BAB 13

4.1K 404 25
                                    

Detik seterusnya tubuh Ichiro berubah kepada lut sinar. Malah tubuhnya juga terapung-apung di hadapan si raja. Hanya puak syaitan saja yang mampu melihat dan mengesan kehadiran si syaitan itu.

"Pulihkan balik keadaan tadi," Arah Kirito perlahan. Riak wajah bosan terpapar.

Ichiro akur. Sekali petik jemari kasar itu, tubuh Haru melorot jatuh. Matanya tertutup rapat. Segala magic yang terpasang terbatal serta merta. Manakala para peminat Haru mula berteriak terkejut.

"Kenapa dia pengsan?" Soal Kirito dari arah belakang.

Noaki tersentak. Dia menoleh ke belakang. Lelaki bertubuh tegap dan bermata merah terlihat mempamerkan riak bosan.

"Tak tau. Bagus juga dia pengsan tak payah aku susah-susah nak berlawan lagi," Ujar Noaki dalam nada tercungap.

"Jom, ubat luka kau!" Lengan milik Noaki di tarik tanpa memikirkan keadaan lelaki itu.

"Woi, sakit!" Pekik Noaki yang menahan kesakitan.

Kirito hanya buat endah tak endah saja mendengar jeritan itu. Wajah selamba ditayangkan. Manakala tatapan orang di sekeliling mereka juga turut dia abaikan.

"Cepat sikit jalan," Arah Kirito.

Noaki akur.

Di dalam bilik rehat, terlihat Kirito sedang tekun membalut luka pada tubuh sahabatnya itu. Di samping jejaka bermata merah itu pula ada Miyako yang sedang membantunya.

"Kenapa mereka panggil kau monster?" Soal Kirito setelah selesai membalut dan merawat luka sahabatnya.

Noaki ketap bibir mendengar soalan daripada Kirito. Sebolehnya soalan itu dia mahu hindari. Tapi kenyataan tidak selalunya apa yang ada di fikiran kita.

"Perlu ke aku jawab?" Soalan di balas soalan.

Kirito anggukkan kepala tanpa suara.

"Haih, 2 tahun lepas aku hilang kawalan dekat akademi ni. Hampir separuh daripada akademi ni hancur. Angka kematian jangan cakap, banyak yang terkorban. Sebab tu mereka panggil aku raksasa," Keluh Noaki. Rambut kuning miliknya diraup. Jelas terpamer riak kekesalan di wajah.

" Jadi kuasa tu dah terbuka? "Bisik hati kecil Kirito.

"Sebab tu juga aku di turunkan kelas. Aku tak mampu kawal kuasa aku. Sampaikan ayah aku sendiri terkorban masa insiden tu." Di birai mata lelaki itu terlihat mutiara kecil bercahaya redup. Tidak lama kemudian mutiara itu berguguran jatuh.

Kirito tepuk bahu sahabatnya itu. Terukir senyuman manis di bibirnya.

"Kau tak nak belajar kontrol kau punya kuasa?" Jejaka bermata merah bangkit dari duduknya.

Noaki menggeleng kepala perlahan. Dia trauma! Tidak sanggup hendak menggunakan lagi kuasanya itu

"Kalau kau tak nak kontrol kuasa kau, macam mana kau nak pertahankan Esfahan?" Kedua tangannya di seluk masuk ke dalam poket seluar.

"Apa maksud kau?" Tajam anak mata Noaki membalas renungan redup sahabatnya.

"Aku tahu kau faham maksud aku." Kirito membelakangi Noaki. Tujuan hendak ke padang sekolah. Memandangkan tadi terdapat pengumuman untuk berkumpul di sana.

Jejaka berambut kuning itu terlihat menekup wajahnya. Nampaknya bukan dia seorang saja yang tahu rahsia kerajaan mereka. Tetapi Kirito juga terlihat lebih faham dengan situasi yang bakal wujud nanti.

"Perang," Bisiknya.

Padang Akademi Tempur Esfahan terlihat begitu riuh dengan pelbagai agenda. Ada yang sedang bergosip, ada pula yang sedang mencaci pelajar yang lemah. Kebanyakan lebih suka menghina golongan lemah apabila mereka berkumpul seperti sekarang. Disebabkan kedudukan kelas belakang yang berasingan menyebabkan mereka, golongan elit merasakan merekalah yang terkuat di Akademi buat masa sekarang.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now