BAB 35

4K 388 63
                                    

Kabus kelabu asap keluar dari celahan bibir naga bersisik biru. Mata merahnya pula merenung satu persatu wajah di hadapan. Sebagai pemerintahan, mengenali rakyatnya adalah salah satu perkara penting agar tiada rakyat yang tersisih daripada pandangannya.

Hitoru, pemerintah naga puak air. Sejak beratus tahun lalu, tempat tinggal mereka berada di dasar laut. Namun beberapa hari kebelakangan ini, tempat tinggal yang jauh dari dunia manusia, satu per satu hancur tanpa ada yang tahu penyebabnya.

"Ada yang boleh jelaskan, kenapa istana beta hancur?" Soal dia. Baru semalam dia melawat ke daratan untuk mencari sekutu. Rupanya bukan kerajaan dia saja yang hancur, banyak lagi kerajaan naga yang berdiri sendiri musnah tanpa pelaku yang jelas.

"Maaf Tuanku, kami gagal menjaga istana Tuanku. Malah pelaku yang melakukan ini tidak kami kenali." Panglima Kenzo menunduk. Serba salah kerana tidak bersedia.

"Tidak dikenali, huh?" Wajah Hitoru menoleh ke arah kesan runtuhan istananya. Dari batu besar sehingga kecil diangkat untuk mencari sesuatu yang tidak pasti.

TING!

Sekeping besi berbentuk bulat dengan simbol sebuah kerajaan mengguling perlahan ke arah kaki sang raja.

Anak mata naga biru itu mengecil. Jemari bersisiknya mengambil besi berbentuk bulat itu.

"Esfahan!" Hitoru mendengus. Api merah terlihat keluar dari celahan bibirnya.

"Tuanku." Panggil Panglima Kenzo

"Esfahan mahukan perang! Kita perlu cari sekutu untuk membalas perbuatan mereka." Putus Hitoru.

"Tapi Tuanku... "

Hitoru menjeling tajam.

"Tiada bantahan!"

"Perintah diterima tuanku." Panglima Kenzo menunduk akur. Naga bersisik kuning itu menikus apabila mendapat jelingan sang raja.

.
.
.
.
.

BUK!

Belakang badan Noaki menghentam dinding istana. Dia berdecit. Sakit menjalar ke seluruh badan. Bukan hanya dia, Ken dan Lucas juga agak keletihan kerana berlawan dengan askar Asteria yang tidak ada habisnya.

"Argh!" Erang Noaki. Tubuhnya jatuh menyembah lantai. Hampir hilang tenaga dia, apabila seorang lagi general Asteria datang secara tiba-tiba lantas menyerang.

"Heh, ingatkan kuat sangat sampai berani menentang Asteria." Sinis General Azraa. Gadis berperisa lengkap itu menghentak kuat tombaknya ke lantai.

"Tak guna. Kuat betul perempuan tu," Gumam Noaki yang cuba bangkit.

General Azraa mengangkat tombaknya. Besi yang di tempa bersama kristal terkuat di Asteria itu mampu membunuh dengan hanya sekali lontaran.

"Bersedia untuk mati budak?" Soal General Azraa.

Noaki tertawa kecil. Kecil je badan General Azraa ni, tapi ganas dia kalah Millie, pengawas sekolahnya yang muda setahun dari dia.

"Maaf, aku lagi tua dari kau." Di belakang General Azraa, pedang emas milik Noaki terapung dengan sendiri. Siap menerima apa saja arahan dari tuannya.

General Azraa mendecit, lantas tombak miliknya di lontarkan. Sasarannya adalah Noaki.

KTANG!

Pedang emas Noaki menghalang selamba tombak General Azraa. Melindungi tuannya dari ancaman musuh.

"Terima kasih," Darah yang berada di bibir Noaki, di kesat perlahan. Hulu pedang emasnya digenggam erat.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now