BAB 2

6.1K 627 30
                                    

Di dalam hutan larangan, hutan Idora. Pecahan serpihan cahaya tadi mendarat di tengah-tengah sepinya hutan itu. Kicauan burung tiada, bunyi unggas juga tiada. Yang ada hanyalah teriakan penduduk Esfahan yang menderita ditelan ribut bersalutkan api biru.

Burung kecil kelihatannya terbang kembali ke sarang untuk bersembunyi. Haiwan yang berada di sekitar Esfahan pula berlari pulang ke hutan Idora. Masing-masing dilanda ketakutan melihat perubahan cuaca aneh bagi penduduk Esfahan.

"Ayah!" Noaki menjerit nama ayahnya. Dalam kekacauan yang hingar bingar, dia cuba mencari susuk tubuh Pak cik Tora.

Ribut api biru menghentam apa saja yang berada di hadapan. Angin dahsyat pula nyaris membelah istana gah Esfahan. Mujur kehadiran ahli sihir terkuat kerajaan itu sempat membuat perlindungan di sekeliling istana.

Kacau bilau situasi sekarang, malah angka korban semakin bertambah. Banyak puak yang kuat, mati kerana ingin mempertahankan penduduk Esfahan. Tidak kurangnya juga , askar elit yang bertarung nyawa membuat pelindung yang kukuh untuk mengurung ribut api biru yang tiba-tiba saja muncul.

"Alihkan penduduk yang terselamat ke istana sekarang!" Arah raja Daichi.
Sempat dia mendecit. Tidak disedari karena perbuatannya tadi, negara yang diperintah bakal hancur.

Panglima yang datang menghadap mengangguk lalu beredar.

"Hentikan kuasa kau Shiki," Arah Kirito yang masih berada di bawah alam sedar. Dapat dia rasakan tekanan kuasa si naga yang semakin membinasakan kerajaan Esfahan.

Shiki si naga tersengih sinis.

"Biarkan mereka rasakan dulu impak membunuh kau," Terbahak bahak naga itu tertawa.

Kirito menjegil. Hampir terkeluar matanya dari soket mata.

"Baiklah..,"

Di luar, ribu api biru lesap begitu saja. Dan meninggalkan runtuhan rumah yang hangus di baham api ganas tadi.

Noaki menghela nafas lega apabila susuk tubuh Pak cik Tora kelihatan di hujung laluan menuju ke istana raja.

"Ayah! Ayah pergi mana tadi?" Tubuh Pak cik Tora yang dipenuhi debu tanah di tepuk-tepuk beberapa kali.

"Ayah cari Kirito. Tapi tak jumpa. Manalah pergi budak tu, suka sangat merayau!" Tersenyum nipis Pak cik Tora melihat keprihatinan anaknya itu.

"Nanti kita cari dia. Sekarang ayah pergi menghadap raja dulu. Tadi tuanku cari ayah,"

Pak cik Tora akur saja.

Setelah berjumpa anaknya, dia datang menghadap Tuanku Raja Daichi Ryuu. Melihat saja mata biru laut milik raja itu membuatkan dia dapat mengagak. Raja itu ada muslihatnya tersendiri. Ditambah lagi senyuman sinis yang tersungging di bibir.

Daichi Ryuu tersenyum sinis. Sebuah balang yang terisi debu tanah dilempar. Pecah balang itu apabila belaga dengan lantai. Malah balang itu tepat dilempar di hadapan Pak cik Tora.

"Apa ni Tuanku?" Soal Pak cik Tora hairan.

"Abu mayat Kirito. Boleh kau tolong tanamkan?" Tenang Raja Daichi Ryuu menyahut.

Raut wajah Pak cik Tora berubah. Jelas terkejut yang teramat sangat. Berderam harimau jadian itu kerana marah.

"Siapa buat Kirito macam ni?" Pak cik Tora menghela nafas berat. Cuba menahan diri.

"Ribut di luar tadi,"

Di hutan Idora, terangkat kepala Kirito apabila dapat merasai sesuatu. Dia menoleh ke kanan. Kegelapan di bawah alam bawah sedarnya menghiasi ruang rentina mata.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now