BAB 38

3.2K 404 50
                                    

"Good morning," Rambut Miyako yang menutup matanya di selak perlahan. Dengan senyuman yang cukup manis Kirito menyapa gadis itu.

Manakala Miyako yang baru saja mencelikkan matanya tersentak apabila tangan kasar milik Kirito menyentuh kulitnya. Lama dia berkeadaan sebegitu sehinggalah dia seakan tersedar dengan siapa dirinya berhadapan.

"Kirito..." Ujarnya perlahan. Cukup perlahan sehinggakan mereka berdua sahaja yang mendengarnya.

Kirito mengangguk. Mengiyakan apa yang berada difikiran gadis musang di hadapannya.

"Betulkan awak ni Kirito?" Ulang Miyako yang masih tidak dapat mempercayai apa yang berada di hadapannya. Seakan mimpi yang menjadi nyata.

Kini mata merah menawan itu dapat dia tatap lagi sepuasnya.

"Ya, ni aku. Aku dah bangun," Jawab Kirito tenang sambil mendepakan tangannya.

Gadis musang itu tersenyum lebar setelah mendengar penjelasan lelaki di hadapannya. Dia gembira. Lantas segera tubuh tegap Kirito didakapnya erat. Cukup erat sehingga tidak mahu dilepaskan.

"Awak dah bangun! Saya rindu awak! Sangat-sangat rindu awak tahu!" Ujar Miyako gembira.

"Ya, aku tahu. Aku pun rindu kau," Balas Kirito. Belakang badan Miyako di gosok lembut. Semestinya gadis itu takut kehilangannya kerana dia adalah satu-satunya harapan Miyako untuk hidup normal seperti sebelum kematian seluruh penduduk kampungnya. Kirito faham rasa kehilangan itu seperti apa. Dia pernah merasa hal yang sama.

"Bila awak sedar?" Soal Miyako setelah pelukannya di lepaskan.

"Lepas kau tidur semalam," Jujur Kirito sambil menggosok kepala Miyako.

"Kenapa tak kejut?"

"Aku tahu kau mesti letih kan? Aku tak naklah ganggu masa rehat kau." Ujar Kirito sambil mengelus pipi Miyako lembut sehingga menimbulkan kemerahan di kedua pipi gadis itu.

"Terima kasih sebab tak tinggalkan saya," Balas gadis musang sambil menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan Kirito yang menatapnya dengan tatapan yang meredup.

"Aku dah janji dekat ayah kau supaya jaga kau elok-elok. Dan aku tak akan lupakan janji tu," Dahi Kirito sengaja dia dekatkan dengan dahi Miyako sambil mata yang terpejam rapat.

"Sekarang kau pergi mandi. Aku nak sapa yang lain pulak. Okey?" Ujar Kirito sambil bertentang mata dengan gadisnya.

"Jadi saya orang pertama yang jumpa awak?" Soal Miyako yang telah terpukau dengan keindahan mata Kirito.

Sebelum menjawab soalan gadisnya itu, terlihat Kirito tersenyum lagi sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Yup! Kau orang pertama,"

CUP!

Dahi Miyako di kucup lembut. Menghantar rasa cinta dengan suara hati yang menjerit suka.

"Kalau macan tu saya mandi dulu tau. Tunggu saya kita sarapan sama-sama," Ujar Miyako yang teruja tanpa menyembunyikan lagi reaksi kegembiraannya.

.
.
.
.
.

Setelah setengah jam menanti Miyako untuk bersiap, Kirito datang menghampiri gadis itu lalu mengambil tangan Miyako untuk di pimpin.

"Jom kita jumpa yang lain," Ujarnya.

Miyako akur. Genggaman pada tangannya di balas lalu keduanya beriringan ke ruangan makan untuk bergabung dengan yang lain.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now