BAB 8

4.7K 442 26
                                    

Helaan nafas berat kedengaran. Mata merah itu menatap langit yang kian berubah gelap. Tetapi urusan dia di akademi masih belum juga ada penampakan hendak habis.

"Kirito!" Susuk bermata merah itu menatap ke belakang. Seorang perempuan memanggil namanya.

"Huh?" Soal dia.

Seorang gadis berambut coklat dan bermata biru laut menatap malu ke arahnya. Kotak coklat berbentuk hati dihulurkan.

"Saya... Saya suka awak!" Ujar gadis itu gagap.

Dia menjeling saja.

"Aku tak terima hadiah dari perempuan murah macam kau," Sinis dia membidas.

Raut wajah gadis itu seakan berubah. Penampakan air mata di hujung tubir mata kelihatan jelas.

"Terima ini?" Kotak coklat berbentuk tetap dihulurkan.

Kirito menatap sinis kelakuan tidak tahu malu gadis di hadapannya. Tanpa sebarang kata lagi dia beredar. Malas mahu melayan. Janji dia dengan Miyako lebih penting dari kotak hadiah berbentuk hati itu.

Si gadis mengetap bibir. Fikirnya lelaki itu baik orangnya. Tetapi sebaliknya pula. Hati dia terasa dirobek saja. Melihat perlakuan Kirito tadi dia sudah dapat mengagak. Lelaki itu berkarisma seorang raja. Angkuh dan tegas.

Kirito berhenti di hadapan bilik pengetua Akademi Tempur Esfahan. Sesekali dia menoleh ke kiri dan kanan. Setelah dipastikan tiada orang, sekelip mata dirinya menghilang. Percikan api kegelapan kelihatan setelah dia menghilang.

Beberapa minit kemudian tubuh tegap lelaki itu muncul  di hadapan sebuah rumah tradisional dua tingkat. Besar dan lebar.

"Kirito!" Sapa Miyako.

Terlakar di bibir Kirito sebuah senyuman.

"Maaflah aku balik lambat. Dah nak malam pula tu," Kepala Miyako diusap.

Miyako menggeleng kepala.

"Tak apalah. Awak mesti penat."

Raut wajah Kirito berubah datar. Matanya bersinar dalam samar-samar petang ketika itu. Miyako pula terdiam apabila matanya  belaga dengan anak mata merah milik Kirito.

"Kau pewaris pertama Milan." Ujar Kirito. Senyumannya melebar sekali gus menampakkan gigi taringnya yang kian memanjang dan tajam.

Tatapan mata Miyako berubah kosong. Tubuhnya kaku tidak bergerak. Seakan terpukau dengan panahan mata Kirito.

Kirito tertawa kecil. Pinggang gadis di hadapannya di sauk. Mengambit agar lebih dekat dengannya. Rambut putih bersih milik Miyako diselak agar menampakkan leher jinjang gadis musang itu.

Tanpa berfikir lebih lagi, Kirito membenamkan gigi taringnya ke dalam leher gadis itu. Darahnya disedut sehinggalah muncul pentagram bercorak purba pada kesan gigitan Kirito tadi.

"Darah keturunan Oga memang tak sedap! Blueekk!" Ujar Kirito sambil mengelap bibirnya.

"Tak sedaplah sangat." Shiki menjuling matanya ke atas.

Setelah muncul pentagram tadi kesedaran Miyako hilang serta merta. Kirito juga berhenti menyedut darah gadis itu. Tubuh Miyako automatik lemah gemalai jadinya, mujur Kirito bertindak pantas. Tubuh gadis itu dibawa ke dalam dakapannya sebelum di cempung.

"Kunci tu dah tak ada." Kirito menatap keadaan Miyako yang masih tidak sedarkan diri itu.

"Tapi kenapa Oga kunci kuasa anak dia?" Soal Kirito bersendirian.

Shiki yang berada di dalam badannya mengangkat bahu saja. Malas hendak menjawab. Tidur lebih bermakna dari soalan kosong tuannya itu.

"Dasar sesumpah rentung! Pemalas!" Kutuk Kirito apabila tiada jawapan dari naga pendamping dia itu. Malas memperbesarkan masalah, tubuh Miyako dibawa masuk ke dalam bilik berdekatan. Tidak mahu lena gadis musang itu terganggu.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now