dilakukan oleh Reyza. Namun dia harus menyusul dari belakang,sampai satu tempat di mana kawasan luas terbentang.

"Tempat apa ni? Kita tengok dari luar,macam kecil je..." Raisya terkejut.

"Iskandar's magic...masih lagi kuat,biarpun kau dah pergi..." Reyza berkata tersenyum pahit.

"Reyza?..." Raisya kehairanan menoleh ke arah Reyza.

Reyza tidak menjawab dan terus berjalan menuju ke satu arah,Raisya turut mengekori sehingga sampai satu tempat. Satu objek bercahaya begitu terang,sebuah sfera terapung berpusing paksi pusingan bumi.

"Apa ni?... Iskandar tak cakap mengenai hal ni..." Raisya berkata bingung.

"Benda dipanggil Sphere of Fate,Iskandar ada beritahu aku suruh berikan pada Wind Dragon..." Reyza berkata lagi.

"Wyvern?" Raisya menduga dan Reyza menggelengkan kepala.

"Pada Farhan Tuzeman..."

"Apa?"

♦♦♦♦♦


Farhan terbersin dengan tiba-tiba di hadapan Ikhwan,membuatkan Ikhwan memandangnya dengan penuh kehairanan. Fara dan Alisa pula berpandangan,lalu Ikhwan memberikan tisu kepada Farhan.

"Thanks bro...." Farhan tersengih.

"Kau selsema ke bro?" Soal Ikhwan kehairanan.

"Entah...okay je dari tadi,ada orang mengumpat aku kot..." Farhan meneka sambil mencebikkan mulutnya.

"Ada-ada je la kau ni..." Ikhwan berkata sambil menggelengkan kepalanya,Farhan sekadar ketawa kecil.

"Ouh ya bro,kau tadi pergi 'lawat' moyang saudara kita kan? Apa cerita?" Soalan Farhan membuatkan Ikhwan berubah riak serius.

Alisa terkejut dengan aura suaminya,bahu Ikhwan disentuh dan raja naga itu menoleh ke arah Alisa. Ikhwan sekadar tersenyum melihat air muka kerisauan Alisa,tangannya ditepuk perlahan oleh Ikhwan kemudian menoleh semula ke arah Farhan.

"Yeah... Aku ada 'lawat' dia...dan..." Ikhwan menghentikan kata-katanya.

"Kuasa kurungan yang menahan Marvus tidak akan bertahan lama....disebabkan Iskandar sudah meninggal dunia,kuasa kurungan semakin lemah dan tidak lama lagi Marvus akan bebas...." Jelas Ikhwan dengan nada dingin.

"Apa?..." Farhan terkejut begitu juga Wyvern,Fara hanya sekadar mendengar sahaja.

"Aku tidak tahu bila kurungan itu akan bertahan,tapi jika itu berlaku...." Ikhwan berkata lagi.

"Perang akan berlaku..." Sambung Farhan.

"APA?!" Satu suara jeritan kedengaran dari satu arah,mereka berempat pantas menoleh.

Luqman dan Aminudden berdiri di hadapan mereka,Haikal dan Siddiq turut bersama mereka. Lee dan Raven pula menyusul,Ikhwan menekup muka mengenangkan perangai kepoh dua orang anak saudaranya.

"Good grief Luqman,Aminudden...." Ikhwan berkata sambil merenung tajam dari sebalik tekupan tapak tangannya,tepat ke arah Luqman dan Aminudden.

"Yeah...thanks for that loudmouth of yours..." Farhan pula mencelah juga dengan renungan tajam.

"It's that true?" Soal Lee dan duduk semeja dengan Ikhwan serta yang lain.

Ikhwan menghela nafas pendek,kemudian menoleh ke arah Farhan meminta pandangan sepupunya. Farhan mengangguk setuju,lantas Ikhwan meminta yang ada di situ duduk sekali.

"Dengar semua... Saya rasa kamu semua sedia maklum bagi Marvus Raphael,atau lebih Dark King...dalam sejarah Mentari beribu tahun yang lalu.." Jelas Ikhwan dan Lee serta Raven berpandangan.

"Siapa Marvus?" Soal Haikal sambil mengangkat tangan.

"Dark King yang mencetuskan peperangan selama beribu tahun sebelum kewujudan negara kita,malahan musuh utama kepada pengasas negara Mentari...." Luqman memberikan penjelasan.

"Seriously?" Soal Haikal tercengang dan Siddiq hanya menjadi pendengar sahaja.

"Itu yang tak gemar tu..." Aminudden mencelah.

"Semua...." Ikhwan menyambung kata-katanya,semua menoleh ke arahnya.

"Luqman kamu panggil semua adik beradik uncle,serta ayah kamu...Aminudden kamu pergi panggil 10 Guardian...Siddiq dan Haikal panggil semua squad Assassin...kita akan adakan perbincangan kilat..." Arah Ikhwan dengan nada yang tegas.

Luqman mengangguk faham dan beredar,Aminudden pula menyusul dan Siddiq pula beredar bersama Haikal. Raven menurunkan cermin mata hitamnya,dia menoleh ke arah Ikhwan.

"Reyza tahu hal ni?" Soal Raven.

"Rasanya kot,sebab aku dapat maklumat dia pergi ke negara terbiar tu..." Jelas Ikhwan.

"Siapa Reyza?" Soal Alisa.

"Dia adalah Spirit of The Sun...penjaga negara Mentari..." Farhan memberi jawapan.

"Atau lebih tepat,nadi negara ini..." Lee mencelah.

"Nadi negara ni? Sekejap saya kurang faham..." Soal Alisa lagi dan Fara mengangguk setuju.

"Senang cakap,semangat negara ini...dia lebih tua dari Iskandar dan yang lain-lain.." Ikhwan menjawab dan Alisa terkejut.

"Maksudnya 'jantung' negara ini?" Soal Alisa.

"Ya...abang risau jika dia diserang oleh pihak jahat..." Jelas Farhan dan Fara sekadar tersenyum kelat.

"Aku rasa tiada masalah..." Ikhwan mencelah.

"Apa maksud kau?" Soal Farhan ingin tahu.

"Aku letak seseorang melindunginya dari jauh...jangan risau dia lebih kuat dari boneka Marvus..." Tambah Ikhwan lagi.

"Maksud kau...?" Farhan tersengih.

"Yeah...Legendary Dragon Warrior,Arief Aizat Al'Zahrul..." Ujar Ikhwan.












TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now