BAB 31

3.3K 375 48
                                    

"Hmm, dari sini kita dah boleh jalan kaki ke istana." Cadang Kirito. Sebenarnya dia malas nak bercerita tentang sejarah lagi.

"Kalau macam tu, Ken, Wisteria dan Asmodeus. Korang tinggal sini. Tolong pantau kereta kuda kita. Aku dengan yang lain pula pergi istana." Arah Yosuke.

Asmodeus akur saja. Lagipun puak syaitan seperti dia adalah buruan Asteria. Walaupun sudah ditutup segala keberadaan kuasanya, tetap dia perlu ambil langkah berjaga-jaga.

" Baiklah, " Sahut Ken.

Ketika kelima-lima mereka mahu melangkah keluar dari perut gua. Tiba-tiba suara Miyako menegah.

"Nanti!" Tegah Miyako.

"Apa pula kali ni?" Soal Noaki malas. Banyak terganggu betul perjalanan mereka.

"Saya ada bawa baju hujan untuk awak semua." Beg galas yang dibawa di buka zipnya. Miyako keluarkan segala isi beg.

"Terima kasih," Ujar Yosuke.

.
.
.
.
.


Asteria, negara sepi. Rakyatnya bersembunyi. Asteria hidup dengan sumber alam mereka sendiri. Pedagang luar tak dibenarkan menghampiri. Larangan keras dirasai. Asteria, undang-undang mereka berbeza. Tiada belas bagi yang membantah. Kerajaan ini dahsyat! Tidak sama seperti dahulu kala.

"Asteria." Gumam Kotaro.

Satu-satu dilihatnya bangunan pencakar langit yang hampir melepasi awan. Tinggi!

"Mana satu istana dorang? Semua bangunan sama je?" Soal Kirito. Kabus tebal menyukarkan dia untuk membezakan bangunan yang ada.

"Tu." Telunjuk Yosuke menuding pada sebuah bangunan yang penuh bertingkat-tingkat.

"Mak Ai! Bukan kaleng-kaleng bangunan dia. Lepas ke kita masuk ni?" Noaki kelihatan ragu.

"Lepas." Ujar Yosuke yakin.

Di bawah hujan yang menggila, ada lima sekawan berjalan perlahan, di atas jalan raya yang terbina tinggi. Kerudung yang dipakai menutup wajah masing-masing.

Ketika kesemua mereka sedang leka menatap panorama bandar Asteria, tiba-tiba langkah kasar beberapa orang tentera diraja mengepung mereka. Tidak tahu dari mana datangnya, kesemua tentera yang berjumlah lebih 60 orang, tiba-tiba saja menyekat jalan.

"Siapa kamu berlima?" Soal salah seorang tentera diraja. Lagaknya seperti ketua.

"Utusan Esfahan." Sahut Yosuke yang di hadapan sekali.

Dibalik zirah yang terbuat dari kristal kukuh, Si Ketua mengecilkan matanya.

"Buktikan!" Arahnya.

Yosuke angkat surat utusan yang dibawa. Wajahnya beku sahaja ketika itu.

"Hmm, bawa mereka menghadap raja!" Ujar Si Ketua.

Beberapa orang tentera, secara paksa menarik kelima-lima sepasukan untuk mengikuti mereka.

"Kami boleh jalan sendirilah ," Ujar Kotaro tak senang dengan layanan yang diberi.

"Cepat jalan!" Tengking seorang tentera pula. 

Melihat dari segi layanan, kasar sekali penduduk Asteria melayan tetamu utusan dari negara lain. Persis binatang saja. Buat Yosuke dan yang lain naik hangit satu badan. Namun masing-masing tetap cuba sabarkan diri.

Selang dalam beberapa minit kemudian, kelima-lima rakan sepasukan itu pun sampai di hadapan singgahsana raja. Melutut seperti hamba, di hadapan seorang Raja Takabuki.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now