BAB 26

3.3K 348 4
                                    

"Kau siapa?" Jerkah Arnius berang.

"Perlu ke kau tahu?" Bidas Ken. Tajam tatapan matanya merenung Arnius sehingga lelaki itu berundur setapak.

Arnius mendecit. Entah dari mana tiba-tiba muncul lelaki muda itu. Walaupun hakikatnya umur Ken sudah beratus tahun manakala Arnius baru saja menjangkau berpuluh tahun.

"Serang laki tu!" Arah Arnius.

Anak-anak buah Arnius akur. Mereka lantas menghampiri Ken dengan pelbagai jenis serangan. Ada yang menyerang dengan hanya menggunakan magic. Ada pula yang bersenjata.

Namun semua serangan itu tidak berkesan, tubuh Ken masih utuh berdiri. Seakan ada pelindung yang tak terlihat saja pada badan Ken.

"Lelaki tu..." Gumam salah seorang anak buah Arnius.

Ken tarik senyum sinis sebelum hilang daripada tatapan mata Arnius dan bawahannya. Dia perlu lari, tak ada masa untuk berlawan ketika keadaan Wisteria begini.

"Mana dia?" Tempat di mana Ken berada terlihat kesan debu yang banyak. Arnius ketap bibir.

"Geledah Kampung. Pastikan kita dapat mereka." Arahnya sebelum beredar.

Di sudut lain pula, tepatnya pada Ken yang sedang berlari untuk mencari tempat persembunyian. Terlihat lelaki itu termengah mengah kerana banyak menggunakan kuasanya.

"Bertahan, aku akan selamatkan kau." Bisik Ken. Tubuh lemah Wisteria didakap erat. Mata emasnya laju melingas untuk mencari tempat selamat untuk bersembunyi sementara menunggu keadaan berubah lega.

Malam yang semakin gelap tidak sama sekali menyukarkan penglihatan dia. Sehinggalah sebuah kereta kuda terlihat.

"Sini." Sebuah kereta kuda di panjat. Perlahan-lahan tubuh Wisteria diletakkan pada lantai kereta kuda. Di carik bajunya bagi menutup luka Wisteria.

"Ken." Bisik Wisteria lemah.

"Shhhhh... Jangan banyak cakap! Kau kehilangan banyak sangat darah ni." Tegah Ken.

Wisteria tersenyum lembut sebelum dunianya berubah gelap.

"Pagi nanti aku akan bawa kau keluar dari sini." Gumam Ken. Tubuh Wisteria di angkat lalu didakap bagi menghangatkan wanita itu.

Dari jauh pula, terlihat Yosuke bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang ada di Kampung Tethoris. Matanya menatap kerja Arnius dan bawahannya.

"Nampaknya kampung ni tak selamat untuk kita." Suara garau milik seekor naga bersisik merah kedengaran di dalam kepala lelaki itu.

"Hn, kami akan bertolak sebelum Subuh." Ujar Yosuke.

"Yosuke."

"Kenapa?"

"Aku tak selesa dengan kehadiran rakan kau yang bermata merah tu." Adu naga bersisik merah. Sejak pertemuan pertama mereka lagi, si naga bersisik merah merasakan sesuatu.

Yosuke jungkit kening sebelum melompat dari pokok ke pokok untuk sampai ke tempat penginapan dia dan yang lain.

"Kau takut dengan manusia yang tak ada kuasa ke Oki?" Sindir Yosuke.

Si naga bersisik merah mendengus. Ekornya melibas air yang ada di sekeliling.

"Aku tak takut. Cuma rakan kau tu punya sesuatu yang berbahaya untuk kaum seperti aku." Oki si naga bersisik merah meluahkan pandangannya.

"Naga seperti kau pun ada perasaan takut rupanya." Gumam Yosuke sebelum masuk ke dalam bilik penginapan dengan melalui tingkap yang terbuka.

"Tsk! Kalau kami tak takut tak adanya kaum seperti aku hampir pupus," Sindir Oki.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now