BAB 45

1.1K 106 32
                                    

"Meow! " usik Kirito ketika Noaki mendekati mereka sekumpulan.

"Aku bukan kucing," balas Noaki. Namun perkataanya sedikit berbeza dengan reaksi ekor lelaki itu yang meliuk-liuk.

"Oh ya?" celah Yosuke pula yang sedari tadi memerhati ekor milik Noaki itu.

"Teringat dekat Ken," sambungnya lagi.

Kirito mejungkit keningnya. Ken? Oh, lelaki yang boleh menyerupai pelbagai bentuk itu.

"Aip, jangan sentuh!" jemari Yosuke yang mahu menyentuh ekornya di tepis dengan bunyi menderam yang kasar.

Yosuke yang kebetulan di belakang Noaki terlihat tersengih. Dia tertarik sebenarnya dengan wujud Noaki sebagai seekor kucing tu walaupun hakikat sebenarnya adalah seekor leopard putih.

"Lepas ni giliran siapa?" celah Kirito yang memerhati saja gelagat aneh daripada Yosuke itu. Pelik, minatnya terhadap Noaki agak aneh.

"Aku!" Kotaro menyampuk setelah namanya diumumkan oleh pengacara tidak lama setelah Kirito bertanya. Wajah sedikit memerah apabila menjadi tumpuan ketiga-tiga seniornya itu.

"Good luck," Kirito menoleh ke arah raja kerajaan Esfahan yang memerhati keberadaan anaknya itu lalu menoleh pula ke arah Kotaro. Seperti biasa, rambut hitam lelaki itu di gosok lembut.

"Jangan sentuh aku," riak wajah polos yang tadinya seperti kanak-kanak berubah 180°. Kotaro menepis kasar jemari Kirito itu lalu beredar selamba daripada kumpulannya.

"Kau... gay?" soal Yosuke serba salah seraya mengusap belakang kepalanya. Entah, layanan Kirito terhadap Kotaro agak berlainan setiap kali keduanya itu bersemuka.

Soalan yang dirasakan ditujukan ke arahnya, membuatkan Kirito menjeling tajam.

"Eee lah kau ni. Dia adik akulah." balas Kirito seraya menjeling Yosuke.

"Ouh? Adik?" soal Yosuke polos.

"Malas nak explain," jawab Kirito seraya menghampiri Miyako yang bersendirian.

"Kau tahu?" soal Yosuke lagi. Tapi kali ini kepada Noaki yang hanya mendengar perbualan mereka.

"Tak tau." balas Noaki seraya memerhati Kirito yang sedang ramah bergurau senda dengan Miyako.

"Hmm.. Pelik?"

*
*
*
*
*


Perlawanan yang berlangsung hampir setengah hari itu terlihat telah berjaya membawa Kirito, Kotaro, Noaki, Yosuke dan Miyako ke peringkat separuh akhir. Kelima-limanya akan bertarung sama ada dengan murid dari negara sendiri atau negara luar.

Sekiranya bertuah, pesaing mereka adalah daripada negara luar. Namun, sekiranya tidak, kelima-lima inilah yang akan bertarung dengan sesama mereka. Kerana hanya mereka dari Esfahan yang layak hingga ke separuh akhir.

Dan begitulah yang terjadi di antara Kirito dan Kotaro setelah pengumuman tadi. Kedua-duanya tidak menyangka akan bersemuka sebagai musuh di gelanggang pertarungan kali ini.

"You're my enemy tomorrow," ujar Kirito seraya menepuk bahu adiknya itu.

"So?" balas Kotaro dingin seperti biasa sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Buat yang terbaik. Sebab aku yang akan kalahkan kau." ujar Kirito. Terlihat tak bertapis akan niatnya.

Kotaro terdiam mendengar tekad Kirito itu.

"Kau rasa tercabar ke?" soal Kirito setelah melihat Kotaro yang menyepi itu.

"Tak. Dah aku nak balik," balas Kotaro dingin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now