BAB 1

7K 666 278
                                    

10 Tahun Kemudian..

" HAHAHAH, abang Kotaro cacat! "

" Abang Kotaro pembawa sial!"

" Kotaro ada abang cacat.. HAHAHAH!"

Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun berlari laju bersama linangan air mata. Langkah lariannya diatur menuju ke istana raja.

Sampai sahaja di hadapan pintu pagar istana, seorang remaja lelaki berumur 15 tahun yang baru sahaja ingin melangkah keluar daripada pagar tersebut terhenti apabila tubuhnya terlebih dahulu ditolak oleh seseorang.

" Hey, Kotaro kenapa ni?" Tanya Kirito, remaja lelaki itu prihatin.

" Kenapa kau tak keluar saja dari istana ni?" Tengking Kotaro, kanak-kanak lelaki tadi.

Kirito mengaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu punca utama yang membuatkan adiknya itu menangis teruk.

" KAU PEMBAWA SIAL! SEBABKAN KAU AKU TAK ADA KAWAN! PERGI MAMPUS KAU DARI SINI! MALU AKU DAPAT ABANG LEMAH MACAM KAU NI!"

Kirito tersentak. Anak mata merah darah miliknya berlaga dengan anak mata biru laut milik adiknya itu.

" Abang buat apa dekat kamu? Kenapa sampai tengking-tengking ni? " Soal Kirito yang masih terpinga pinga dan dalam masa yang sama terkejut yang teramat.

" KAU BUKAN ABANG AKU! AKU TAK ADA ABANG YANG LEMAH MACAM KAU! KAU HANYA PEMBAWA SIAL DALAM KELUARGA AKU! PERGI KAU DARI SINI. AKU BENCI TENGOK KAU. "

Dalam masa yang sama guruh berdentum kuat. Kilat biru dan hijau saling sambar menyambar. Dada langit yang tadinya berwarna biru berubah mendung seakan mahu hujan.

Melihat keadaan itu tahulah Kirito bahawa adiknya sudah membangkitkan kuasa keturunan keluarga Ryuu. Malah sasaran kilat itu adalah dia.

Kirito mendecit. Dia melompat tinggi apabila satu panahan petir nyaris mengenai dirinya. Jika dia lambat tadi sudah pasti rentung habis. Mahunya maut melamar diri.

" Bertenang Kotaro. Kawal perasaan kau. Kalau tak istana ni hancur nanti." Nasihat Kirito yang masih cuba untuk mengelak serangan bertali arus daripada adiknya itu.

" Aku nak kau mati! Kerana kau, aku tak ada kawan - kawan seperti kanak-kanak di luar sana. Kau punca segalanya! Betullah kata rakyat, kau pembawa sial! Mati kau! " Pekik Kotaro yang telah kehilangan kendali ke atas kuasanya. Begitu juga dengan kewarasan diri.

Kirito menghela nafas perlahan. Hulu pedang di pegang perlahan, siap sedia mahu menangkis petir sekiranya menyentuh dirinya.

Dua pengawal yang berjaga di hadapan pintu pagar diserang perasaan terkejut yang amat sangat ketika melihat perubahan drastik dari putera bongsu kerajaan itu. Tidak terkawal kuasa Kotaro ketika itu.

TING! KTANG!

Bilah pedang di keluarkan daripada sarungnya. Terserlah sebilah pedang unik berukiran purba menahan panahan petir biru milik Kotaro.

" Arggghhh mati!"

Di dalam istana pula, permaisuri Daisy mengetap bibir. Risau akan anak bongsunya tidak terbendung lagi. Ya, dia nampak perubahan drastik anaknya tadi. Dari awal lagi dia dapat merasakan.

"Anak bonda mesti selamat."Ujarnya menenangkan hati yang gundah.

Di tempat Kirito, jelas menunjukkan dia sedang menahan rasa hati. Pemikiran dia bercelaru buat seketika.

"Kotaro sedarlah. Ni bukan diri kau!" Kirito cuba mengelak segala serangan yang dilancarkan.

Kotaro mengendahkan saja jeritan abangnya itu.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Donde viven las historias. Descúbrelo ahora