BAB 6

4.6K 450 49
                                    

Tubuh lemah dan lesu milik Kirito ditatap lama. Lelaki itu pula sudah tertidur lena di atas tilamnya. Sesekali terdengar dengkuran halus meniti di bibirnya.

Miyako hanya memerhati. Tubuh Kirito lemah kerana terkena hujan semalaman. Menguburkan semua penduduk kampungnya bukan suatu kerja yang mudah. Miyako menghela nafas berat.

"Mulai hari ni korang tinggal di sini. Rumah ni," Ujar Shiki setelah lama berdiam diri.

"Kenapa?" Soal Kyoji.

"Cik Muda korang dah terima tawaran tuan aku,"

Miyako menghela nafas berat. Perbualan ketika mereka sampai di rumah Kirito masih terngiang di benaknya. Dia merasakan dirinya seakan pelacur saja di rumah ini. Tinggal hanya semata untuk menjual badannya.

"Tapi kena ada bayaran untuk tinggal di rumah aku," Ujar Kirito selamba.

Miyako tersentak. Hatinya mula merasakan sesuatu yang tidak enak.

"Apa dia?" Soalnya, memberanikan diri.

"Badan kau. Hanya kau Miyako," Di hujung ayat Kirito tertawa sinis.

Selepas saja ayat itu meniti di bibir Kirito, jejaka bermata merah itu memberi tumpuan sepenuhnya kepada dia. Sehinggakan serangan dari Kamachi diendahkannya.

"Saya setuju,"

Kirito tersenyum nipis sebelum rebah tidak sedarkan diri.

Setitis demi setitis air matanya mengalir. Mengenai kekura tangan yang digenggam erat. Dia kehilangan ibu ketika kecil dan semalam pula dia kehilangan ayah. Sekarang pula harus menumpang di rumah seseorang yang langsung tidak, dia kenali.

Dan menjadi palacur? Kehidupan dia jauh bertentangan dengan sekarang. Jika dulu hidupnya bagai ditatang dengan minyak yang penuh. Tetapi sekarang hidupnya seumpama air longkang. Terabai. Juga kehilangan puak.

"Ayah...,"

"Jangan menangis. Ayah kau tak suka tengok kau menangis," Air mata yang mengalir di pipi gadis itu disekat lembut menggunakan ibu jari.

Kirito tersenyum lembut. Baru beberapa minit tadi dia terjaga kerana esakan gadis itu. Dia tak salakan gadis itu kerana mengganggu dia. Dia tahu kesengsaraan yang dihadapi gadis itu sekarang.

"Awak... Maaf ganggu awak tidur," Tersedu-sedan Miyako bersuara.

"Tak apa. Muka kau sama dengan Amy," Selimut yang menyembunyikan kakinya ditatap. Kirito tersenyum nipis ketika mengingati kenangannya beribu tahun dahulu.

"Awak kenal ibu saya?" Soal Miyako perlahan.

"Ah! Ya. Aku kenal. Dia lemah lembut orangnya,"

Seakan bercahaya mata Miyako mendengar kata pujian untuk ibunya itu.

"Tapi macam mana?" Soal dia lagi.

"Tak perlu tahu. By the way, kau nangis tadi sebab apa?" Kirito mengatur letak selimutnya dan juga posisi duduk.

Miyako terdiam. Lama gadis itu berdiam diri. Sekali gus membuatkan suasana di dalam bilik tidur Kirito sepi. Hanya mereka saja di dalam bilik itu. Tiada yang lain. Kamachi dan Kyoji tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik Kirito.

"Kau takut pasal bayaran tu?" Kirito menyungging senyuman sinis.

Miyako pantas menatap ke dalam anak mata merah milik Kirito. Anak mata kehijauan gadis itu yang seakan berkilau menarik minat Kirito untuk menatapnya lebih lama lagi .

"Aku bergurau je." Ujarnya selamba.

"Betul?" Miyako menginginkan kepastian.

Kirito mengangguk.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now