BAB 43

1.8K 232 58
                                    

Suasana koloseum yang gagah berdiri milik Esfahan terlihat semakin meriah apabila acara dimulai dengan pusingan pertama iaitu pemanasan badan bagi wakil di setiap negara.

"Yosh, semangat Kiri! Hari ni mari kita tumbangkan semua orang," ujar Noaki yang cukup bersemangat pada pagi itu sambil mengangkat penumbuk ke udara.

"Tch, aku yang akan tumbangkan mereka!," celah Yosuke angkuh.

Kirito dan Kotaro yang memerhati hanya diam sambil saling menatap antara satu sama lain.

"Nanti kalah menangis," bisik Kirito seraya menjungkit bahunya.

Kotaro yang berdiri berhampiran dengan lelaki bermata merah itu hanya tertawa. Dia dengar apa yang dikatakan Kirito itu. Cukup jelas dan begitu juga dengan Noaki dan Yosuke yang berada tidak jauh darinya.

"Orang kuat memang cakap macam tu," cebik Noaki dan disambut dengan anggukan daripada Yosuke.

"Bukan tu maksud aku. Aku cuma tak nak korang pandang rendah dengan dorang. Ingat, kita tak kenal pun dorang apa lagi kuasa dorang. Boleh jadi dorang kuat macam syaitan hari tu walaupun agak mustahil," pesan Kirito yang tersenyum nipis.

Kotaro, Noaki dan Yosuke terdiam sambil saling berpandangan. Ada benarnya juga kata-kata Kirito itu. Mereka tidak punya banyak pengalaman dalam bertarung malah agak kurang pengetahuannya dalam menganalisis musuh. Malah jika difikirkan semula inilah petarungan pertama mereka yang rasmi.

"Apa-apa pun jangan fikirkan sangat. Lawan macam korang tengah lindungi orang yang korang sayang," tambah lelaki bermata merah itu.

"Kau cakap macam kau seorang pahlawan," komen Yosuke yang mengundang tawa daripada Kirito.

"Kenapa kau gelak? Aku salah cakap ke?" soal Yosuke hairan.

"Ya aku seorang pahlwan... suatu ketika dahulu," gumam Kirito sembari menatap awan yang berarak mengikut tiupan angin.

"Apa? Pahlawan? Tapi kau hampir sebaya dengan kita orang kan? Kecuali Kotaro," balas sahabat segera Kirito itu.

Kirito mengelengkan kepala perlahan lalu mengalihkan tatapan matanya ke arah generasi baru dunia Ardalan.

"Aku sendiri pun tak ingat umur aku berapa jadi jangan buat kesimpulan secepat tu," ujarnya tenang. Sejujurnya Kirito merasa semakin selesa bersahabat dengan Yosuke dan malah Noaki dan Kotaro. Namun keselesaannya sedikit ternganggu apabila mengingati tujuannya bersekolah di akademik Esfahan.

"Kau tengah bergurau ke ni?" soal Noaki pula. Kirito tersentak. Lelaki bermata merah itu seakan-akan terbawa suasana hatinya.

"Eh... kenapa Kotaro dengan Yosuke duduk dekat kawasan kelas kitaorang ni? korang dah ada kelas sendiri ke?" soal Kirito berdalih. Tidak mahu meneruskan perbualan yang semakin asing baginya.

Yosuke dan Kotaro tersentak lalu saling bertatapan. Keduanya terlihat berdehem perlahan sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Tak boleh ke kitaorang lepak dengan korang? Jahat sangat ke kitaorang sampaikan kau tak nak bersua muka lagi dengan kitaorang ni?" soal Yosuke mewakili mereka berdua.

Kirito diam tidak menjawab sambil menatap keduanya silih berganti. Tidak lama selepas itu dia tersenyum sinis sambil menampakkan kedua gigi taringnya yang tajam.

"Aku tak fikir pun korang jahat cuma... korang rindu kitaorang eh?" balas Noaki yang turut tersenyum seperti Kirito.

"Taklah sampai nak rindu bagai. Bukannya tak jumpa pun dekat Akedemik," jawab Yosuke lagi yang di sambut anggukan daripada Kotaro yang mengalihkan tatapan matanya ke arah lain.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now