BAB 41

2.2K 313 51
                                    

Beberapa hari selepas kejadian di rumah Kirito, kelihatannya suasana kediaman mereka kembali normal. Kirito dan Miyako yang menjalankan rutin harian mereka di akademik manakala Shiki serta penghuni rumah yang lain menjalankan rutin keseharian mereka dirumah. Namun keseharian mereka sedikit berbeza setelah kehadiran Kaito dan rombongan Asmodeus. Kemeriahannya kini berkali lipat ganda.

"Yo! Lambat korang balik," Sapa Shiki setelah menyedari kehadiran Ichiro dan Asmodeus yang pada pagi tadi telah pergi ke bandar untuk membeli barangan dapur.

"Esfahan sesak sangat pagi tadi," Jawap Icihiro yang telah terbaring kepenatan di beranda rumah. Manakala Asmodeus pula mengemas barang belian mereka di dapur.

"Sesak?" Soal Shiki hairan.

"Macam tu lah. Aku agak nanti ada acara besar," Balas Icihiro lagi.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku ada nampak Raja Leonard dengan Raja dari Asteria tadi. Selalunya kalau Raja sendiri yang melawat ni mesti ada sesuatu,"

Shiki mengganguk faham. Nampaknya adat suatu ketika dahulu masih belum hilang meski sudah beribu tahun telah berlalu. Shiki kagum dengan pemerintahan Esfahan buat seketika.

"Tapi acara apa tu?" Celah Kaito yang tiba-tiba saja muncul di samping Shiki yang santai bersandar di dinding rumah.

Ichiro tersentak lalu menoleh ke arah Kaito yang tersengih .

"Terkejut aku." Guman Ichiro perlahan.

"Aku tak tahu tapi kau boleh tanya Kirito nanti bila dia dah balik," Ujar Ichiro seraya bangkit dari pembaringannya.

Kaito mencebik setelah nama ayahannya meniti di bibir Ichiro dan secara bersamaan muncul sebuah portal hitam berdekatan dengan Ichiro yang sedang duduk santai menikmati rehatnya.

"Kelas dah habis ke Tuanku?" Sapa Ichiro mesra setelah pemilik portal itu memunculkan diri.

Kirito yang baru saja pulang dari akademik menghela nafas berat sebelum menjawab sapaan mesra daripada Ichiro itu.

"Ye, korang ni pulak tengah buat apa?" Balas Kirito.

"Tengah sembang, Tuanku tak nampak ke?" Jawab Ichiro selamba yang tidak menyedari tatapan tajam daripada Kirito.

"Rindu neraka ke?" Soal Kirito dingin.

Ichiro tersentak mendengar ayat yang di tuturkan Sang Raja namun masih mengekalkan riak tenangnya meski sudah berpeluh kedinginan. Malah disertakan dengan bunyi detakkan jantung yang semakin kuat iramanya.

"Janganlah serius sangat Tuanku aku gurau je. Alah gurau kawan gituw," Sengih Ichiro seraya menjauhkan kedudukannya daripada Sang Raja.

Kirito menggeleng perlahan melihat karenah Ichiro yang tampaknya masih tak berubah meski sudah beratus tahun sudah berlalu. Lalu dia menggalihkan pula tatapan matanya ke arah Kaito yang diam sambil menatap wajahnya . Kirito mengerutkan dahi melihat perbuatan anaknya itu. Melihat dari gayanya, Kaito seakan mahu bertanyakan sesuatu namun kerana sengan dia mendiamkan diri.

"Tuanku tadi dekat bandar kenapa sesak sangat? Nak beli barang pun susah," Ujar Icihiro mewakili Kaito yang mendiamkan diri.

"Akademik aku adakan perlawanan secara besar-besaran dengan murid dari lima negara besar. Perlawanan tu mula esok,"

"Tuanku masuk perlawanan tu?" Celah Asmodeus yang baru saja menghampiri Sang Raja dan yang lain.

Kirito tersenyum bangga. Ya, semestinya dia terpilih dalam 10 calon terbaik yang akan mewakili Esfahan. Bukan hanya dia tetapi juga Miyako dan sahabatnya Noaki serta tak lupa juga adik angkatnya Kotaro. Mereka terpilih kerana bakat yang ditonjolkan juga atas permintaan daripada Pengetua Ibuki.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now