BAB 27

3.3K 352 42
                                    

Bunyi tapak kaki seekor kuda menyerikan suasana sepi yang tak berpenghujung itu. Sekali sekala ada burung yang datang dan bernyanyi riang.

Kotaro hela nafas bosan. Inilah kali pertama dia ke Asteria. Sejak daripada kecil lagi dia tak pernah melihat dunia selain Esfahan. Itu pun dia belajar dari buku yang diberi ayahandanya mengenai negara Asteria. Sebuah negara tak tak pernah kering.

"Jauh lagi ke?" Soalnya.

"Esok pagi mungkin kita boleh sampai, tu pun kalau tak ada yang mengganggu." Sahut Yosuke. Sehelai peta dunia di belek. Mata pula fokus pada jalan ke Asteria.

Keluhan sekali lagi terlepas di bibir Kotaro. Dia benci suasana sepi.

"Aku nak tengok utusan raja." Tiba-tiba Kirito bersuara. Siap hulurkan tangan di hadapan Yosuke.

"Nah," Sehelai gulungan kertas yang ada cap mohor diraja dihulurkan Yosuke.

Selepas mendapat apa yang dipinta, Kirito membelek pula gulungan kertas itu. Seketika terlakar senyuman di bibir lelaki bermata merah itu.

"Ambil balik." Gulungan utusan diraja dikembalikan pada Yosuke.

Miyako yang masih fokus pada kerja merawatnya terhenti apabila darah tidak lagi keluar dari luka pada pergelangan tangan dan kaki Wisteria. Dia menghela nafas lega apabila gadis itu tidak apa-apa.

"Perempuan awak dah sembuh. Kita tunggu dia sedar nanti, ya?" Ujar Miyako bersungguh sungguh pada kucing berbulu jingga di sebelahnya.

Ken yang memerhati Miyako merawat sedari tadi hanya diam. Matanya kekal tunak pada seraut wajah pucat Wisteria. Tak diragukan jantung dia berdetak laju apabila gadis itu cedera parah semalam. Mujur amarah dia dapat ditahan kerana tidak mahu berbuat kekecohan lebih lagi.

"Apa nama kau kucing?" Soal Kirito melalui telepati. Bukan hanya Kotaro, dia juga bosan menunggu.

"Macam mana kau?" Ken tersentak. Dia menoleh ke arah Kirito yang menutup matanya.

"Jawab soalan aku." Pintas Kirito.

"Ken." Lelaki bermata emas menunduk. Apa yang dilihat dia melalui mata emasnya itu agak menggerunkan. Kuasa kegelapan Kirito begitu pekat.

"Ouh, dari mana kau datang?" Walaupun mata Kirito terpejam, telepati antara dia dan Ken tidak terputus sama sekali.

"Dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang Raja keparat, Onxy." Entah mengapa berhadapan dengan Kirito, Ken tak mampu berbohong. Dia sendiri merasakan dirinya menjadi seorang yang berlainan.

"Raja? Nampak sangat kau membenci raja kau sendiri." Sinis Kirito.

Tanpa kedua orang itu sedari, Kotaro sejak tadi lagi memerhati gelagat aneh kucing berbulu jingga itu. Mata runcing Ken asyik memerhati Kirito yang tidur. Langsung tidak beralih walau sedikit pun.

"Dia bukan raja aku. Onxy tamak akan kuasa. Dia gelarkan diri dia raja kegelapan sebab dia percaya dia kelahiran semula Raja Edona, Tuanku Razvan." Jujur Ken. Mengingati layanan kasar Raja Onxy terhadap dirinya buatkan api dendam semakin marak membara.

Kirito jungkit kening. Kelahiran semula Tuanku Razvan? Oho, ini melampau! Dia belum mati lagi untuk dilahirkan semula.

"Jadi sebab tu kuasa kau sedikit? Kau belawan dengan Onxy sendirian." Tebak lelaki bermata merah itu.

"Hn."

"Nice, ingatan kau ada Asmodeus. Siapa dia pada kau?" Tiba-tiba tubuh Kirito menegak. Silap dia terbaca memori Ken.

"Kau kenal abang aku?" Ken melompat naik ke atas riba Kirito. Dia tak tahu siapa lelaki di hadapannya. Tapi entah mengapa dia boleh mempercayai Kirito dengan semudah itu.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now