BAB 40

3.2K 369 78
                                    

BAM!

BOM!

SREKK!

Berdetum kuat bunyi lagaan penumbuk Ichiro dan Asmodeus apabila bertemu. Ditambah dengan aliran kuasa yang sengaja di alirkan di dalam serangan  buatkan kawasan di sekitar kedua orang lelaki itu merekah membentuk kawah.

"Haa... Haa..." Mengah Ichiro.

"Macam mana? Ada yang kurang?" Soal Asmodeus mengejek.

Beberapa jam yang lalu, Ichiro dengan senang hati meminta Asmodeus untuk berlatih dengannya. Namun tidak sampai setengah jam latihan di jalankan, terlihat Ichiro yang kelelahan bahkan tercungap-cungap.

"Tak ada yang kurang," Ujar Ichiro sambil tersengih.

"Wah," Dari kejauhan terlihat Kaito terkagum-kagum dengan serangan yang di buat oleh keduanya. Tidak pernah lagi seumur hidupnya melihat latihan seganas itu di hadapan matanya.

Kirito yang melihat reaksi anaknya itu tersenyum sendiri. Tetapi tidak lama. Cepat-cepat di sembunyikan senyumannya apabila Kaito menoleh ke arahnya.

"Boleh aku ikut dorang?" Pinta Kaito yang sudah sedar dan duduk bersama dengan yang lain.

"Kenapa pulak nak ikut dorang?" Balas Kirito dingin.

Kaito menghela nafas perlahan. Nampaknya dia tidak akan diizinkan seperti kebiasaannya.

"Ichiro-Nii yang ajak tu," Jawab Kaito .

Kirito mendengus. Dari kejauhan, sempat dia menjeling tajam Ichiro yang melambaikan tangannya ke arah Kaito. Memberi amarah keras lagaknya kepada lelaki itu. Sekaligus tidak mahu Kaito yang baru sedarkan diri semalam akan tercedera.

"Duduk!" Arah Kirito apabila Kaito terlihat seakan mahu mendekati Ichiro yang sedang berlatih. Lagaknya anak muda itu seakan membantah apabila tidak mendapatkan respon pantas daripada ayahnya itu.

"Tapi aku dah sihat," Keluh Kaito.

"Kau ingat rawatan dari kawan-kawan aku percuma?" Sinis Kirito. Tanpa sedar telah mengecewakan hati seseorang.

Kaito akur. Dia tersenyum nipis ke arah Ichiro sebelum menggeleng kepala. Menandakan dia menolak ajakan lelaki itu.

"Lah, kenapa dengan budak tu? Tadi masa sarapan elok je ceria. Sekarang nampak macam sedih," Ujar Ichiro dari kejauhan yang memerhati kedua anak beranak itu yang terlihat santai duduk di beranda rumah.

"Entahlah.. jom sambung. Ada dua round lagi ni," Jawab Asmodeus selamba.

Ichiro menghela nafas pasrah. Kekuatan Asmodeus tidak sekuatnya. Namun tetap kalah jika di bandingkan dengan Alessandro. Ketiga mereka berkawan rapat namun Ichiro tidak serapat Asmodeus dan Alessandro kerana kedua-duanya berasal dari kampung yang sama. Tidak seperti Ichiro yang dilahirkan di padang pasir dan di besarkan di Edona.

"Kalahlah aku hari ni," Keluh Ichiro.

Ketika keduanya sibuk berlatih, di tempat Kirito berada pula terlihat lelaki itu menghela nafas berat apabila menyedari riak wajah Kaito yang tampak sedih kerana aksinya tadi.

"Tunggu dalam tiga hari lagi baru kau boleh ikut dorang berlatih," Ujar Kirito sambil mengusap kepala Kaito. Cukup lembut lagaknya sehinggakan Kaito terkaku di tempatnya.

Kaito akur setelah di perlakukan sebegitu.

"Aku masuk rumah dulu. Nak rehat," Pinta Kaito seakan merajuk.

"Hmm.. jangan jauh-jauh sangat." Balas Kirito yang menghantar pemergian anaknya dengan panahan mata.

Setelah merasa sedikit jauh daripada kedudukan ayahandanya, kedengaran helaan nafas berat daripada Kaito memenuhi ruang udara di sekitarnya. Riak wajah lelaki itu juga sedikit muram. Ayahandanya selalu begitu. Tidak pernah melayaninya dengan baik. Tindakan dingin Kirito buatkan Kaito kadangkala merasa terpinggir. Kirito juga selalu melebihkan adiknya Raito yang membuatkan Kaito secara tidak langsung sudah dilupakan di dalam keluarga Kaizen. Keluarga diraja kegelapan.

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS] Where stories live. Discover now